Arkib Soal Jawab merupakan koleksi soal jawab oleh pembaca yang telah dikirimkan kepada saya sejak tahun 1999. Jika terdapat beberapa soalan yang tidak bersangkutan dengan digital anda harus faham Alam Seni Foto wujud ketika fotografi digital belum terkenal seperti sekarang-Penulis, RaaiMan


Advanced Photo System (APS)

Soalan:

Assalamualaikum,
Saya ada membaca berkenaan filem/kamera yang menggunakan Advanced Photo System (APS). Setakat yang saya tahu APS menggunakan filem 24mm atau juga dipangggil IX240. Ianya masih dikira baru berbanding dengan kebanyakkan filem yang biasa digunakan iaitu jenis 35mm.

Soalan saya:
1.Bagaimana dengan kualiti gambar yang dihasilkan berbanding filem 35mm.
2.Bagaimana dengan harga filem serta harga pemprosesan filem IX240 ini. Adakah akan wujud masalah mencari tempat/lab untuk memcuci filem di KL.
3.Kebaikan dan keburukan APS.
4.Apakah pandangan saudara tentang masa depan APS?


Terima kasih.

Khairol Anuar Mohamad


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Advanced Photo System (APS) merupakan revolusi kepada kamera /filem 135. Cuma bezanya menggunakan kameranya tersendiri.

Setakat ini cuma di keluarkan dalam format 24mm. Format ini mengingatkan kita pada filem 110 mm pada zaman 80an.

Bezanya filem ini boleh menyimpan rakaman dalam kotaknya dan boleh menyimpan dalam format contact print.

Tentang kualiti tidak banyak berdeza kerana format 24mm agak baik dan hampir menyamai format 35mm. Kos pemerosesannya sama dan harganya antara 30 sen ke 70 sen.. Kos sekotak film APS hampir sama dengan film biasa.

Saya tidak mahu meramal tentang masa depannya kerana masa depan ini bergantung pada permintaan di pasaran. Tapi di Jepun menurut seorang rakan, pasarannya agak baik. Untuk memproses filemnya tidak menjadi masalah kerana kebanyakan kedai di sekitar KL ada membuat kerja-kerja tersebut.

Kebaikan APS boleh merekodkan memori dalam bentuk print. Cuma jika di besarkan ke format 11R atau lebih besar agak kurang baik mutunya.

@ RaaiMan

Angka Pada Lens

From: "erie erie" <wbf37@hotmail.com>
To: raai@my-malaysia.com
Subject: Lens
Date: Fri, 23 Feb 2001 01:10:46 +0800
Soalan:

Assalamualaiikum saudara Raaiman..!!!

Saya adalah salah seorang dari peminat baru seni foto yang melayari laman web saudara. Tahniah saya ucapkan dan berharap usaha saudara dapat di teruskan agar peminat dan bidang senifoto tanahair dapat berkembang maju dan menjadikan laman web ini sebagai sumber rujukan kami.

Saya sudah lama meminati bidang seni fotografi dan ingin menjadikan bidang ini sebagai salah satu hobi yang 'berfaedah'. Dan pastinya boleh mendatangkan keuntungan insyallah..!!!

Saya ada satu soalan untuk saudara..

1) Setiap lens ada nombor-nombor yang tercatit padanya untuk membezakan jenis-jenis nya. Seperti 35mm - 80mm f/4-5.6 III ( zoom standard ), 50mm f/1.4 usm ( lens standard ). Apakah yang di maksudkan dengan keseluruhan nombor-nombor tersebut ? (Contoh diatas diambil dari jenis lens Canon EF series )

Jawapan
.

Terima kasih kerana menjadikan Alam Senifoto sebagai salah satu tempat rujukan anda. Harapan saya memang mahukan ilmu senifoto terus berkembang.

Angka-angka yang anda maksudkan itu menandakan siri nombor untuk jenis lens. 35mm - 80mm f/4-5.6 adalah Zoom Lens yang bermula dari sudut Wide Angle (80mm) hingga Telephoto Lens (80mm.). Manakala angka f/4.5 adalah menandakan kekuatan Aperture untuk lens tersebut yang boleh memberikan bukaan sehingga f/4.5.

