Fotografi Kanak-Kanak





Kanak-kanak adalah objek yang menarik untuk dirakamkan. Tidak kira kanak-kanak itu siapa, anak, adik, anak saudara, atau anak kenalan anda. Apa saja ragamnya amat menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar.

Banyak kegunaannya jika diabadikan. Untuk keselamatan, sejarah dan sebagainya. Bayangkan jika anak itu bila dia besar dan menjadi orang ternama, gambarnya begitu menarik dijadikan bahan sejarahnya. Tapi, secara peribadi penulis mengakui gambar anak-anak ketika kecil amat nostalgia jika disimpan dalam bentuk freme, album. Paras rupa mereka semasa bayi, atau peringkat umur bawah 7 tahun amat menarik.

Sesuai dengan wujudnya teknologi rakaman terutama kamera, maka jangan lupa menyimpan rekod peribadi anak anda semasa kecil. Anda akan tahu nikmatnya ketika mereka telah dewasa dan mereka berada jauh dari mata..


Teknik:




Penulis ingin berkongsi teknik dengan pembaca agar gambar yang rakamkan berkualiti disamping tidak menjejaskan kesihatan anak-anak anda.

Pantang larang orang-orang tua "Jangan ambil gambar anak kecil" ada logiknya. Tapi anda boleh membetulkan teknik mengambil gambar agar mata anak kecil tidak rosak. Kesan flash amat kuat. Oleh itu elakkan flash terus memancarkan ke muka bayi. Jika menggunakan kamera DSLR elok digunakan teknik lantulan cahaya (Bounce Flash). Atau gunakan teknik Low Shutter Speed.

Sekiranya anda menggunakan kamera Astamatik pastikan flash yang ada pada kamera tersebut tidak terus menyimbah ke muka bayi. Gunakan sedikit tisu, kain lembut dan letakkan pada permukaan flash agar cahaya yang dipancar menjadi lemah. Namun begitu masih boleh digunakan dengan membetulkan sudut kamera agar mata bayi tidak terjejas.

Merakam gambar kanak-kanak dengan kamera Astamatik perlu berhati-hati agar tidak terlalu close-up kerana kesannya akan kabur.

Kamera DSLR amat sesuai untuk merakam gambar bayi/kanak-kanak. Anak-anak bersifat pemalu, ingin tahu dan tidak ikut arahan. Justeru, anda harus menggunakan lens yang sesuai umpamanya Telephoto atau Zoom (70~105mm). Dengan penggunaan lens-lens ini anda boleh merakam candid fotografi. Lebih menarik merakam gambar anak-anak dalam keadaan begini agar gayanya lebih bersahaja.

Kedudukan kamera dengan kanak-kanak biarlah sama rata agar gambar yang dirakamkan tidak kelihatan dari sudut atas kepala. Ketika merakam, anda perlu duduk.

Jika anda tidak memiliki lens tele atau zoom, lens yang paling sesuai untuk merakam kanak-kanak ialah Normal atau Mikro.

Filter boleh digunakan. Terutamanya jika cahaya sekitaran kekuningan maka filter biru amat sesuai. Filter hanyalah kesan sampingan untuk mencantikkan gambar sahaja. Sedangkan muka kanak-kanak telah halus tanpa kesan jerawat atau jeragat. Oleh itu jika anda ingin menggunakan Soft Filter adalah tidak salah kerana kesannya lebih menarik.

Menunggu anak-anak beraksi memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semua kanak-kanak mahu beraksi seperti remaja/orang dewasa. Biasanya mereka tidak mahu menimbulkan aksi bersahaja. Adalah lebih baik kita beraksi depan mereka. Tunjukkan kita berminat dengan permainan yang sedang dilakukan. Hasilnya kita akan memperolehi aksi spontan seorang kanak-kanak.

