Jelajah Masjid Dengan Fotografi


Sila klik dan lihat pautan album masjid

Alhamdulillah saya telah memulakan projek persendirian meneroka masjid-masjid di seluruh Malaysia. Projek ini sempena hampir setahun saya bersara.

Masjid adalah tempat beribadat umat Islam. Masjid juga menjadi tempat apa juga kegiatan agama dan kemasyarakatan. Jika di Tanah Suci Mekah dan Madinah ada masjid yang agong iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Qubah. Manakala Masjid Baitumaqdis adalah salah satu masjid yang agong.

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]

Di samping itu juga, kita dituntut untuk tidak menyusahkan diri dalam bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara  (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)] - Petikan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Saya mengambil kira ada masjid-masjid di negara kita dibangunkan oleh ulama para guru yang agong. Justeru dengan usaha saya yang amat kecil ini memungkinkan kita mencintai masjid.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat Masjid: 6,334, Surau: 18,252 manakala kakitangan iaitu: Bilal: 6,927 Imam: 10,153 Noja: 6,627

Jadikan masjid tempat kita berjemaah dan bukan haya diperlukan ketika ada pernikahan atau kematian sahaja.

Doakan usaha kecil saya berjaya sebelum sampai akhir hayat. Jika tidak kesampaian saya berharap ia akan disambung oleh hamba Allah lain yang diberikan rahmat-Nya.



_____________________________________________________________________________________________________


24 Mac 2019 | Syukur Alhamdulillah saya telah selamat sampai rumah jam 3.45 pagi tadi setelah memandu dari jam 12 tengahari dari Tanjung Resang. Singgah di beberapa lokasi termasuk rumah kakak (kali kedua. Kali pertama pada 23 Mac) yang sudah berusia lebih 75 tahun. Seperti biasa ketika nak berpisah air matanya akan menitis, maklumlah usia kita Allah tentukan! Setelah tidur dalam kereta di RnR, setelah makan dan minum di RnR makan saya tahu Acik Mah pun letih dan rakan kami Cik Alza pun letih sepanjang ratusan kilometer dia adalah pengiring yang setia🤗


Misi saya untuk memberitahu bahawa masjid itu penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Banyak masjid yang meriah dengan jemaahnya. Ada masjid yang kurang terurus. Ada masjid yang ditutup pintu pagar mungkin kerana faktor keselamatan. Ada pegawai masjid yang melayan dengan mesra. 


Izinkan saya berehat untuk seketika, misi jelajah masjid bersama fotografi akan diteruskan. Andai usia saya tiada lagi sdra/i akan tahu kenapa usaha ini dilakukan. Andai berminat jom.....tapi perbelanjaan tanggung sendiri. Jika ada rezeki sewaktu kehausan di masjid ada tersedia air mesin bertapis percuma. Ada yang diwakafkan oleh orang lain. Apa perlu kita takut dengan masjid? Yang pasti orang bukan Islam pun ada yang suka, katanya dapat membangunkan dia waktu pagi ketika orang Islam pergi bersolat Subuh. Kuatkan jemaah kita  bersama masjid.




___________________________________________________________________________________________________

 

25 Mac 2019-Jelajah masjid dengan fotografi ini bukanlah satu perkara mudah. Setakat hari ini saya banyak bergerak sekitar Johor kerana di sana mempunyai ramai saudara mara sebelah isteri dan saya. Justeru peluang berjalan ini dapatlah saya dan isteri menziarahi meraka. 

 

Untuk mencari masjid bukan satu perkara yang sukar kerana kebanyakkan tempat terdapat papan tanda di tepi jalan.  Cuma, saya harus bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dalam 3 atau 5 kilometer. Masjid tidak boleh berada terlalu dekat kecuali jika tempat itu padat dengan penduduk. Misalnya masjid di Muar antara Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Ismail walaupun nampak dekat tetapi saya harus menyeberang Sungai Muar dengan naik jambatan. Oleh itu tetap memakan masa dan tenaga.

___________________________________________________________________________________________________

27 dan 28 April 2019- Siri jelajah masjid saya teruskan untuk dua hari sekitar Taiping, Perak hingga ke Ipoh dengan menyusuri jalan lama sejauh 67.3 KM. Kemudian saya meneruskan perjalanan balik ke Bandar Baru Bangi, Selangor menggunakan Lebuhraya Plus.

