Beberapa artikel yang terdapat di sini merupakan  tulisan awal saya mengenai seni foto digital. Ada artikel yang ditulis semasa kamera DSLR belum digunakan secara meluas oleh karyawan foto. Justeru pembaca akan melihat beberapa artikel yang mungkin tidak releven dengan teknologi kamera yang ada pada ketika ini -Raai Osman

1.Seni Foto Digital


Jenis kamera:

Kamera digital masih menggunakan jenis kamera yang sama dengan kamera filem. Namun ramai dikalangan kita menganggapkan kamera kecil yang digunakan oleh oleh kebanyakkan orang itulah kamera digital. Sebenarnya kamera digital sudah friendly user. Kini kebanyakkan karyawan foto sudah menerima kamera digital sebagai peralatan kerja mereka.

Kamera digital dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Digital SLR
2. Digital Kompak


1. Digital SLR (DSLR):

Sekiranya anda telah mengikuti nota saya sebelum ini SLR bermaksud Single Lens Reflex. Pada kamera digital SLR tidak banyak perubahan dilakukan. Jikalau anda pernah menggunakan kamera jenis program maka menggunakan kamera DSLR tidak menjadi sukar. Kebanyakkan DSLR menggunakan pembinaan yang sama dengan kamera program. DSLR tidak lagi menggunakan filem.

DSLR telah melalui perubahan pada teknik pengimejan. DSLR menggunakan LCD untuk memaparkan emej yang telah dirakam.
1a. CCD & CMOS


Kamera Digital Single Lens Reflek (DSLR) Copyright web Nikon



DSLR menggunakan CCD (Charge Coupled Device) atau CMOS (Combined Metal Oxide Semiconductor) untuk mengesan imej cahaya yang masuk menerusi lens. Dari CCD atau CMOS inilah imej foto akan dihanya bacaannya ke memori kad.

CCD mengesan imej yang disentuh cahaya apabila aperture terbuka pada lens. Cahaya yang membawa imej itu tersentuh akan disusun secara cas lalu akan dihantar untuk dibaca pada memori kad. CCD membaca susunan piksal dari analog ke digital.

CMOS membaca seperti CCD namun ia membaca sekali gus. Cip CMOS lebih pantas membaca imej jika dibandingkan dengan CCD.

Dalam fotografi digital lebih mudah difahami, imej dirakam dengan sentuhan yang cas pada paparan CCD mahupun CMOS.

Harus diingatkan DSLR tidak merakam dua jenis pengimejan. DSLR hanya merakam menerusi CCD atu CMOS

Sebenarnya proses fotografi digital sudah lama tercipta setelah scanner tercipta pada komputer. Gambar-gambar filem di imbas (scan) dari kertas foto mahupun negatif atau slaid. Malahan waktu itu gambar yang diimbas boleh dimasukkan ke e-mel,laman web, persembahan power point. Namun dengan terciptanya kamera digital yang dapat merakam terus menjadi foto maka kerja-kerja fotografi lebih mudah.

Cuma waktu itu karyawan foto veteran masih belum mahu menerima kamera digitak kecil kerana seni binanya tidak menepati kehendak professional maka ianya tidak diterima. Apabila tercipta DSLR maka fotografi digital mengalami proses yang begitu pesat.
1b. Megapiksal (MPix)

MPix merupakan bacaan jutaan titik piksal pada foto digital. MPix ialah jutaan titik yang memberikan bacaan pada warna foto. MPix disusun pada foto digital yang akhirnya dapat dibaca sebagai imej tanpa dapat dilihat titiknya kecuali foto dibesarkan pada saiz maksimum.

Permulaan fotografi digital MPix ia dicipta dengan saiz yang kecil ialah itu hanya 1 MPix.

Kualiti foto pada kamera digital bergantung pada jumlah MPix yang digunakan. Lagi tinggi lagi baik mutunya.

MPix dibaca mengikut kiraan berikut:
1,2,3,4,5,6,7,8,10,12.

Namun begitu ada kamera yang memberikan bacaan seperti berikut:
1.5,10.6 MPix.