Rekod:


Merekod atau meyimpan gambar yang telah dirakamkan dalam berbagai kaedah adalah cara untuk menghargai mereka. Secara tidak langsung akan mencerminkan kasih sayang kita pada mereka

Menyimpan cara biasa dilakukan ialah dengan menyimpan di dalam album atau frame. Sesuai dengan perkembangan ICT, gambr-gambar itu boleh disimpan dalam Disket, Cakera Padat. Biar apa cara sekalipun semuanya boleh melahirkan bahawa anda menyayangi anak-anak anda.

Gambar Dalam Media:


Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran.

Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini muncul kisah-kisah penderaanmelibatkan kecederaan dan kematian. Natijahnya maka seluruh masyarakat teruja dengan kes-kes ini.

Orang biasa macam saya semestinya memang tidak pernah membaca Akta Kanak-Kanak 2001. Kalau ada pun kita hanya tahu setelah berlakunya kejadian penderaan. Selepas itu kita kembali alpa. Kita mungkin bosan membaca akta tersebut (sila klik) http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm     namun adalah penting jika kita sayangi kanak-kanak untuk membaca dengan teliti. Kanak-kanak ada hak dalam kehidupan ini.

Islam yang dibawa oleh Rasullah SAW juga melindungi kanak-kanak. Kalau nak pukul pun bukan sampai cedera. tetapi hanya tujuan mendidik. Pukul dengan perlahan. Itu haknya. Oleh itu ketika Forum Bicara Bangi di UKM baru-baru ini ahli-ahli penal telah menghuraikan mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak. Sehinggakan kanak-kanak OKU mempunyai haknya. Maka tidak dinafikan masyarakat kita masih ramai kurang peka dengan hak kanak-kanak ini.

Membiarkan kanak-kanak yang masih di bawah usia 18 tahun sebenarnya menjadi satu kesalahan. Menyuruh anak-anak ke kedai sendirian juga menjadi kesalahan kepada penjaganya. Oleh itu apabila berlaku kes colek maka kita tak pernah terfikir kenapa terjadi begitu. Sering kita melihat kanak-kanak pergi ke kedai sendirian. Terdapat kanak-kanak memandu kenderaan ketika masih di bawah usia 16 tahun. Amat berbangga jika ada emak bapa membiarkan anak-anak sudah mahir menunggang motosikal.

Oh, tidak terkira ibu ayah yang mempunyai anak-anak kecil yang comel menyiarkan gambar anak-anak di dalam media sosial. Sudah lama saya terfikir masalah ini kemungkinan penjenayah sentiasa mengawasi aktiviti kita. Bayangkan jika lebih 20 kali kita menyiarkan wajah kita dan anak-anak sudah pasti orang lain boleh mengenali wajah seseorang. Lebih mudah terjadi kejadian jenayah seandainya kita menghantar anak-anak di tadika, atau pusat jagaan kanak-kanak.Prof Datin Aziah Awal (TNC HEPA UKM) sering melakukan kempen keselamatan kana-kanak biar di media cetak mahupun media TV. Ketika forum Bicara Bangi juga Prof Aziah menekankan perkara ini. Namun setelah kenyataannya keluar dalam media cetak ramai yang buat komen entah apa-apa. Komen ini saya lihat seperti tidak berpijak di bumi nyata. Ada yang melepaskan komen yang mempamerkan kedengkalan fikiran mereka.

Pada hemat saya, semua kita harus sedar kanak-kanak wajib dikawal. Akta sudah ada. Saya ingin mencadangkan agar pengetahuan ini perlu didedahkan dalam komuniti setempat. NGO-NGO kita harus lebih aktif membicarakan perkara ini. Wujudkan kursus-kursus ini dalam program bakal-bakal pengantin. Di samping menekankan bab-bab fikiq yang wajid diketahui oleh bakal pengantin, kita harus menerkankan  hak penjagaan. Kita tidak mahu setelah seseorang itu dipenjarakan oleh undang-undang baru dia faham bahawa apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan.

 Sayangi anak-anak kita.


@RaaiMan 20052001 TAHPermai~~~Edit 10082014-TDesa Sentosa

Galeri foto mengenai fotografi kanak-kanak. Galeri ini ada yang dirakam dengan kamera pintar. Foto oleh Raai dan Atiqah