Melukis Cahaya

Menjadi jurufoto yang baik tidak semestinya menghadiri apa-apa bilik kuliah atau kursus. Perkara ini sudah dibuktikan oleh beberapa orang karyawan foto di Malaysia. Mereka memiliki bakat dan daya kreativiti yang tinggi. Penghasilan gambar yang bermutu bermula dengan hasil kerja yang bersungguh-sungguh.


Namun untuk menjadi jurufoto yang berilmu maka sebuah kuliah perlu diikuti. Hakikatnya tidak semua yang mampu kerana wujud beberapa halangan tertentu.


Minat pada sebuah kamera timbul dengan tiba-tiba yang akhirnya itulah yang dikenali sebagai kerjaya dalam seni foto. Ilmu perlu ditimba,kemahiran perlu diasah.


Justeru, pada tahun 1999 Alam Seni foto~photography for all~wujud pada tanggal 15 Oktober. Ketika itu kamera digital belum lagi diterima ramai oleh karyawan foto. Maka anda akan memperolehi kebanyakkan nota dalam laman ini membicarakan seni foto konvensional (filem). Namun anda mungkin tidak terfikir seni foto filem merupakan media awal dalam menghasilkan karya. Alam Seni foto~photography for all~ memberikan anda peluang melihat dan menatap teknik membuat seni foto Hitam dan Putih.


Semua artikel yang terdapat di laman ini merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan dalam Alam Seni Foto yang wujud sejak tahun 1999.

 

 

Alhamdulillah, hasrat saya untuk menulis sebuah panduan senifoto dalam Bahasa Malaysia menjadi kenyataan setelah terbinanya laman sesawang ini bermula 13 Oktober 1999.

Panduan senifoto ini pada asalnya ditulis untuk kegunaan pelajar Kursus Senifoto Program Ko Korikulum Universiti Kebangsaan Malaysia tapi setelah saya merasakan kandungannya perlu disebarkan kepada masyarakat umum, maka saya telah membangunkan sebuah laman sesawang dengan menggunakan tapak web Tripod. Alamatnya http://alamsenifoto.tripod.com.

Setelah hampir empat tahun menggunakan alamat tersebut saya memikirkan sudah tiba masanya menggunakan server yang bercirikan Malaysia. Justeru saya telah memindahkan semua kandungan Alam Senifoto ke server UKM tanpa mengubah kandungannya. Alam Senifoto kini hadir dengan rekabentuk baru.

Mulai 15 November 2010 setelah sebelas tahun Alam Seni Foto wujud saya mengorak langkah dengan memindahkan secara berhati-hati ke laman berbayar tetapi masih menggunakan nama yang sama.

Semoga dengan wujudnya Alam Senifoto ini akan memberi pilihan untuk masyarakat Malaysia khasnya dan di nusantara am yang menggunakan bahasa Melayu untuk mendapatkan ilmu fotografi yang kian berkembang setelah munculnya era digital.

Menjadi harapan saya agar laman web ini digunakan sepenuhnya untuk menghubung silatulrahim. Saya mengharapkan jika anda telah mahir dan menjadi seorang yang professional, janganlah menjadikan senifoto sebagai wadah untuk digunakan sebagai menyalurkan fitnah, maksiat dan sebagainya. Jadilah seorang professional yang bermaruah dan beretika! 

Ini kerana senifoto boleh diibaratkan seperti pisau; "Boleh membunuh dan boleh membantu dalam kehidupan seharian kita".

Sebarang teguran dan cadangan membina amat dialu-alukan. 

Sekian.

Abd.Raai bin Osman

Desan Sentosa, 15 November 2010

 

Semua karya; tulisan, foto adalah milik:Abd. Raai bin Osman @RaaiMan. Kecuali jika dinyatakan sumber rujukan. 

Adalah amat dikesali jika berlaku pelagiat, penyalinan sama ada dalam bentuk apa sekalipun. Sebarang penyalinan hendaklah mendapat keizinan daripada penulis terlebih dahulu. Penghargaan yang sepatutnya perlu diberikan.

Pendapat dalam ruangan Soal Jawab dan Forum tidak semestinya pendapat penulis. Sebarang teori yang huraikan merupakan hasil rujukan, pengalaman penulis. Justeru perbezaan mutu adalah tidak menjadikan keputusan muktamad.


Abd. Ra'ai bin Osman; 
13 Disember 1999 -15 November 2010

 


Hakcipta Terpelihara: Abd Raai Osman
Email:raaios@yahoo.com
Disunting oleh: Nur Atiqah bte Abd Raai
Telah dikemaskinikan: 16hb Mei 2011
Laman ini disalin semula dari Alam Seni Foto di alamat: http://www.ukm.my/raai