 

Jalan Persekutuan yang saya gunakan dari Taiping ke Ipoh merupakan laluan yang digunakan oleh pemandu suatu masa dulu sebelum wujudnya Lebuhraya Plus. Saya pernah menggunakan laluan ini pada tahun 1980 dan 1989 ketika belum ada lebuhraya.  Jalan ini tidak asing lagi bagi pemandu yang gemar menggunakan jalan lama atau ketika musim perayaan kerana lebuhraya sesak. Saya pasti, jika musim durian di Perak laluan ini akan terdapat gerai-gerai menjual raja buah ini.


Laluan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh ini masih menjadi pilihan pengguna kenderaan kerana jalannya masih cantik. menariknya jika anda yang fobia dengan jalan berlaku dan bukit yang tinggi di kawasan Terowong Menora jalan ini adalah pilihan yang baik.


Oleh kerana saya menumpukan hanya merakam gambar masjid-masjid maka saya dapati di laluan ini terdapat begitu banyak masjid. Kebetulan saya mengarahkan ke Ipoh dan semua masjid berada di sebelah kiri. Ia amat mudah dan selamat bagi saya menghentikan kenderaaan.


Terdapat masjid yang telah dinaik taraf sesuai dengan keadaan semasa. Malah telah ada masjid lama yang diganti dengan masjid baharu.

___________________________________________________________________________________________________

 

26 Mei 2019 - Kebanyakkan masjid yang telah saya kunjungi untuk program Jelajah Masjid Dengan Fotografi terdapat binaan kolah (takungan air) untuk tujuan berwuduk. Terdapat masjid yang menyediakan kolah yang agak besar seperti di Masjid Keling, Melaka Tengah ini.

Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).



Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

(sumber Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Keling).

 

Kolah dibina berperanan menyimpan air ketika zaman tiada air paip. Malah sehingga kini kolah masih digunakan sebagai faktor menjimat air.

Jika anda ternampak kolah di mana-mana masjdi jangan ragu-ragu untuk mengambil wuduk secara mencelup terus anggota wuduk kerana syaratnya ialah takungan air itu melebihi dua (2) kolah. Namun terdapat masjid yang menyediakan kepala paip pada kawasan kolahnya. Ada juga yang menyediakan penceduk (gayung air ) untuk digunakan ketika berwuduk.

Agak ganjil jika kawasan ini digunakan untuk mandi atau mencuci anggota badan. Tetapi ada kepercayaan yang menggunakan air di dalam kolah ini untuk tujuan perubatan. Sejauh mana benarnya dakwaan ini penulis tidak mahu mengulasnya.

Walaupun apa yang didakwa oleh orang ramai namun pembinaan kolah ini mampu menjadikan daya tarikan kepada para jemaah yang datang masjid tersebut. Selain itu air di dalam kolah ini mampu memberi keseimbangan suhu kepada sekitar masjid.

 


Oleh: RaaiMan

Teras Jernang, 21 Ramadan 1440 | 26 Mei 2019

___________________________________________________________________________________________________

 

 

 

27 Mei 2019: Menjelang Hari Raya AidilFitri lirik lagu ini pasti menjadi dendangan di corong radio atau TV:

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Ilahi
Suara azan mengalun
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Ilahi Tuhan maha suci
Terdengar suara takbir
Muji nama Ilahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya hati gembira di hari raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan
Dengan keikhlasan
Terdengar…


BEDUK merupakan satu alat yang amat penting bagi masjid. Beduk jika di Kedah disebut Gendang Raya digunakan sebagai alat kemunikasi penting suatu masa dulu sebelum terdapat corong pembesar suara (speker).

Beduk akan berbunyi seawal pagi Jumaat untuk memberitahu bahawa pada hari itu ada solat Jumaat di masjid. Beduk juga akan berbunyi jika berlaku kematian di kampung tersebut atau kampung bersebelahan.

Begitu juga petugas masjid yang berjawatan Siak akan mengetuk Beduk setiap kali masuk waktu solat lima waktu.

Beduk dibuat dari kayu yang bermutu dan kuat dengan disaluti kulit lembu atau kerbau. Bahagian kulit haiwan ini akan diketuk dan akan berbunyi yang boleh didengar sejauh 3 kilometer.

