Berdasarkan pengalaman menghasilkan kerja-kerja fotografi sains sejak tahun 1979 hingga 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya ingin membawa panduan merakam gambar subjek yang ada kaitan dengan spesimen makmal. 

Tidak semua spesimen makmal boleh dirakam dengan lampu studio. Misalnya jika dirakam ketika di lapangan samada hutan, laut dan sungai. Walaupun saya memiliki lampu studio yang lengkap ketika itu tetapi dengan peralatan 'terbuang' masih boleh berkarya. Lampu studio mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi, namun masalah untuk dibawa ke lokasi menyebabkan saya menggunakan inovasi sendiri.

Penggunaan bahan kertas putih, kain baldu hitam, cermin, polestrain adalah antara bahan terbuang atau dibeli bagi menghasilkan gambar dan mutunya tidak kurang jika dibandingkan dengan penggunaan lampu studio yang mahal.



Misalnya gambar di atas (gambar 1), saya menggunakan kamera kompak (Nikon Coolpix P610) dengan meletakkan subjek pada cermin dan kain hitam maka gambar telah dapat saya rakam dengan kualiti begini. Saya menggunakan lampu paling murah untuk memberikan kesan pembalikkan pada gambar ini.

Gambar 2 juga menggunakan teknik yang sama tetapi saya meletakkan latar belakang yang berbeza maka hasil gambar akan kelihatan begini.




Gambar 2 juga menggunakan teknik yang sama tetapi saya meletakkan latar belakang yang berbeza maka hasil gambar akan kelihatan begini.



Gambar 3 adalah teknik paling ringkas iaitu menggunakan cahaya lampu ruang tamu saja.

Kini di pasaran kita boleh membeli light box yang ringkas dengan harga yang murah. Anda juga boleh menggunakan teknik pembalikan oleh kertas putih atau polestren. Teknik ini lebih baik kerana light box ini terdapat lampu yang mampu memberi ketajaman gambar.

Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman saya, sila hubungi raaios@yahoo.com  untuk mengatur program bersama-sama anda.