Panduan dan tip-tip untuk Jurufoto


Panduan fotografi: Ada ketikanya ketika memilih sudut jangan lupa kita fikirkan perkara yang harus kita buang. Lihat dua gambar ini. Gambar A terdapat botol air minuman, manakala gambar B tiada. Jurufoto berhak mengalihkan botol tersebut kerana beberapa sebab. Pertama mencacatkan suasana. Kedua botol tersebut akan memberikan iklan percuma kepada jenama air tersebut.

Jika pihak media cetak mereka lebih berhati-hati dalam kes ini.


Gambar A

Gambar B


Penggunaan ISO Tinggi:

Panduan ringkas::::::ISO Tinggi: Saya menggunakan ISO yang tinggi (1/1000) ketika matahari terik untuk menghasilkan f/stop 9 dan menghentikan pergerakkan. Masih boleh bagi sebuah kamera DSLR.




Tema dalam fotografi:



Bidang fotografi boleh dibuat dalam berbagai tema. Kita hendaklah mahir dalam semua bidang kecuali yang tidak senonoh dari sudut agama dan adap. Namun pilih satu bidang yang mampu menghasilkan kepuasan kepada diri sendiri dan yang mampu mengekalkan kita sebagai karyawan foto sehingga berusia emas. Bagi saya, konsep keislaman fotografi harus ditekankan walaupun fotografi banyak membawa unsur kurang sopan. Kenapa tidak, andai kita yang memulakannya.

Etika:



Nak jadi Jurufoto acara,majlis dan sebagainya etika majlis tersebut harus dipatuhi.
Titik beratkan pakaian anda, penampilan yang ramah, berwajah positif kepada orang adalah sifat utama yang harus ditampilkan.
Hilangkan rasa rendah diri kerana tugasan andan memerlukan kecekapan yang maksimum kerana ketika itu tiada guru yang akan membantu kecuali pengalaman anda. 

Komunikasi yang betul mampu menjadikan seseorang Jurufoto yang baik ketika menjalankan tugas yang berkaitan dengan VVIP | Penampilan diri dengan perwatakkan yang menyakinkan membolehkan orang yakin kepada kita. Lebih-lebih lagi gaya, kesantunan kita bercakap dihadapannya. Lebih penting ketika bercakap dalam telefon kerana kita tidak dikenalinya.



Memberi isyarat:

Menghasilkan fotografi acara yang mempunyai ramai watak seseorang jurufoto harus berani bersuara atau menggunakan isyarat :: Ada waktunya kita boleh meminta mereka bergaya atau merakam aksi spontan :: Namun kepada VIP agak sukar jika mereka tidak boleh didekati untuk meminta mereka beraksi atau bersedia.

Justeru, teknik merakam gambar sebagai isyarat sedia boleh dilakukan dengan rakam menggunakan flash. Setelah mereka sedar maka aksi seterusnya ada milik kita. Kerana merakam gambar ketika mulut ternganga, tangan meraka memegang hidung atau teliga ada kurang sopan untuk diterbitkan.


Merakam aksi:


Menghasilkan foto kewartawanan mata mesti tajam melihat aksi. Dengan teknologi digital masakini soal menjimatkan exposer tidak timbul lagi. Rakaman seberaba banyak mungkin aksi tokoh-tokoh yang kita mahu dan pilih mana satu yang sesuai untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan.






Menggunakan lighting yang murah:


Merakam potret di rumah tanpa lampu studio. Guna lampu panjang letak sudut kiri dan kanan. Set latar belakang yang sesuai. Ketika nak rakam set pada White Blance Incandescent. pasti tidak mengeciwakan sdra/i. Cuba lakukan teknik ini dengan baju raya keluarga sdra/i pada hari raya yang akan menjelma. Pastinya tidak akan dilupa oleh keluarga dengan memori ini.

Musim perayaan dan fotografi:

Merakam gambar di musim raya begitu menarik. Cuba kita kumpul semua ipar dui bersama keluarga sendiri atau mertua. Kerana hari ini ibu ayah atau mertua menjadi datuk dan nenek, musim sepuluh atau dua puluh lagi kita bergelar gelaran yang sama. Kenangan ini akan menjadi manis kerana bukti foto sukar menipu generasi kita.

Musim perayaan datang lagi. Kalau nak merakam saat-saat indah bersama keluarga kita boleh guna kamera kompak. Mudah dan murah.

Fotografi sukan:



Kita boleh mencuba apa sahaja fotografi sukan. Fotografi sukan cukup menarik kerana banyak aksi yang boleh dirakam terutama andainya pasukan yang kita rakam merupakan pasukan faverite.

Justeru seseorang jurufoto sukan harus menjadi seorang yang faham bagaimana sukan itu diadili. Kita boleh belajar dari pemain atau pegawai sukan yang mahir dengan sukan-sukan berkaitan.


