SEPATAH KATA

Profil lengkap


Alhamdulillah, hasrat saya untuk menulis sebuah panduan senifoto dalam Bahasa Malaysia menjadi kenyataan setelah terbinanya laman sesawang ini bermula 13 Oktober 1999.

Panduan senifoto ini pada asalnya ditulis untuk kegunaan pelajar Kursus Senifoto Program Ko Korikulum Universiti Kebangsaan Malaysia tapi setelah saya merasakan kandungannya perlu disebarkan kepada masyarakat umum, maka saya telah membangunkan sebuah laman sesawang dengan menggunakan tapak web Tripod. Alamatnya http://alamsenifoto.tripod.com.

Setelah hampir empat tahun menggunakan alamat tersebut saya memikirkan sudah tiba masanya menggunakan server yang bercirikan Malaysia. Justeru saya telah memindahkan semua kandungan Alam Senifoto ke server UKM tanpa mengubah kandungannya. Alam Senifoto kini hadir dengan rekabentuk baru.

Mulai 15 November 2010 setelah sebelas tahun Alam Seni Foto wujud saya mengorak langkah dengan memindahkan secara berhati-hati ke laman berbayar tetapi masih menggunakan nama yang sama.

Semoga dengan wujudnya Alam Senifoto ini akan memberi pilihan untuk masyarakat Malaysia khasnya dan di nusantara am yang menggunakan bahasa Melayu untuk mendapatkan ilmu fotografi yang kian berkembang setelah munculnya era digital.

Menjadi harapan saya agar laman web ini digunakan sepenuhnya untuk menghubung silatulrahim. Saya mengharapkan jika anda telah mahir dan menjadi seorang yang professional, janganlah menjadikan senifoto sebagai wadah untuk digunakan sebagai menyalurkan fitnah, maksiat dan sebagainya. Jadilah seorang professional yang bermaruah dan beretika! 

Ini kerana senifoto boleh diibaratkan seperti pisau; "Boleh membunuh dan boleh membantu dalam kehidupan seharian kita".

Sebarang teguran dan cadangan membina amat dialu-alukan. 

Sekian.

Abd.Raai bin Osman

Desa Sentosa, 15 November 2010

 

Semua karya; tulisan, foto adalah milik:Abd. Raai bin Osman @RaaiMan. Kecuali jika dinyatakan sumber rujukan. 

Adalah amat dikesali jika berlaku pelagiat, penyalinan sama ada dalam bentuk apa sekalipun. Sebarang penyalinan hendaklah mendapat keizinan daripada penulis terlebih dahulu. Penghargaan yang sepatutnya perlu diberikan.

Pendapat dalam ruangan Soal Jawab dan Forum tidak semestinya pendapat penulis. Sebarang teori yang huraikan merupakan hasil rujukan, pengalaman penulis. Justeru perbezaan mutu adalah tidak menjadikan keputusan muktamad.


Abd. Ra'ai bin Osman; 
13 Disember 1999 -15 November 2010

Sila tonton dua siri video yang melibatkan saya

      PENGHARGAAN:


      Dalam kenangan 

      Ayahanda - Osman Bin Ahmad (1919 ~ 1969).

      Bonda - Puteh Binti Mat (1919 ~ 1991)

      Istimewa: 

      Isteriku - Selamah Binti Nekman

      Yang disayangi: 

      Puteri-PuteriKu; Nur Atiqah, Nur Amirah dan Nur Aqilah.


      Masih Ku Kenangi:

      Guru-guru yang mengajar sepanjang persekolahan. Allahyarham

      Pak Long Mat Lebai Ismail yang mengajar erti ilmu Al Quran 

      Perunding Professional

      Prof. Dr Kamarudin M.Said

      Ketua, Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM

      Dr.Mohamed bin Omar

      Mantan Penyelia Fotografi dan Mikroskop, Mantan Fakulti Sains Hayat, UKM

      Dr. Mohd. Arif Bin Hj. Ismail;

      Pensyarah MultiMedia, Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

      En Haidar Bin Abu Bakar dan En Majid.

      Pengajar Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak (1977)

      Guru yang mengajar ilmu Kewartawanan & Penulisan

      En. Ghani Bin Ahmad, Bekas Penyunting Utusan Malaysia.

      Lain-lain

      Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, UKM, 

      Ketua Pusat Kebudayaan, UKM, 
      Kerana memberi ruang untuk mengajar pelajar UKM

      Prof.Madya Dr. Ahmad bin Ismal - Penyelia Web Master Fakulti Sains dan Teknologi, UKM - Kerana memberi peluang mendalami ilmu ICT.

      Rakan-rakan Jurufoto

      En Hazrul Abdul Halim,Hj. Ismail Ibrahim Haji. Mohd. Khalil Bin Haji. Alwi,Saliman Bin Leman,Haji Abdul Jalil Bin Yaakop, Hj. Fadhil Bin Sood, Hj. Yamin, Midin Bin Yaakup, Zulkifli Bin Osman.Ikhwan Hashim.

      Perunding Komputer: 

      En.Rasid Bin Abd. Ghani (Usahawan),

      En.Kamaruddin Bin Musa (UKM),

      Syed Abbas Bin Syed Abd. Rahman (MARDI)

      Fizaril Amzari Omar (Kolej Matrikulasi Perak) -penyumbang Header dan Footer web terkini.

      Serta Anda:

      Pengunjung laman web ini yang memberi perangsang dan sokongan untuk saya. Termasuk semua pelajar Ko Korikulum UKM.

      "Adalah sukar untuk disenaraikan secara satu persatu, cuma Allah yang telah banyak memberikan berkat ilmu ini untuk saya dan anda. Tidak ternilai ilmu Allah, kecuali rezeki yang diperolehi jugalah adalah rahmat dariNya; amin........"

      - Abd. Ra'ai bin Osman