Kiraan MPix akan dijelaskan pada topic saiz imej dan kualiti. Dua komponen ini akan memberikan pemahaman sebenar dalam menentukan bagaimana foto digital boleh dihasilkan dengan bermutu. Justeru itu semakin tinggi jumlah MPix maka semakin baik foto yang dirakam.

Sekiranya menggunakan MPix yang kecil sekiranya foto dibesarkan maka kualiti foto akan pecah. Menggunakan MPix yang rendah foto yang dirakam tidak boleh dibesarkan mengikut kehendak kita.

Tidak dapat dinafikan bahawa harga sesebuah kamera bergantung pada tinggi mana jumlah MPix. Lagi tinggi lagi mahal harganya disamping tambahan teknikal yang disediakan. Contohnya antara kamera A dengan B yang menambah komponen tambahan maka berbezaan akan ketara. Inilah persaingan dalam dunia fotografi digital yang terpaksa ditanggung oleh semua penggemar fotografi!



Kamera kompak-Copyright web Nikon

1b. Lens

Lens DSLR menggunakan sistem digital. DSLR menggunakkan lens yang beroperasi pada badan kamera. Segala bacaan Aperture (f.stop) dibaca pada badan kamera secara digital. Namun semua macam sudut lens sama dengan kamera analoq (kamera filem).
Kelebihan pada DSLR ialah anti gegar diletakkan pada lens. Terutamanya lens tele mahupun zoom.

Namun begitu DSLR telah melalui satu demensi baru apabila bacaan f.stopnya dikira seperti berikut:

• f-32,f-28,f-22,f-20,f-18,f-16,f-13,f-11,f-10,f-8,f-5.6,f-4.5f,f-4,f-3.5,f-3,f-2.8,f-2,

f.stop berwarna merah merupakan tambahan kepada f.stop konvensional.

Lens DSLR dibina dengan system auto focus. Dengan ini karyawan foto boleh merakam foto tanpa perlu memfokus dengan cara manual. Namun terdapat butang manual focus untuk yang gemar berbuat demikian.

Lens pada DSLR masih dibaca mengikut seperti berikuit:
25mm,28mm,35mm, 50mm,70mm,80mm,200mm

Kebanyakkan bacaan lens pada DSLR menggunakan bacaan zoom 17-50mm,80-300 dan seterusnya.

1c. Shutter Speed

Shutter Speed masih menggunakan bacaan seperti kamera konvensional. Namun begitu terdapat dari segi bacaan tambahannya:

1/B,1/1,1/2,1/3/4,1/6,1/8,1/15,1/30,1/45,1/60,1/90,1/100,1/125,1/250,1/500,1/800,1/1000,1/2000, 1/4000

Shutter Speed yang bewarna merah merupakan tambahan dalam kamera digital.

2. Seni Foto Digital


Dunia sudah di perkenalkan dengan teknologi digital. Semua orang bercakap tentang digital. Semua bidang perlu menggunakan digital. Tidak dapat lari lagi. Kerana digital telah memudahkan semua jenis pekerjaan. Siapa yang tidak mahu membicarakan tentang digital akan ketinggalan.


Dunia fotografi juga begitu. Cukup pantas. Semua jenama kamera dan sebagainya peralatan mengenai fotografi menggunakan digital. Dulu kehadiran fotografi digital cuma dalam organisasi besar. Ini disebabkan ia berkehendakkan kos yang mahal.


Karyawan fotografi belum menerima teknologi digital. Waktu itu ia di ambil oleh mereka yang menggunakan rangkaian IT. Komputer boleh menyimpan foto dengan penggunaan Scanner atau kemera kecil yang menggunakan cabel. Waktu itu foto di imbas ke komputer untuk membina rangkaian laman web atau pembentangan kertas kerja.