Besarkan gambar

ISO tinggi & Croup Factor:


1. Ada waktunya kita berkunjung ke sesuatu tempat dan melihat lokasi yang menarik tetapi tidak mempunyai peralatan yang lengkap seperti tripod untuk melakukan teknik low speed. Dengan kemudahan teknologi digital keadaan ini dapat diatas dengan menggunakan ISO yang tinggi. Letakkan pada Shutter Speed yang mampu kita rakam tanpa goyang. Tahan nafas dengan teknik pernafasan 10 saat nescaya anda mampu menghasilkan gambar begini, tanpa flash.

2. ISO ialah kuasa kepantasan mencerap cahaya oleh filem atau CMOS. Kelebihan digital ia boleh diubah pada bila-bila masa. Kalau merakam gambar pada 300 exposer maka kita boleh ubah mengikut kehendak kita. Ketika filem tidak boleh. Ini kelebihan produk digital.

3. Croup faktor ialah saiz imej sensor yang terdapat pada kamera digital. Ada kamera yang mempunyai megapiksalnya yang tinggi tetapi croup factornya kecil maka kualiti gambar tidak akan sama. Misalnya kamera kompak mempunyai 12MP tetapi oleh kerana croup factor nya kecil maka kamera DSLR lebih baik kualitinya.

4. Ingin tahu jumlah Piksal dalam sesebuah kamera? | Baca saiz imej dalam Photoshop atau mana-mana photo editor | Katakan bacaannya, 4928 x 3264 = 16084992 | Maka kamera tersebut mempunyai capaian piksalnya ialah 16 jutaan titik | itu menandakan kamera tersebut berkualiti 16 Megapiksal.



Fotografi dan kehidupan:



1. Dulu fotografi merupakan hobi yang mewah. Orang kaya sahaja yang mampu melaksanakan hobi ini. Kini fotografi merupakan hobi yang mampu mengubah peribadi seseorang. Ada yang mampu menghasilkan rezeki tambahan dihujung minggu. Namun ramai mungkin tidak sedar fotografi sudah menjadi terapi kesihatan ketika mengamalkan minat ini.

Bayangkan dengan fotografi anda mampu bertemu rakan-rakan baru. Melancong ke tempat-tempat menarik. Kalau anda yang sibuk sepanjang minggu, maka hujung minggu akan mengubah kehidupan terhadap fotografi.

Justeru, teruskan mengamalkan minat anda disamping menghasilkan pendapatan. Kalau tidak memperolehi wang pun anda sudah berjaya mententeram jiwa.

2. Ada orang suka pakai filem, ada orang suka pakai digital, ada orang suka Lomografi | Pilih sahaja apa yang dia suka sebab fotografi boleh dijadikan hobi, boleh juga dijadikan sumber pendapatan. Fotografi dijadikan untuk keperluan hobi dan kerjaya.

Namun dalam kerjaya fotokewartawanan, pengiklanan fotografi digital sudah mampu mengurangkan bebanan petugas. Cepat ringkas dan vesetail. Pilih dan gunakan selagi anda mampu kerana fotografi hobi yang tidak menjemukan kecuali anda hilang idea....

3. Bukan senang menjadi juri pertandingan foto. Kebanyakkan peserta mengharapkan kemenangan | Namun jurufoto harus jujur pada diri sendiri menghasilkan karya | Kerana sekeping gambar yang dirakam akan menjadi kesan kepada kita dikemudian hari.

4. Berhati-hati menghalakan lensa kamera anda ke arah orang lain. Tidak semua orang suka wajahnya dirakam. Kalau perlu, minta izin dahulu dengan orang itu dengan cara penuh diplomasi. Mungkin memakan masa, tetapi itulah skill seorang profesional.

5. Peminat muda fotografi | Pertandingan fotografi medan mencuba nasib dan bakat kita | Kalau ada pertandingan cubalah mana tahu kalau menang hadiah utama atau saguhati | Hadiah itu boleh meransang minat kita | Kalau kalah bukan bermakna kita gagal | Tetapi kita harus berbangga kerana karya dinilai....| Banyak agensi yang seraing menganjurkan pertandingan | Buat stock foto peribadi, kalau ada pertandingan yang sesuai hantar untuk dinilai.

6. Fotografi adalah kerja seni. Kalau orang mahu anda merakam gambar yang dipinta itu satu penghargaan. Namun fotografi juga sumber rezeki, kalau tak cukup tangan jangan lokek kongsikan rezeki dengan kawan-kawan yang tidak mendapat peluang. Kerana berkongsi rezeki juga salah satu cara kita bersedekah.

