Nota-Nota Ringkas

Komposisi: Bayang (shadow)

September 13, 2018
Elemen bayang penting untuk menghasilkan sifat 3D. Bentuk subjek akan terbentuk dengan mewujudkan bayang pada subjek yang kita rakam. Bayang boleh wujud dengan mengubah sudut kamera.

Lihat dua gambar di bawah. Gambar jambatan dihasilkan dengan wujudnya bayang bagi menampakkan dramatiknya jambatan ini.

Perhatikan juga sudut gambar di batu pada sebuah pulau di Langkawi. Dengan wujudnya bayang kita boleh lihat susunan batu pada air lain dan pantai pulau tersebut.

   
 

Komposisi: Tektur (texture)

September 13, 2018
Dalam fotografi gambar mestilah tajam. Terutamanya gambar-gambar yang dihasilkan untuk iklan. Bahan yang hendak dipamerkan perlu tajam dengan tekturnya mampu menunjukkan sifat sesuatu subjek itu.

Gunakan fokusing yang tepat. Namun ia tidak sukar sebab kebanyakkan kamera mempunyai automatik fokusing. Gunakan Aperture yang kecil agar ketajaman gambar mampu diperlihatkan.

   



Continue reading...
 

Komposisi: Vertical or Harizontal ( Melintang atau Menegak)

September 12, 2018

Merakam gambar dengan teknik Vertical or Harizontal ( Melintang atau Menegak) adalah pilihan karyawan foto. Gambar yang hendak dirakam mesti mengikut kehendak subjek. Tidak semua gambar yang boleh dirakam melintang atau menegak. JIka merakam gambar hutan atau pokok mesti mengikut kehendak atau keperluan. 

Misalnya jika hendak menunjukkan ketinggian pokok maka kedudukan menegak adalah terbaik. Namun jika hendak menunjukkan keadaan luasnya hutan maka sudut melintang adalah pilihan kita.

   
Gambar...


Continue reading...
 

Komposisi: Frame

September 12, 2018

Pada sebuah gambar perlu ada unsur frame. Menghasilkan frame akan membuatkan penatap gambar akan kurang menunpukan pada subjek utama. Frame juga akan memberi tekanan mata penatap gambar kita jika bahagian yang terdapat unsur frame berwarna terang.


Lihat contoh gambar yang saya lampirkan pada gambar 1 terdapat tiga frame A B C  Ia memberi unsur frame yang menghiasi monumen Taj Mahal yang saya rakam di Taman Tamadun Islam. Manakala gambar 2 satu saja frame yang saya wujudkan pada gambar Tasik Be...


Continue reading...
 

Komposisi: Latar Depan dan Latar Belakang

September 12, 2018

Wujudkan gambar yang memiliki latar depan (gambar 1) dan latar belakang (gambar 2). Anda boleh mengasilkan komposisi ini dengan subjek apa saja yang terdapat di lokasi. Yang penting subjek utama akan kelihatan menarik dengan sokongan elemen ini. 

Gambar satu latar depannya ialah buaian gergasi. Manakala gambar 2 rumah tempat kapal tersadai adalah latar depan. Oleh itu gambar yang dirakam akan menceritakan perkara yang hendak kita terangkan. Oleh itu gambar kita adalah sebuah gambar yang bercer...


Continue reading...
 

Komposisi: Rule of Third

September 12, 2018

Nak rakam gambar tapi tak faham bagaimana menghasilkan gambar yang menarik? Ok, saya akan mengajak anda untuk memahami teknik komposisi Rule of Third. Jika menggunakan apa saja kamera teknik ini akan membantu anda menghasilkan gambar yang cantik. Walaupun guna kamera telefon pintar dan kamera DSLR.

Pada skrin kamera hendaklah dipastikan ada subjek yang hendak diperlihatkan. Gambar bawah saya letakkan 9 petak. Di dalam petak mesti ada imej. Elakkan kosong atau terdapat subjek yang tidak diperlu...


Continue reading...
 

Jurufoto VVIP

September 12, 2018

Anda berminat untuk menceburi bidang fotografi VVIP atau orang kenamaan. Bidang ini menarik kerana anda akan dikenali atau mengenali tokoh-tokoh tertentu ketika menjalankan tugas.



Belajar adap dan peraturan ketika masuki istana.

Ciri-ciri yang harus ada pada seorang Jurufoto untuk bidang ini ialah:

  • Perwatakan
  • Ilmu komunikasi
  • Ilmu psikologi
  • Ketahanan
  • Peralatan

Perwatakan: Wajah bukan kreteria utama. Jangan fikir anda yang tidak mempunyai wajah menawan tidak boleh menceburi bidang ini. Bina perwatakan ...


Continue reading...
 

Fotografi Sains

September 12, 2018

Berdasarkan pengalaman menghasilkan kerja-kerja fotografi sains sejak tahun 1979 hingga 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya ingin membawa panduan merakam gambar subjek yang ada kaitan dengan spesimen makmal. 

Tidak semua spesimen makmal boleh dirakam dengan lampu studio. Misalnya jika dirakam ketika di lapangan samada hutan, laut dan sungai. Walaupun saya memiliki lampu studio yang lengkap ketika itu tetapi dengan peralatan 'terbuang' masih boleh berkarya. Lampu studio mampu menghasil...


Continue reading...
 

Merakam gambar dengan cahaya sedia ada

September 12, 2018

Gambar ruang/bilik boleh dirakam dengan cahaya asal di dalam ruang tersebut jika anda tidak mampu membawa atau memiliki cahaya studio. Kaedah ini saya kerap gunakan jika merakam dari ruang ke ruang dalam jangkamasa yang sama harus bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat.

Guna tripod dan sebuah kamera DSLR. Setkan ISO rendah. Gunakan mood Manual. Letakkan Aperture paling kecil (f22) kemudaian Shutter Speed pastinya rendah, Gunakan Selftimer dan rakam.



Continue reading...
 

Fotografi Sukan

September 12, 2018

Merakam aktiviti sukan adalah antara yang menarik dalam fotografi. Anda boleh pilih apa saja sukan terutamanya sukan yang anda minati. Peralatan? Sudah tentu kena memiliki sebuah kamera DSLR yang mempunyai lens paling ringkas 200 mm. Tapi jika mahu serius gunalah lens 500 mm agar rakaman yang maksimum mampu anda lakukan.

 Merakam gambar sukan tidak boleh menggunakan flash kerana akan mengganggu tumpuan athlit. Oleh itu sila guna ISO yang tinggi dalam banyak lokasi. Malahan dalam gambar contoh ...


Continue reading...
 

Make a free website with Yola