Akhirnya ICT cukup cepat menguasai dunia. Penceramah tidak lagi menggunakan Slide Projector atau Overhead Projector. Kini dengan komputer bimbit dan pen memori kerja sudah mudah. Penghasilan foto boleh di hasilkan dengan Kamera Digital


Kamera Digital:

Copyright web Nikon

Kamera Digital ( K_Digital ) adalah sebuah kamera yang dicipta dengan teknologi komputer. Menyimpan foto dalam K_Digital seperti kita menyimpan data dalam komputer. K_Digital boleh diumpamakan sebuah komputer bimbit atau PDA. Cuma K_Digital menyimpan foto.
Mengendalikan K_Digital lebih mudah jika seseorang karyawan foto itu mahir dengan pengendalian ICT!! Perisian seperti Photoshop, Photoeditor, Animation Shop, Paint Shop dan sebagainya perlu dipraktikkan.


Kemahiran menggunakan printer amat baik jika boleh dipelajari. Namun ini tidak menjadi masalah kerana untuk mencetak kita boleh menghantar ke mana-mana makmal yang menyediakan perkhidmatan tersebut.


Dalam laman ini penulis ingin membawa pembaca memahami sifat, kegunaan beberapa fungsi pada sebuah K_Digital. Keterangan yang diterangkan tidak menyeluruh kerana penulis hanya mengambil beberapa panduan dari kamera tertentu. Namun kebanyakkan K_Digital mempunyai mode yang hampir serupa.


Harus difahami bahawa K_Digital yang sering digunakan adalah bersistemkan Compact atau Astamatic Kamera. Walaupun begitu, harganya agak mahal. Tapi jika anda ingin mengecapi apa itu K_Digital tidak salah untuk membeli sebuah kamera yang murah sekitar RM 500 dengan 2 Megapixel. Jika anda yang mahukan jumlah mutu foto yang baik seperti 3 hingga 4 megapixel anda perlu membayar dengan harga lebih dari itu.


K_Digital di pasaran sudah boleh memenuhi keperluan semasa. Kamera-kamera ini boleh menghasilkan beberapa elemen yang bercirikan kamera konvensional ( kamera filem ).
Sebelum membeli K_Digital pastikan jumlah megapixel (MPIX)yang anda perlukan. Pilihan boleh dibuat dengan contoh; 2.0, 3.0,4.0,5.0, 6.0. MPIX ialah kehalusan mutu foto yantg terhasil. Ia boleh disamakan dengan penghasilan mutu foto filem dengan penggunaan ISO. Jika ISO tinggi hasil grainnya kasar. Jika jumlah MPIX tinggi grain, tone warna akan bermutu.


Jenama K_Digital ? Penulis tidak mahu mengiktiraf mana-mana jenama. Namun anda yang sudah menggunakan apa-apa jenama boleh mendakwa jenama mana yang bermutu. Namun harus diingat, penghasilan K_Digital hasil ciptaan saintis/jurutera zaman ini. Kelebihan yang terdapat pada mana-jenama adalah hasil kerja jurutera jenama itu sendiri.