Semakin besar keluasan lens (50mm) maka semakin luas Aperturenya. Contoh f1.4.

Banyak lagi angka-angka yang terdapat pada Lens. Contohnya angka jarak meter atau kaki yang menentukan jarak jauh antara objek dan Focal Plane. Angka-angka ini penting jika anda ingin mengambil gambar yang sama jarak. Contohnya gambar satu bangunan yang dirakam waktu siang dan rakaman waktu malam pada jarak dan sudut yang sama.

Begitu juga angka yang menandakan simbol Aperture. Sila rujuk bab Kamera dan alat tambahan bab Lens

RaaiMan 04032001

Aperture

Soalan:

-- Azmean Aziz <nazmiz@hotmail.com>
assalammualaikum,

Tahniah di atas usaha saudara mencipta web page photography di dalam bahasa Malaysia.

Saya baru menceburi bidang photography dan belajar melalui buku. Di sini ingin saya bertanya :


Bagaimana hendak menentukan nilai aperture? Sebagai contoh, jika mengambil gambar potret, di bahagian mana saya perlu ambil nilai aperture nya? Di bahagian muka, objek yang dipegang model atau latar belakangnya? Katakanlah ketiga-tiga bahagian tersebut memberi nilai aperture yang berbeza.


Itu sahaja pertanyaan saya dan saya amat berbesar hati jikalau saudara dapat memberikan penjelasan.

--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Nilai Aperture yang dimaksudkan oleh suadara maksudkan ialah bagaimana mahu menetapkan nilai aperture pada sesuatu gambar?

Meletakkan apaerture (fstop) adalah kreativiti sesorang. Untuk memberikan kesan kabur pada background letakkan fstop sederhana (f5.6) atau besar (f4)

Untuk memberikan kesan tajam letakkan pada fstop kecil (f8,f11,f22)

Gambar landskap adalah lebih baik menggunakan fstop kecil agar kesan Depth Of Fieldnya tajam

 

Bank Foto dan Perniagaan

1 Tuan, baru-baru ini saya ada melayari laman web berkenaan fotografi,saya terjumpa satu laman web(picturestock.com) luar negara yang menawarkan jurugambar menghantar gambar untuk dijual. Soalan saya terdapatkah agensi yang menjalankan perkhidmatan ini di negara kita? Agensi yang menjual gambar-gambar fotografi(komisen dikenakan pada setiap gambar yang dijual).
2. Saya ada berjumpa dengan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman untuk usahawan fotografi. Namun amat mengecewakan kerana mereka mengatakan para usahawan yang menjalankan perniagaan secara separuh masa tidak dilayan. Untuk menjalankan perniagaan fotografi secara sepenuh masa perlu menggunakan modal yang agak besar. Situasi ini amat mengecewakan saya dan kekadang terasa hilang semangat untuk berkecimpung secara intensif dalam bidang yang dikuasai bukan bumiputera. Apa pandangan tuan.?

Terima kasih.

Jasman.

--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

1.Photo Bank:
Agak baru dan belum ada serius. Kalau ada dulu sekitar 6 tahun lepas saya ada terjumpa sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu. Tapi saya tak jumpa kuburnya. Jabatan Penerangan, RTM, Filem Negara, BERNAMA dan semua syarikat akhbar ada membina. Tapi agak terbatas mediumnya. Misal Jabatan Penerangan Malaysia menyimpan sejarah atau peristiwa negara, pemimpin. Tapi yang lain tidak.

Mungkin kita perlukan bank foto untuk sayuran? Kita tak ada? Nak foto buah durian, Durian Segamat, Durian Hulu Langat, Durian Bukit Selambau Kedah, Durian Rembau. Kita tak ada!!

Foto bandar-bandar di Malaysia tak adakan?

Saya sebenarnya ada idea itu. Tapi kosnya agak lumayan dan kerjanya bukan setahun. Kalau sesiapa mahu boleh kita kongsi. Bina agensi daftar dengan bebrapa jabatan kerajaan agar tidak menjadi eligel!! Kalau tidak terjumpa foto Dato XXy berbogel kita yang kena!! Ini melibatkan resiko. Sebab kerjanya juga penuh ranjau.

2. Semangat sdra cukup best. