Elemen bayang penting untuk menghasilkan sifat 3D. Bentuk subjek akan terbentuk dengan mewujudkan bayang pada subjek yang kita rakam. Bayang boleh wujud dengan mengubah sudut kamera.

Lihat dua gambar di bawah. Gambar jambatan dihasilkan dengan wujudnya bayang bagi menampakkan dramatiknya jambatan ini.

Perhatikan juga sudut gambar di batu pada sebuah pulau di Langkawi. Dengan wujudnya bayang kita boleh lihat susunan batu pada air lain dan pantai pulau tersebut.