Nak rakam gambar tapi tak faham bagaimana menghasilkan gambar yang menarik? Ok, saya akan mengajak anda untuk memahami teknik komposisi Rule of Third. Jika menggunakan apa saja kamera teknik ini akan membantu anda menghasilkan gambar yang cantik. Walaupun guna kamera telefon pintar dan kamera DSLR.

Pada skrin kamera hendaklah dipastikan ada subjek yang hendak diperlihatkan. Gambar bawah saya letakkan 9 petak. Di dalam petak mesti ada imej. Elakkan kosong atau terdapat subjek yang tidak diperlukan.