Suasana Pilihanraya



Anda berminat merakam suasana Pilihanraya Umum Ke-13? Jika ya anda harus memenuhi beberapa ciri-ciri seorang Photojurnalist.

Seorang rakan di agensi berita antarabangsa memberitahu saya semasa hari penamaan calon 20 April lepas, beliau sudah merasai bahangnya. Kita berhadapan dengan manusia yang bersemangat tinggi untuk memenangkan calon dan parti mereka.

Pertama anda harus memiliki pas kebenaran dari pihak SPR seandainya anda mahu merakam di kawasan larangan. Misalnya dalam pusat pengundian, kira undi dan tempat penggumuman keputusan. Jika tiada pas yang dikeluarkan oleh SPR anda akan menghadapi kesukaran untuk masuk ke lokasi itu. Saya tak pasti pas itu masih dikeluar atau tidak pada masa ini kerana tarikh mengundi 5 Mei sudah hampir.

Anda harus mematuhi peraturan lain yang disyaratkan oleh SPR ketika berada di dalam kawasan pembuangan undi. Dilarang bermesra dengan pengundi kerana dianggap akan membuat kempen dan sebagainya. Dalam situasi begini sebagai petugas media yang dibenarkan oleh SPR anda perlu berkecuali dan hanya menjalankan tanggungjawab merakam peristiwa.

Sebaik-baiknya bertemu dulu dengan ketua pusat mengundi untuk meminta izin.




Paling penting anda di situ sebagai mewakili media dan organisasi. Saya fikir jika anda merakam atas tiket individu agak sukar untuk memperolehi kebenaran memperolehi pas media yang dimaksudkan. Tetapi jikalau berhajat merakam suasana di hari pembuangan undi dari luar kawasan larangan tidak ada masalah. Gunakanlah budi bicara anda jangan sampai berlaku salah faham dan perkara-perkara yang tidak diingini

PRU datang dalam jangkamasa 5 tahun, justeru rakamlah suasana ini dan akan menjadi sejarah kemudian hari.

Make a free website with Yola