Anda berminat untuk menceburi bidang fotografi VVIP atau orang kenamaan. Bidang ini menarik kerana anda akan dikenali atau mengenali tokoh-tokoh tertentu ketika menjalankan tugas.



Belajar adap dan peraturan ketika masuki istana.

Ciri-ciri yang harus ada pada seorang Jurufoto untuk bidang ini ialah:

  • Perwatakan
  • Ilmu komunikasi
  • Ilmu psikologi
  • Ketahanan
  • Peralatan

Perwatakan: Wajah bukan kreteria utama. Jangan fikir anda yang tidak mempunyai wajah menawan tidak boleh menceburi bidang ini. Bina perwatakan yang boleh menyenangkan orang lain. Kebersihan adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Pakaian juga adalah aspek penting yang harus diambil kira. Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan majlis.



>Harus ingat ada peristiwa yang tidak akan berulang. Maka jurufoto harus peka dengan keadaan majlis ini agar tidak terlepas peluang keemasan.

Ilmu komunikasi: Komunikasi yang baik adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Belajar bercakap dengan bersopan. Jangan ambil kesempatan berlebihan jika VVIP iru mesra dengan kita. Walaupun dia muda dari kita tetapi harus hormati pangkatnya. Boleh berbahasa lebi dari satu bahasa adalah satu keistimewaan.

Ilmu psikologi: Ilmu ini penting untuk memahami kerektor seseorang. Fahami perasaan orang lain. Walaupun kelihatan dia mesra, namun fahami keletihan orang. Pelajari tingkah laku individu. Belajar juga ilmu body language. 

Ketahanan: Apabila kita bekerja dengan orang-orang hebat maka kita perlu jadi hebat. Orang hebat memilik kecerdasan yang ;uar biasa. Mempunyai tenaga yang luar biasa.

Peralatan: Walaupun sekarang telefon sudah mempunyai kamera. Namun peralatan kamera adalah alat utama yang harus ada pada seorang jurufoto profesional. Kelengkapan merakam gambar majlis tidaklah perlu terlalu lengkap. Memadai dengan dua buah kamera, lens zoom yang mempunyai sudut wide angle 17mm hingga 200mm sudah mampu membantu anda merakam apa saja masjlis. Flash yang mampu merakam gambar ketika cahaya tambahan diperlukan.