Foto Kewartawanan



Merakam Foto Kewartawanan (FK) mesti jujur dengan tidak memutarkan fakta.FK tidak boleh menipu pembaca atau penatap foto itu. Atas sifat foto berunsurkan berita maka ia tidak boleh bersifat bohong dan berbau fitnah.Seorang Wartawan Foto adalah seorang Pemberita yang menyampaikan berita dalam unsur foto.


Sifat berita dengan 5-W ( Who? What? When? Where? Why? dan How? diguna pakai dalam membina sekeping atau lebih Foto Kewartawanan.
Kita akan menjadi penipu jika foto yang dirakam tidak benar.Merakam foto kemalangan misalnya anda mesti jelaskan dalam foto itu.


1. Who?-Siapa yang menimpa kemalangan?-Bangsanya Melayu, Cina, India dan sebagainya.
2. What?-Apa terjadi pada kejadian kemalangan itu?-Mati, cedera parah atau ringan.
3. When?-Bila kejadian itu- Jika malam fotonya tentu nampak suasana malam. Misalnya kebakaran terjadi waktu malam.
4. Where?-Di mana. Kebakaran itu di darat, laut, hutan, kampung setinggan, kilang
5. Why?- Kenapa nyawa tidak dapat diselamatkan dan sebagainya.
6. How?-Bagaimana kemalangan itu terjadi. Bas itu bertembung atau terbabas. Kebakaran itu terjadi bagaimana.


Dalam sifat Foto Kewartawanan yang dihuraikan diatas mungkin dirasakan agak sukar untuk. Tapi itulah sifatnya sebuah Foto Kewartawanan (Berita. Foto). FK juga tidak boleh merakamkan sebuah kemalangan ngeri. Sebab FK bukan foto yang dirakam oleh Polis untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Contohnya merakam wajah mangsa kemalangan dalam keadaan terputus kepala. Atau merakam foto mangsa pembunuhan yang rentung mati terbakar. Justeru itu etika dalam FK perlu dijaga. Mangsa mungkin memiliki keluarga, sahabat lalu hasil foto sedemikian akan menguris perasaan mereka.

Beberapa panduan merakam Foto Kewartawanan.


Rakaman di majlis-majlis rasmi.


Majlis yang melibat pemimpin negara, masyarakat perlulah digambarkan bagaimana ia berlangsung. Rakam bagaimana pemimpin itu berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan beliau. Rakam bagaimana majlis itu berlangsung. Katakan pemimpin tersebut memalu gong, memotong reben, menepung tawar, menyampaikan sumbangan atau hadiah.Menjadi trend sekarang Jurufoto Media suka merakam apa yang akan dilakukan oleh pemimpin tetamu dalam majlis itu. Contoh bersalam dengan anak-anak yatim, warga emas, merasai makanan yang dipamirkan.
Peristiwa, kejadian


Merakam foto dalam ketogri ini perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa itu.
Contoh suasana kemalangan, kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi.

Di arena sukan


Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Penggunaan alatambahan seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi.


Merakam aksi di arena sukan Jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan itu sendiri. Kawasan mana yang perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu.
Jika merakam aksi sukan kebanyakannya Jurufoto dilarang menggunakan Flash. Begitu juga jika kita merakam foto di padang gofl maka pastikan tidak mengganggu aksi pemain. Kedudukan yang jauh dari pemain perlu dengan penggunaan Telephoto Lens.


Akhbar atau mana-mana media memerlukan foto yang boleh menjadi "Skop" untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan. Justeru anda walaupun bukan petugas media tersebut boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan foto yang dirakam.



Contoh jika anda seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta foto mengenai kegiatan sekolah untuk dimuat dalam halaman pendidikan.


Begitu juga jika anda boleh mengirimkan bahan untuk dimuatkan dalam mana-mana ruangan kegiatan belia, masyarakat. Mungkin akhir sekali anda boleh dilantik menjadi Stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut. Ada ketikanya Stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut.


Contoh jika berlaku kejadian yang mengemparkan di daerah anda, maka anda adalah orang pertama tiba kerana tempat kejadian itu berhampiran dengan rumah anda. Hasilnya liputan awal akan menjadi agensi atau media anda terawal menerima berita.

Edit 20042013.