Nota-Nota Ringkas

Oleh: Abd Raai Bin Osman P.J.K


Komposisi:

Komposisi adalah cara menyusun objek dalam gambar. Bagi anda yang baru menceburi bidang fotografi kaedah menyusun dalam komposisi perlu difahami. Jangan biarkan objek dalam gambar menjadi berterabur tanpa haluan. Letakkan objek utama dengan jelas jika tidak penatap gambar akan jemu dan tidak suka melihatnya.


Beberapa konsep perlu ada ketika merakam gambar: 

  • Gambar pastinya jelas dengan penggunaan fstop yang betul. Sutter Speed yang bersesuaian. 
  • Jangan terlalu padat dengan banyak subjek. 
  • Letakkan subjek utama pada tempat yang betul. Contoh: merakam permainan bola sepak biar nampak pemain sedang bersama bola sepak bukan bola raqbi. 
  • Pencahayaan biar betul jangan terlalu under atau over expose. 
  • Fucusing kena batul agar gambar tajam. 
  • Kedudukan ketika merakam gambar perlu mantap agar gambar tidak goyang. Gunakan tripod, monopod dan sebagainya untuk menghasilkan gambar tidak bergoyang. 
  • Penggunaan lens yang tepat adalah cara yang baik untuk merakam gambar. Jangan menggunakan lens 17 mm untuk gambar potret. Jangan guna lens wide angle untuk merakam gambar close-up.

Element dalam komposisi seperti:

Jurufoto VVIP

September 12, 2018

Anda berminat untuk menceburi bidang fotografi VVIP atau orang kenamaan. Bidang ini menarik kerana anda akan dikenali atau mengenali tokoh-tokoh tertentu ketika menjalankan tugas.



Belajar adap dan peraturan ketika masuki istana.

Ciri-ciri yang harus ada pada seorang Jurufoto untuk bidang ini ialah:

  • Perwatakan
  • Ilmu komunikasi
  • Ilmu psikologi
  • Ketahanan
  • Peralatan

Perwatakan: Wajah bukan kreteria utama. Jangan fikir anda yang tidak mempunyai wajah menawan tidak boleh menceburi bidang ini. Bina perwatakan yang boleh menyenangkan orang lain. Kebersihan adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Pakaian juga adalah aspek penting yang harus diambil kira. Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan majlis.



>Harus ingat ada peristiwa yang tidak akan berulang. Maka jurufoto harus peka dengan keadaan majlis ini agar tidak terlepas peluang keemasan.

Ilmu komunikasi: Komunikasi yang baik adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Belajar bercakap dengan bersopan. Jangan ambil kesempatan berlebihan jika VVIP iru mesra dengan kita. Walaupun dia muda dari kita tetapi harus hormati pangkatnya. Boleh berbahasa lebi dari satu bahasa adalah satu keistimewaan.

Ilmu psikologi: Ilmu ini penting untuk memahami kerektor seseorang. Fahami perasaan orang lain. Walaupun kelihatan dia mesra, namun fahami keletihan orang. Pelajari tingkah laku individu. Belajar juga ilmu body language. 

Ketahanan: Apabila kita bekerja dengan orang-orang hebat maka kita perlu jadi hebat. Orang hebat memilik kecerdasan yang ;uar biasa. Mempunyai tenaga yang luar biasa.

Peralatan: Walaupun sekarang telefon sudah mempunyai kamera. Namun peralatan kamera adalah alat utama yang harus ada pada seorang jurufoto profesional. Kelengkapan merakam gambar majlis tidaklah perlu terlalu lengkap. Memadai dengan dua buah kamera, lens zoom yang mempunyai sudut wide angle 17mm hingga 200mm sudah mampu membantu anda merakam apa saja masjlis. Flash yang mampu merakam gambar ketika cahaya tambahan diperlukan.





 

Fotografi Sains

September 12, 2018

Berdasarkan pengalaman menghasilkan kerja-kerja fotografi sains sejak tahun 1979 hingga 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya ingin membawa panduan merakam gambar subjek yang ada kaitan dengan spesimen makmal. 

Tidak semua spesimen makmal boleh dirakam dengan lampu studio. Misalnya jika dirakam ketika di lapangan samada hutan, laut dan sungai. Walaupun saya memiliki lampu studio yang lengkap ketika itu tetapi dengan peralatan 'terbuang' masih boleh berkarya. Lampu studio mampu menghasil...


Continue reading...
 

Merakam gambar dengan cahaya sedia ada

September 12, 2018

Gambar ruang/bilik boleh dirakam dengan cahaya asal di dalam ruang tersebut jika anda tidak mampu membawa atau memiliki cahaya studio. Kaedah ini saya kerap gunakan jika merakam dari ruang ke ruang dalam jangkamasa yang sama harus bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat.

Guna tripod dan sebuah kamera DSLR. Setkan ISO rendah. Gunakan mood Manual. Letakkan Aperture paling kecil (f22) kemudaian Shutter Speed pastinya rendah, Gunakan Selftimer dan rakam.



Continue reading...
 

Fotografi Sukan

September 12, 2018

Merakam aktiviti sukan adalah antara yang menarik dalam fotografi. Anda boleh pilih apa saja sukan terutamanya sukan yang anda minati. Peralatan? Sudah tentu kena memiliki sebuah kamera DSLR yang mempunyai lens paling ringkas 200 mm. Tapi jika mahu serius gunalah lens 500 mm agar rakaman yang maksimum mampu anda lakukan.

 Merakam gambar sukan tidak boleh menggunakan flash kerana akan mengganggu tumpuan athlit. Oleh itu sila guna ISO yang tinggi dalam banyak lokasi. Malahan dalam gambar contoh ...


Continue reading...
 

Berhati-hati ketika merakam gambar

September 12, 2018

Berhati-hati ketika merakam gambar yang menggambarkan seseorang sedang berucap. Elakkan gambar seperti yang pertama sebelah kiri yang menampakkan wajahnya tertutup dengan tangan.


   




Continue reading...
 

Make a free website with Yola