Fungsi K_Digital

  • Lens: Pilih kesesuaian lens yang anda mahu. Ada kamera yang menyediakan sudut lens 8-24mm dengan f/2.8. Fungsi 3 kali optical zoom atau lebih. Keupayaan close sehingga 1.6 cm. Hasilnya anda boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan mudah. Zoomnya sehingga hampir 200 meter.
  • Uplood: Pilih cara pindahan foto ke PC dengan mudah. K_Digital dibekalkan dengan perisiannya sendiri untuk kemudahan uplood.
  • Flash: Lihat keupayaan flash K_Digital . Berapa jauh flash boleh menyimbah.
  • Mood operasi: Ia terbina secara digital. Mood ini berfungsi seperti kamera program bagi SLR filem. Fokusnya secara automatik. Lihat keupayaan Shutternya apabila anda menekan untuk membuat rakaman foto.
    Mahirkan penggunaan Program Moodnya. Fungsi Automatik akan memudahkan kerja anda yang baru belajar merakam foto. Segala Aperture, Shutter Speed akan diprogram oleh sistem yang dibina. Contoh; jika cahaya cukup K_Digital akan merakam tanpa flash. Jika cahaya rendah K_Digital akan memberikan simbahan cahaya secara automatik.
  • Program Manual: Ia boleh dilaras mengikut kehendak kita. Katakan anda mahukan Aperture f22 maka Shutter Speed akan perlahan. Begitu sebaliknya.
    Keistimewaan pada K_Digital ialah dengan terbinanya fungsi-fungsi Special Effect.
    Rakaman waktu malam dengan Night Lanskap dimana jika anda tidak mahu menghilangkan kesan cahaya aslinya maka fungsi ini perlu digunakan. Contoh merakam bangunan waktu malam.
  • Museum: Adalah untuk merakam bahagian dalam rumah, bangunan tanpa flash.
  • Fireworks Show: Jika anda ingin merakam pertunjukan bunga api
  • Close-Up: Untuk kerja close-up
  • Copy: Paling menarik K_Digital boleh berfungsi sebagai scanner
  • Back Light: Cahaya flash akan tersimbah jika menggunakan fungsi ini dengan cahaya arah belakang model.
  • Potrait: Untuk rakaman potret
  • Indoor: Rakaman di majlis tanpa simbahan cahaya flash
  • Night Portrait: Untuk merakam potret pada waktu malam
  • Beach/Snow: Rakaman foto di pantai atau di musim salji ( jika anda keluar negara)
  • Landscap: Untuk rakaman landskap agar foto lebih tajam dengan Depth Of Fieldnya sempit.
  • Sunset: Merakam foto waktu senja
    Harus diingat dengan menggunakan beberapa fungsi yang disenaraikan penggunaan tripod amat diperlukan agar kemera tidak bergoyang.


    3.Digital Fotografi 



    Seperti kamera konvensional, kamera digital (K_Digital) terbahagi kepada tiga kategori

    · Kompak kamera
    · Semi SLR
    · SLR (Single Lens Leflex)

    Namun dua sahaja yang agak kerap digunakan oleh kebanyakkan pengguna iaitu, Kompak dan Semi SLR. Berdasarkan faktor harga, kegunaan maka dua kategori lebih banyak di pasaran.

    Walaupun begitu kemampuan dua kamera jenis ini sudah memadai untuk para amatur atau semi amatur kerana kemampuan merakam gambar sudah boleh banggakan. Dengan menggunakan dua jenis kamera ini pengguna tidak perlu memikirkan penambahan alat lain kerana dalam kebanyak K_Digital sudah disediakan kebanyakan ciri-ciri mood profesioanal.

    Harga merupakan faktor utama dalam pemilihan kamera. Jika inginkan sebuah kamera hanya untuk kegunaan keluarga seperti merakam majlis majlis keluarga maka K_Digital yang murah sudah memadai. Harga antara RM 400 hingga RM1,000 sudah membolehkan seseorang itu bergaya dan merakam apa saja gambar. Namun jika penggunaan lebih serius adalah dicadangkan K_Digital Semi SLR. Namun harga usah dipertikaikan kerana penghasilan gambar lebih baik.

    Panduan memilih K_Digital:

    Jenama:

    Penting jika ia sudah menguasai fotografi digital sudah lama. Namun harus diingat, penguasaan dalam konvensioanl fotografi juga penting kerana beberapa komponen dari fotografi konvensional akan dibawa ke fotografi digital. Contoh, Nikon ia menguasai teknologi lensa yang baik. Justeru lens Nikon boleh menghasilkan mutu warna yang baik. Persaingan jenama adalah persaingan perniagaan namun kita harus berhati-hati kerana membeli kamera sebagai pengguna bukan membeli kamera sebagai penyelidik. Anda mengeluarkan wang untuk menggunakan kamera. Jika tersalah pilih anda juga yang akan menanggung kerugian.

    Seharusnya buat penilaian dengan katelog, laman web, kedai-kedai menjual kamera. Paling mustahak buat penilaian dengan rakan-rakan yang jujur memberitahu anda tentang mutu kamera yang hendak dibeli.
    Jenis Kamera:

    Tentukan penggunaan kamera. Jika untuk kegunaan keluarga atau peribadi, seharusnya anda tidak membazirkan wang dengan membeli kamera SLR yang akan meminta anda menukar lens,flash,filter dan sebagainya jika sampai waktu. Namun jika anda seorang yang serius dalam fotografi, tidak rugi membeli sebuah K_Digital kerana pulangan modal anda akan perolehi seandainya anda tahu mencari sumber pendapatan.