Bunyi Beduk akan menjadi indentiti masjid tersebut. Malah, untuk beberapa peristiwa akan diketuk cara yang berbeza. Beduk akan diketuk berulang kali jika hari Jumaat sehinggalah masuk waktu solat Jumaat. Terdapat juga Beduk yang hanya dibuat tanpa menggunakan kulit lembu atau kerbau. Hanya kayu yang ditebuk lobang.

Sebenarnya Beduk banyak membantu penduduk kampung ketika zaman Perang Dunia Kedua, ketika zaman komunis yang mana akan diketuk ketika kampung diserang.

 

Penulis menemui sebuah Beduk di Masjid Guar Cempedak, Kedah berusia 104 tahun yang terdapat kesan tembakan meriam pada tahun 1941 ketika serangan tentera Jepun.

Warisan lama ini semakin tiada dengan wujudnya teknoogi yang canggih namun ia masih menjadi hiasan dibeberapa masjid lama. Jangan terasa gerun jika sesekali Beduk berbunyi mungkin waktu itu pembesar suara tidak berfungsi!


 


 

Beduk (Tabuh) di Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning, Melaka

RaaiMan.

22 Ramadan 1440 | 27 Mei 2019,

 ___________________________________________________________________________________________________

13 Jun 2019: Masjid dengan tanah perkuburan tidak boleh dipisahkan. Terdapat banyak masjid yang menyediakan tanah perkuburan Islam bersebelahan. Namun kerana faktor ketidakcukupan ruang maka ada masjid yang tidak menyediakan tanah perkuburan dipinggirnya.

Pengurusan kematian telah dimudahkan oleh masyarakat. Kewujudan Khariat Kematian telah menyenangkan lagi waris. Kaedahnya ialah menyediakan kemudahan untuk memandikan jenazah, solat jenazah dan pengkebumian. Jumlah sumbangan berbeza mengikut kawasan masing-masing.

Malah terdapat masjid yang menwujudkan tabung wakaf kematian.

Proses menguruskan jenazah harus disegerakan kerana kematian sebenarnya tidak lama kerana seseorang itu akan berada di Alam Barzah untuk menerima rahmat mengikut ketentuan Allah.

Kita tidak perlu seram dengan Tanah Perkuburan (Pusara) kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Maka bersedialah ke arah itu.

Masjid tempat kita mengamalkan segala ibadah terutamanya solat berjemaah, Alam Barzah adalah alam sebelum bertemu Hari Akhirat.

Bersediakah kita?

 


 ___________________________________________________________________________________________________

15 Jun 2019: Mimbar atau minbar (Bahasa Arab: منبر‎) adalah platform di dalam masjid di mana Imam atau Khatib (ketua solat) berdiri untuk memberi khutbah Jumaat. dan juga khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai.

Mimbar selalunya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah ataupun berbentuk piramid. Mimbar selalunya berhias dan unik walaupun mimbar zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri. Mimbar terletak di tepi mihrab, dan kedudukannya menghadap arah kiblat (Makkah).




Sesetengah mimbar pula dibina ke dalam dinding masjid. Ini membenarkan lebih banyak ruang untuk para jemaah. (sumber:ms.wikipedia.org/wiki/Mimbar)


Mimbar tidak digunakan sepanjang masa kerana adalah tempat khas untuk membaca khutbah. Justeru mimbar menjadi tempat paling istimewa di dalam masjid.


Khatib (Imam) yang membaca khutbah biasanya akan memegang sebatang tongkat.


Ulama berbeda pendapat tentang hukum menggunakan tongkat ketika berkhutbah. Sebahagian menganjurkan, dan sebagian menilainya makruh. Itu artinya, perbedaan dalam masalah tongkat ketika khutbah adalah perbedaan ijtihadi. Sehingga penting bagi kita untuk mengedepankan sikap saling menghargai, dan tidak menyudutkan.


Sebelumnya kita akan sebutkan hadis yang tentang penggunaan tongkat ketika khutbah,



Sila rujuk di: konsultasisyariah.com/25147-dianjurkan-menggunakan-tongka...


ARTIKEL INI BERSAMBUNG


Sila klik dan lihat pautan album masjid


Kemaskini: 15 Jun 2019 | Taman Desa Sentosa TJBBB

Make a free website with Yola