SENI FOTO MIKRO

Lihat tajuk yang berkaitan


Senifoto mikro memerlukan kesabaran yang tinggi.Sesiapa saja menceburi bidang senifoto mikro boleh melatih menjadi seorang yang tenang dan penyabar!

Tidak ramai yang berminat untuk menjadikan kerja senifoto mikro sebagai bidang tugas kerana ada kalanya memerlukan masa yang panjang ketika menyiapkan kerja. Tapi kerja-kerja senifoto mikro amat diperlukan dalam bidang penyelidikkan sains, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya.

Dalam dekat ini kerja-kerja senifoto mikro lebih mudah dilakukan dengan adanya peralatan canggih seperti photomicroscope, elektronmicroscope dan seumpamanya. Penghasilan gambar lebih baik dengan alat-lat yang disebut tadi. Namun itu semuanya hanya dipraktikkan oleh para saintis dan doktor di bidang perubatan sahaja.

Kepada pengamal senifoto, bidang mikro boleh membawa mereka merakamkan gambar-gambar serangga, biji benih, kelopak bunga, lebih bermutu dengan membuat kerja-kerja senifoto mikro dengan kamera SLR dan alat tambahannya.

Selain kamera dan lens mikro anda perlu menyediakan alat tambahan untuk kerja-kerja senifoto mikro seperti berikut.

  • Lens extension
  • Mikro filter
  • Bellow
  • Tripod
  • Flash/Ringflash
  • Studio Flash
  • Lens extension - Lens extension ialah alat yang boleh diletakkan pada lens agar keupayaan mikronya lebih rapat. Contohnya jika jarak maksimum fokus ialah 15cm, anda boleh rapatkan lagi hingga 8 cm. Dengan menggunakan lens extension, objek yang dirakamkan akan lebih hampir dan dibesarkan.
  • Mikro Filter - Filter yang digunakan dalam menghasilkan gambar mikro boleh diperolehi dengan murah. Filter ini boleh merakamkan gambar dengan gandaan tertentu. Filter mikro boleh diletakan pada lens mikro atau standard..
  • Bellow - Anda boleh merakamkan gambar dengan lebih kecil umpamanya merakam biji padi, atau permukaan permaidani jika menggunakan bellow. Hasilnya lebih menarik dimana boleh menghasilkan rupa bentuk benang permaidani.
    Menghasilkan gambar mikro dengan penggunaan bellow perlu berhati-hati kerana aperture hendaklah dibuka satu atau dua stop. Jika anda tidak berhati-hati hasilnya akan underexpose.
  • Pastikan ketika rakaman dibuat, kamera diletakkan pada tripod dan lebih baik menggunakan cable reales. Peralatan ini perlu digunakan untuk mengelakkan gambar bergoyang.
  • Selain menggunakan bellow, anda boleh mencuba teknik terbalikkan lens agar kesan mikronya umpama menggunakan bellow.Sebelum membalikkan lens dengan meletakkan muka depan ke arah kamera, pastikan anda telah menetapkan aperture yang bersesuaian

     
    Kamera dan bellow                                                    Ring Flash

    Flash / Ringflash


    Flash diperlukan sekiranya keadaan cahaya kurang/gelap. Lebih baik jika anda menggunakan flash yang boleh dilaraskan kedudukannya sama ada dengan menggunakan cableflash agar cahaya dapat sampai ke objek. Untuk makluman, kedudukan flash di atas kamera tidak menjamin cahaya akan sampai ke objek.Ringflash merupakan sumber cahaya yang terbaik untuk gambar mikro kerana cahaya yang terhasil terletak dihadapan lens. Pastikan objek yang hendak dirakamkan tidak berkilat (contoh: gelas), atau berada disebalik cermin.

    Menggunakan ringflash boleh menghasilkan gambar tanpa bayang kerana bentuk ringflash memberikan cahaya dari sudut bulatan.


    Studio flash

    Studio flash hanya boleh digunakan jika seseorang itu mampu dan boleh mendapat pulangan modal. Studio flash hanyalah untuk kerja-kerja berbentuk pengiklanan. Namun jika anda mampu apa salahnya?. Begitupun ada satu lagi cahaya tungsten yang mengeluarkan cahaya dari tenaga bateri yang boleh dibawa kemana-mana untuk kerja-kerja mikro fotografi


      


     @ RaaiMan. tahpermai 191299....edit 23112010.....20042013.

Make a free website with Yola