    Begitu juga jika anda berada dalam kategori profesional maka k_digital amat penting. SLR K_Digital menentukan arah kerja kita. Anda yang mengawal kamera tersebut, bukan kamera itu yang menentukan kerja anda.

    Pemilihan antara optikal zoom dan digital zoom perlu diambil perhatian. Optikal zomm bermaksud kanta kamera yang bergerak untuk berapa kali contohnya 3X atau sterusnya. Manakala optikal zoom tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada kamera tersebut.

    MegaPixcel:

    Jika anda telah lama menggunakan K_Digital rasanya MP berapa yang harus anda gunakan tidak menjadi masalah. Bagi anda yang baru bercadang membeli maka saya mencadangkan membeli MP yang boleh memberikan kepuasan anda.

    Pixcel adalah panggilan untuk jumlah ribuan bintik warna dalam fotografi digital. Jika menggunakan 2.0 MP menandakan anda hanya menggunakan 2 ribu piksel sahaja. Jika anda menggunakan 8.0 MP maka jumlahnya lebih baik kerana anda memiliki 8 ribu piksel. Hasilnya foto yang dirakam mempunyai jumlah butiran warna piksel lebih banyak. Secara tidak langsung anda boleh menghasilkan foto besar tanpa perubahan pada tone warna.

    Pada masa ini 4.0 MP keatas sudah memadai. Jumlah tersebut jika menggunakan kualiti imej normal dan saiz imej 1208 ke atas sudah boleh menghasilkan gambar sebesar 8R. Pengguna amatur paling besar mencetak foto hanyalah 8R.

    Memori Kad:

    Memori kad penganti filem. Jumlah simpanan bergantung pada Megabait (MB). 16Mb,128MB, 256MB atau lebih. Jumlah rakaman bergantung penggunaan imej saiz. Jika imej saiz kecil maka jumlah simpanan lebih banyak. Sebaliknya jika penggunaan saiz yang besar jumlah foto akan berkurangan.


    Batteri:

    Betteri memain peranan penting pada sebuah K_Digital. Oleh itu pastikan kuasa bateri boleh membantu ketika membuat kerja-kerja rakaman. Ada K_Digital hanya menggunakan bateri saiz AA. Ada juga yang menggunakan bateri keluaran jenamanya sahaja. Jangkamasa standby perlu dilihat agar tidak mengganggu tugasan. Contoh, bateri boleh tahan hingga 2 atau 3 jam. Ada yang hanya bertahan sehingga 90minit sahaja. Bateri yang boleh dicas semula lebih baik. Kamera yang menggunakan bateri Lethium lebih panjang hayat penggunaannya.

    Kerja-kerja Edit Foto:

    Kebiasaannya foto yang telah dirakam perlu di  edit. Perisian tersebut ada ketikanya disediakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut. Namun perisian seperti PhotoShop seharusnya mesra dengan anda. Anda akan merasa lebih puas jika melakukan kerja-kerja edit tersebut secara sendirian. Begitu pun jika untuk kerja-kerja menerangkan foto-foto tersebut boleh dilakukan di kedai-kedai fotografi.

    Anda boleh menghantar foto untuk dicetak ke kedai fotografi sama ada memori kad, CD, Pen Drive.

    Penyimpanan Foto:

    Cakera padat (CD) DVD lebih baik kerana anda boleh menyimpan dalam jumlah yang banyak. Namun jika anda memiliki PenDriver boleh membantu ketika anda berada di luar kawasan. Menyimpan secara kekal gunakanlah CD yang telah disebut di atas. Peyimpanan begini boleh membantu anda sama ada untuk mencetak atau mengedit foto tersebut.




