POTRET


Potret Fotografi merupakan salah satu bidang yang menarik.Ia merupakan cabang yang penting kerana di dalamnya terdapat teknik untuk mengambil gambar potret bagi tujuan pengenalan diri ketika membuat kad pengenalan, paspot, kad pekerja dan sebagainya. Lebih menarik lagi untuk membuat rakaman kenangan wajah; ayah, ibu, anak dan sesiapa saja

Kamera yang sesuai untuk rakaman foto begini ialah Kamera View dan SLR. Kamera begini memiliki kemudahan yang boleh digunakan sebanyak mungkin. Umpamanya Lens yang sesuai, Filter, Flash atau Lampu Studio.

Alat-alat tambahan

Selain kamera, alat-alat tambahan berikut diperlukan untuk memantapkan kerja-kerja dalam fotografi potret.
1. Filem
2. Lens
3. Filter
4. Cahaya - Flash, Lampu Studio, Reflektor
5. Tripod

1. Filem - Filem bahan penting untuk merakamkan gambar. Filem yang paling baik untuk fotografi potret ialah berukuran 120. Namun filem ini hanya digunakan oleh kamera View. Oleh itu kepada Amatur adalah dicadangkan menggunakan filem 135 mm dengan ASA 100.

2. Lens - Lens yang sesuai untuk fotografi potret ialah lens Micro, Standard, Telephoto. Pemilihan lens yang betul akan memberi kesan gambar yang baik. Lens-lens yang disebut tadi merupakan lens yang paling sesuai. Jangan menggunakan Wide Angle kerana akan memberi kesan yang tidak baik kepada muka model. Hidung model akan kembang! Jika menggunakan lens Telephoto anda perlu berhati-hati kerana lens ini berat dan akan memberi kesan goyang jika tidak cermat. Telephoto Lens juga memerlukan Jurufoto berada jauh dari model namun kesan gambarnya menarik. Menggunakan Lens Mikro perlu berhati-hati kerana kesan Dept Of Feildnya agak tajam. Menggunakan Soft Filter adalah cara terbaik untuk memberi kesan yang baik. Lens Standard juga baik untuk rakaman potret.

3. Filter - Filter memainkan peranan penting ketika rakaman gambar potret. Dengan filter gambar boleh dirakamkan dengan memberikan mutu yang baik. Antara Filter yang disyorkan untuk fotografi potret ialah: Soft filter, Poloraizing. Untuk melembutkan kesan muka model gunakan Soft filter seandainya Aperture yang digunakan kecil. Poloraizing filter boleh digunakan untuk menghilangkan kesan berminyak (kilat) muka model.

4. Cahaya - Cahaya merupakan faktor penting. Cahaya terbahagi dua.

i. Cahaya Asli - Cahaya Matahari, Bulan adalah cahaya asli yang perlu dikendalikan secara cermat. Cahaya begini tidak boleh diubah kedudukannya. Jika perlu, anda gunakan Pembalikan (Reflektor) untuk mengubah sudut cahaya. Menggunakan cahaya matahari lebih mudah dan murah. Mutu gambar yang dihasilkan dengan menggunakan cahaya matahari lebih baik jika betul cara pengendaliannya.

ii. Cahaya Tiruan - Contoh cahaya tiruan ialah: Lampu Pancar (Flash), Lampu Studio.

Ketika mengendalikan cahaya anda perlu faham sifat cahaya itu sendiri. Cahaya Tungsten akan memberikan kesan kuning pada gambar justeru anda perlu menggunakan Filter Biru untuk pembetulan. Jika menggunakan cahaya matahari, pastikan arah cahaya. Kesan arah cahaya matahari akan memberi kesan pada muka potret.

Menggunakan Flash adalah cara mudah untuk mendapat kesan cahaya. Tapi anda perlu mahir kerana jika tidak ia akan memberi kesan kontras pada muka model. Anda boleh menggunakan teknik Bounce, iaitu dengan menghalakan Flash ke Silling atau menggunakan Reflektor. Oleh itu muka model tidak kontras. Teknik ini memerlukan anda menggunakan aperture yang besar. Jika menggunakan mood Flash Automatik, gunakan mood yang memberikan kesan aperture besar. 

Selain menggunakan Flash, anda boleh mencuba menggunakan Lampu Studio yang mana harganya lebih mahal dari flash. Bagaimanapun ada lampu studio yang kecil dan mudah dikendalikan.

5. Tripod - Mengambil gambar untuk keperluan Paspot, Pass Pekerja anda perlu menggunakan Tripod kerana ia akan mudahkan anda untuk melihat kedudukan muka model. Jika tidak, kemungkinan ada bahagian yang akan hilang atau gambar berat sebelah. Umpamanya telinga kanan atau kiri menjadi kecil. Bagaimanapun jika anda hendak merakam potrek secara bebas tripod tidak diperlukan.
 
@ RaaiMan. tahpermai 191299

 

Make a free website with Yola