Teknik Close-Up dan Flash Manual

Merakam gambar close-up dan mikro mempunyai banyak teknik. Kita boleh menggunakan cahaya matahari. Ada teknik menggunakan lampu studio. Teknik menggunakan Ring Flash antara terbaik untuk menghasilkan  cahaya yang bermutu dengan fstop yang tajam.

Namun ketika membawa sebauh beg yang besar dan berat ke lapangan seperti di dalam hutan atau bukit akan membebankan kita. Akhirnya ada setengah orang hanya membawa kamera kompak ke tempat yang disebutkan tadi.

Terdapat teknik menggunakan multiflash. Namun pada hakikatnya membawa peralatan yang berlebihan akan membebankan kita. Di dalam hutan cahaya matahari tidak akan memancar dengan terik. Akhirnya kalau kita bertemu dengan subjek yang menarik, sedangkan teknik yang digunakn tidak boleh membantu kita, maka hasilnya akan mengeciwakan.

Teknik flash manual ini dapat membantu menghasilkan gambar yang memuaskan hati tanpa perlu membeli Ringflash. Kita hanya perlu menyediakan sebuah flash biasa.


  • Letakkan kamera pada tripod.
  • Letakkan pada mood manual pada flash. Biarkan flash berada diluar tempat letak flash di kepala kamera.
  • Kita hanya perlu menerkan bukan "test" pada flash. Tekan butang tersebut untuk beberapa kali yang mungkin boleh menghasilkan normal exposer.
  • Set pada Manual Priority. Setkan supaya exposer pada tahap under 3 stop.
  • Letakkan pada fstop yang kecil seperti f22,atau f32. dan letakkan Shutter Speed yang lama. Misalnya 10 hingga 30 saat.
  • Gunakan Sefltimer, maka ketika Speed menjadi lama 10-30 saat, waktu itu anda tekankan butang test. Dedahan laman itu membolehkan anda memicit butang tersebut pada bilangan 4 atau 6 kali.

Selepas proses ini selesai anda boleh lihat bagaimana hasilnya. Ada waktunya anda boleh merakam gambar begini seperti menggunakan lampu studio. Selamat mencuba.