KERJAYA BIDANG SENI FOTO

 

Pusat Pengajian:


Anda yang berminat menceburi senifoto sebagai kerjaya boleh mendalami ilmu di beberapa Institusi Pengajian/Latihan di dalam negara.

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah lama menyediakan program senifoto sebagai bidang pengajian sejak dulu lagi dengan menawarkan Diploma Photography. Kini difaham telah mewujudkan program ijazah. Tawaran biasanya ditawarkan dalam akhbar tempatan setiap musim pengambilan siswa/i.

  • Institut Kemahiran Belia PERETAK, Kuala Kubu Bahru; Selangor juga menyediakan Kursus Senifoto pada peringkat sijil. Keutamaan untuk belia yang aktif dalam kegiatan persatuan/kelab belia. Untuk rujukan sila hubungi pejabat belia daerah atau negeri anda.


Disamping itu terdapat kursus pilihan di IPTA contohnya menawarkan kursus peringkat elektif, ko-korikulum kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus wajib. Maksudnya anda perlu mendaftar sebagai pelajar mana-mana IPTA sebelum memilih kursus ini.


Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Ko-Korikulum menawarkan kursus senifoto selama 2 semester. Fakulti Sains Kemasyarakatan untuk pelajar kursus komunikasi, Fakulti Pendidikan ditawarkan sebagai kursus elektif.


Universiti-universiti lain juga menawarkan kursus senifoto dibawah program kursus keseniannya. Contoh USM, UNIMAS.


Terdapat beberapa kolej swasta menawarkan kursus senifoto. Anda boleh melihat iklan-iklan dalam media cetak.

Menariknya waktu ini telah wujud beberapa orang profesional yang menganjurkan bengkel-bengkel jangka pendek. Terdapat beberapa kelab, organisasi yang menganjurkan bengkel-bengkel fotografi.

Kerjaya Bidang Senfoto:


Kerjaya apakah yang terdapat di jabatan-jabatan kerajaan yang boleh diceburi, atau di sektor swasta manakah pula menawarkan kerjaya dalam senifoto.


Di sini penulis memecahkan kepada tiga kumpulan kerjaya:

 

Di sektor awam


Kini jawatan sebagai Ahli Fotografi ditawarkan pada peringkat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan kemahiran yang tinggi. Jawatan ini dulu dikenali sebagai Jurufoto.
Terdapat juga jawatan yang lebih tinggi seperti Pegawai Penerbitan, Penolong Pegawai Foto, Ahli Fotografi Kanan, Pensyarah bidang senifoto.


Tugas dalam bidang ini meliputi senifoto still dan cenimatography (vedio). Banyak jabatan kerajaan dan badan berkanun menawarkan jawatan ini. Cuma bergantung pada kekosongan sahaja. Soal gaji anda boleh rujuk laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.


Antara jabatan kerajaan yang menawarkan jawatan sebagai Ahli Fotografi:

  • Jabatan Penerangan

  • Radio Television Malaysia (RTM)

  • Agensi Berita BERNAMA

  • Jabatan-jabatan kerajaan lain seperti badan berkanun, RISDA, MARA,Universiti-Universiti Tempatan dan berbagai lagi.

 

Sektor swasta


Tidak semua sektor swasta menawarkan kerjaya ini kerana terdapat badan korporat menggunakan khidmat jurufoto apabila perlu sahaja. Namun terdapat juga syarikat besar menyediakan jawatan jurufoto. Namun pihak akhbar, majalah menyediakan kerjaya sebagai Wartawan Foto. Bidang pengiklanan perfileman menggunakan khidmat jurufoto sama ada still atau movie
Usahawan


Menjadi usahawan foto tidak kurang hebatnya. Jika kita lihat, kedai-kedai gambar wujud begitu merangsang sekali.

 

Make a free website with Yola