7. Sekarang ramai yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan sampingan | Namun di dalam FB sudah ada khabar Jurufoto Penipu | Memberi kepercayaan kepada pelanggan bukan satu perkara yang mudah, tambahan kalau kita orang baharu dalam bidang ini | Jangan gelap mata dengan wang | Bina kepercayaan orang kepada kita | Bina kepercayaan kita kepada orang | Kerana itu jangan memberikan tempuh yang lama kepada pelanggan | Pesan saya siapkan pesanan itu sebelum hilang bau lemak makanan kenduri pengantin tersebut | Tapi jangan sampai pengantin perempuan sudah muntah-muntah mabuk "bunting pelamin, tak siap juga.

8. Menciplak karya orang lain menjadi hak kita adalah salah | Bagimana mengatasinya? | Pertama buat by line contoh Foto oleh: Abd Raai Osman atau Rencana oleh: Raai Osman | Dengan teknologi yang ada, gambar boleh dimasukkan Watermark | Penciplak masih boleh menciplak | Maka dalam hal ini pertama buat laporan polis | Hantar salinan laporan itu kepada penciplak | Kalau boleh selesai diluar mahkamah selesailah | Namun kalau tak boleh selesai anda mungkin akan kaya dengan hasil keputusan mahkmah | Ingat selepas beberapa puluhan tahun karya kita boleh ciplak semula.

9. Menjaga kamera jika tidak digunakan dalam tempuh yang lama | Pastikan keluarkan bateri dari badannya | Memori kad boleh disimpan dalam kamera | Pastikan kamera anda dibungkus dengan kain bukan dengan palstik | Kain boleh menyerap haba | Jika ingin menggunakan kamera tersebut selepas disimpan pastikan membuat ujian pada Shutter Speed | Uji pada semua Shutter Speed | Namun nasihat saya jangan biarkan kamera anda tidak digunakan lebih dari satu minggu.

10. Merakam gambar model memang seronok. Namun dalam keseronokkan itu kita harus faham etikanya. Ketika ini kita merakam kerana inginkan meningkatkan skill dan suka-suka kerana model itu cantik. Kemudian suatu ketika gambar yg kita publish itu menjadi masalah kerana apabila model itu sudah kahwin dan dia merasakan gambar itu menyusahkan hidupnya dan keluarga maka kita yg akan menjadi mangsa saman. Ingat kalau ketika suami dan dia menghadapi masalah maka kita sumber samannya. Maka, seeloknya buat sedikit perjanjian bertulis dengan model itu. Atau usah publishnya hasil karya anda kalau ia sekadar suka-suka.

11. Menghasilkan karya fotografi ketika era digital belum wujud, filem slaid adalah pilihan terbaik. Menggunakan filem format besar seperti 120mm atau filem keping ada pilihan Jurufoto profesional. Ketika itu hasil yang diusaha untuk satu-satu sesi fotografi mungkin sehari, dua atau seminggu.

Hasil karya hanya boleh dilihat selepas di proses filem dan foto dicetak ke kertas. Untuk melihat sudut cahaya, pemilihan ekposer kita perlu menggunakan filem Poloroid (instan filem).

Filem tidak dapat membaca semua jenis warna. Warna hijau amat sukar dinormalkan. Warna kuning ada waktunya paling sukar dipisahkan dengan putih. Suhu warna harus dipelajari oleh seseorang. Tone warna perlu diamati betul-betul.

Lihat gambar di bawah, pemisahan warna yang hampir serupa mampu diatasi oleh dunia digital. Colour suprastian boleh dilakukan dengan pengubahan mudah di fungsi WB. Tone warna boleh digubah dengan teknik pencahayaan, pemakaian turas yang berbagai.

Kita bebas berkarya walaupun budaya delate adalah budaya baru dalam fotografi. Walaupun ada orang berkata karyawan baru fotografi 'malas' akan tetapi inilah yang sering dikeluhkan sewaktu dulu ketika merakam gambar di studio. Kos menjadi tinggi kerana ada masa kerja itu perlu diulang semula.

12. Tidak dapat dinafikan ketika kehadiran teknologi digital ramai di kalangan karyawan foto profesional tidak boleh menerimanya dan masih taksub dengan penggunaan filem. Lagi-lagi dari kalangan yang menggunakan filem format besar dan slaid. Namun media filem memang terdapat kelemahan dalam colour supresion. Saya lihat apabila menghasilkan warna hijau filem tidak mampu menonjolkan hijaunya kerana itu ketika wujud filem ramai dari kalangan profesional menerimanya.Namun jika filem perbezaan kualiti dibandingkan antara jenama Kodak dan Fuji. Di era digital pengemar fotografi memilih antara jenama kamera. Hasil dari kursus sehari bersama En Haidar di UKM pada 19 Januari 2013 maka dua gambar ini telah dipilih untuk dibuat perbandingan. Penggunaan jenam kamera yang berlainan dan pencahaya dan white belance yang sama makan lihatlah hasilnya.