    4. Seni Foto Digital


    Kamera Digital & Kamera Konvensional

     

    Soalan

    To: raai@my-malaysia.com Date: Mon, 28 Feb 2000 19:03:22 -0800 From: "zack s jr" <akiera99@mailcity.com> Reply-To: akiera99@mailcity.comSubject: perlu bantuan

    Assalamualaikum,

    Saya Mohamad Zaki ingin meminta sedikit bantuan daripada Tuan dalam mendapatkan bahan bagi menyediakan kertas kerja mengenai "Kamera Tradisi & Kamera Digital- Pengenalan & Perbezaan".

    Kalau boleh sila nyatakan kepada saya dimana saya boleh dapatkan bahan-bahan tersebut ataupun ada disediakan oleh pihak tuan.

    Sekiranya ada disediakan oleh pihak tuan saya harap tuan dapat berikannya pada saya atau pun jualkan kepada saya.

    Sekian terima kasih harap maklum , semoga tuan akan menjawab email saya ini dengan seberapa segera.

    Wassalam...

     


    Jawapan:

    Assalamualaikum,

    Saudara Zaki, saya tidak menjual kertas kerja untuk tujuan yang saudara maksudkan. Tetapi saya sedia membantu saudara untuk memberikan sedikit tip (point) untuk saudara sediakan kertas kerja yang tersebut. Umpamanya jika saudara telah meneliti panduan asas senifoto yang saya buat saudara boleh dapat sedikit panduan tentang kamera tradisi seperti kamera TLR. Sebab kamera TLR merupakan kamera yang hampir menjadi antik. Begitu juga kamera SLR yang pada pendapat saya bukan tradisional tetapi telah di permajukan. Ada kamera SLR yang ditingkatkan keupayaannya untuk dihubungkan dengan pc. Contohnya kamera Nikon. Sebenarnya kamera SLR yang dikatakan oleh orang awam tradisional akan terus berkembang bersama perkembangan IT. Saya tidak fikir teknologi kamera tradisional akan tergantung setakat menggunakan filem. Satu masa saya yakin para saintis akan mencipta teknologi digital pada kamera yang selama ini menggunakan bahan filem berkimikal.

    Cuma sehingga kini kamera digital adalah diantara alat tambahan pada assosories komputer. Kalau pada awal kemunculannya kamera ini dihubungkan dengan komputer, kini sudah ada kamera digital yang menggunakan disket sebagai bahan untuk merakamkan foto.

    Apa yang saya lihat kamera digital masih perlu ditingkatkan umpamanya flash yang perlu diasingkan. Dan ciri-ciri lensnya yang perlu ditingkatkan untuk keperluan Micro,Wide Angle, Telelens, Zooms. Pada saya teknologi digital akan berkembang kerana hasilnya boleh memudahkan kerja-kerja professional. Umpama kemunculan mesin cetak filem warna yang telah menghilangkan peranan Darkroom. Malah kegunaan mesin cetak foto warna lebih popular dan murah lagi pantas. Begitu juga teknologi digital yang membolehkan kepantasan memudahkan kerja-kerja dalam Foto Journalist. Malah sudah ada pengamal media menggunakan kamera digital untuk menghantar imej foto ke ruang akhbarnya dengan pantas hanya menggunakan telefon bimbit.

    Reka bentuk kamera digital hampir serupa dengan kamera astamatik. Tapi dari segi produktnya ia tidak menggunakan filem.

    Saudara Zaki, untuk lebih lanjut saudara boleh semak laman web http://www.nikon.com dan klik pada tajuk kamera digital mengetahui lebih lanjut bersama foto kamera tersebut

    Rumusannya; teknologi kamera digital akan kehadapan sedikit masa lagi dan kebanyakan pengamal senifoto akan terpaksa mahu tidak mahu mempelajari teknologi tersebut. Cuma masa kini kualitinya masih boleh ditingkatkan dan kos pengeluarannya masih mahal!

    Harap saudara dapat memperolehi sedikit gambaran untuk membantu dalam penyediaan kertas kerja anda. Terima kasih.



Komposisi dalam Seni Foto.pptx Komposisi dalam Seni Foto.pptx
Size : 7265.522 Kb
Type : pptx