23 April 2018


Memahami ISO


ISO ialah kepantasan mencerap cahaya. Ia dikenali sebagai International Standard Organitation. ISO amat penting difahami jika anda ingin serius dalam bidang fotografi. Kata mudah untuk ISO ialah kuasa (power) mencrap cahaya oleh kamera.

Jika di era analog (filem), ISO terletak pada filem. Oleh setiap filem memilik ISO tersendiri. Setalah kewujudan fotografi digital ISO dibaca pada kamera. Oleh itu dalam membicara ISO kita harus faham ia adalah sama pada analog mahupun digital

Pada apa jua kamera, ISO akan dinilai ketika merakam gambar. Tak kira samada anda menggunakan kamera DSLR, kompak atau pun kamera telefon semuanya terdapat padanya nilaian ISO.

Bacaan ISO ialah 100, 200, 400, 800, 1000,1600, 2000. ISO boleh dibaca sehingga puluhan ribu menggikut jenis kamera. Misalnya ada kamera sehingga 24000.


ISO yang disediakan pada kamera SLR atau kompak.


ISO yang disediakan pada kamera telefon


Bila nak gunakan fungsi ISO?


ISO boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun ada kamera yang telah disetkan secara automatik. Misalnya kamera telefon dan kamera kompak. Kamera DSLR juga boleh disetkan secara automatik. Namun kebanyakkan karyawan foto akan menggunakan set manual. Oleh itu apabila anda membeli kamera baca manual dan lihat di mana terletakkannya fungsi ISO.

Menariknya ISO pada kamera digital boleh digunakan pada sebarang masa dengan hanyak disetkan pada butang ISO. Jika filem, anda hanya boleh menggunakan hanya pada ISO yang satu untuk sepanjang penggambaran. Jika nak tukar ISO anda harus menukarkan filem terlebih dahulu.


ISO Rendah

Kuasa ISO bagi yang rendah adalah lemah pada cahaya rendah, misalnya di waktu malam atau di dalam bilik. Misalnya jika merakam ketika majlis yang diadakan dalam dewan. Namun bantuan cahaya lampu limpah (flash) adalah diperllukan. Sekiranya anda merakam cahaya malam dengan ISO rendah misalnya 100, anda perlu menggunakan tripod kerana ketika itu Shutter Speed akan jadi perlahan.


Kiri: Waktu senja | Kanan: Suasana dalam guaI



ISO rendah juga amat sesuai untuk merakam gambar potret. Kesan grin akan menjejaskan muka model jika menggunakan ISO rendah.





ISO Sederhana

ISO sederhana boleh digunakan pada kadar 200 hingga 400. Kesan grin kurang namun pada kulit model tidak sesuai kerana ia akan kelihatan kontras. Namun jika anda hendak merakam cahay yang rendah dengan f/stop yang agak kecil f8 maka sudah memadai. Namun ada waktunya Shutter Speed akn rendah maka penggunaan tripod adalah digalakkan.



ISO Tinggi

ISO tinggi boleh menghasilkan fotografi ektrem. Umpamanya rakaman sukan, gambar dari udara, gambar pemandangan malam. Namun harus diingat ada ISO tinggi yang akan memberi wrana yang kontras, kesan grin. Justeru, karyawan foto harus bijak bermain dengan White Balence dan lain-lain yang berkaitan dengan set warna.








Untuk merakam gambar sukan yang beraksi pantas maka penggunaan ISO tinggi juga boleh digunkan bagi memeperolehi Shutter Speed yang lajut dan f/stop yang kecil. Penggunaan begini akan menghasilkan gambar lebih tajam dan mematikan pergerakan. Tidak kira samada malam atau siang.
 


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini sila hubungi borang di bawah untuk satu bengkel khas.




RaaiMan 2018.04.23-Bangi, Selangor

Maklum Balas

Click to enter text

Make a free website with Yola