13.
Persediaan menguruskan fotografi bersama Raja atau sultan kena ada. Baginda tidak mudah berbicara dengan kita kerana kita perlu berurusan dengan pegawainya sahaja. Jurufoto tidak 'layak' mengarahkan tuanku. Oleh itu peluang 5-15 minit yang ada harus diambil kerana mengadap tuanku bukan satu peluang yang semua orang boleh buat!



14. Persediaan menguruskan fotografi bersama Raja atau sultan kena ada. Baginda tidak mudah berbicara dengan kita kerana kita perlu berurusan dengan pegawainya sahaja. Jurufoto tidak 'layak' mengarahkan tuanku. Oleh itu peluang 5-15 minit yang ada harus diambil kerana mengadap tuanku bukan satu peluang yang semua orang boleh buat!

15. Jika kita berpeluang merakam gambar dari udara jangan lepas peluang walaupun sesaat. Buang rasa gayat dan gerun, fikirkan keselamatan dan rakam sahaja gambar dengan skill yang kita ada |||| Ingat, penerbangan tersebut bukan untuk makan angin.



16. Menjaga kamera jika tidak digunakan dalam tempuh yang lama | Pastikan keluarkan bateri dari badannya | Memori kad boleh disimpan dalam kamera | Pastikan kamera anda dibungkus dengan kain bukan dengan palstik | Kain boleh menyerap haba | Jika ingin menggunakan kamera tersebut selepas disimpan pastikan membuat ujian pada Shutter Speed | Uji pada semua Shutter Speed | Namun nasihat saya jangan biarkan kamera anda tidak digunakan lebih dari satu minggu.

17. Nak beli kamera mahal tapi tak cukup modal? | Sdra/i nak rakam gambar apa? | Apa? gambar anak dengan nenek dan atuknya? Gambar semasa kenduri kendara keluarga? | Mudah je....pada hemat saya beli kamera compact pun dah ok | Sdra/i bukan nak cari makan sebagai Photographer | Gambar menggunakan kamera compact pun dah bagus | Kalau sekitar RM2 ribu dah dapat yg highttech | Kalau kamera SLR harga macam tu mana mungkin dapat yg tinggu teknologinya | Dah tu kena beli flash, lens dan sebagainya | Nak jimat dan dapat shoot foto guna kaedah saya | Kalau belajar macamana nak buat gambar yg berkualiti kamera compact boleh menghasilkannya.....

18. Pastikan ketika menukar lens jangan biarkan kamera anda terbuka lama kerana ia akan menyebabkan debu masuk ke Imej Sensor/CMOS. Ia tidak seperti filem kerana ketika filem dipusing semula ke kotaknya debu itu akan terhakis oleh berus yg terdapat pada kotak filem. Sekali anda telah membiarkan debu melekat ke CMOS gambar anda akan dicemari dabu. Paling sakit seandainya terdapat pada baju putih atau muka model. Satu kerja tambahan dengan Photoshop perlu dilakukan.

19. Amalkan format memori kad kerana ia akan jadi zero |Tapi kalau hanya delate anda akan menghadapi masalah disuatu masa kelak | Delate umpama menyimpan debu di bawah permaidani.

20. Membawa kamera ditengah panas terik perlu waspada. Suhu yang tinggi akan menjejaskan Imej Sensor/CMOS kamera. Ia akan menjadi Over Expose.

21. Anda mungkin merasa gugup ketika merakam gambar di majlis penting (rasmi) | Ini sekadar panduan | Usah hiraukan semua itu sebab orang tidak melihat anda kerana kalau majlis itu adalah majlis persandingan orang hanya melihat pengantin | Kalau rakam gambar majlis malam, pakai pakaian yg agak gelap, jangan berwarna warni | Apa anda nak herankan pandangan orang kalau cara anda merakam gambar itu betul | Sebab itu belajar sedikit sebanyak cara memegang kamera | Kalau cara anda memegang kamera agak pelik dari orang lain sudah pasti anda akan menjadi tumpuan .

22. Tripod sebenar alat bantu kepada Jurufoto | Ketika masuk hutan tripod boleh dijadikan tongkat selain digunakan untuk meletakkan kamera agar tidak bergoyang | Tripod juga boleh digunakan menentang musuh kalau ada gangguan | Sebab itu pastikan anda membeli tripod yang kukuh agar ia boleh digunakan dalam TIGA situasi....

23. Ketika memindahkan gambar ke PC/laptop dengan menggunakan cardreader, pastikan sekeping kad baru dimasukkan ke dalam kamera | Bukan apa, kalau sedang memindahkan gambar tiba-tiba ada kes kecemasan kamera anda kosong!!!! | Kamera kompak masih ok kerana sesetengahnya masih menyimpan
ke dalam kamera. Kalau tidak satu kes nanya...

24.
@RaaiMan~Mac 2014

Make a free website with Yola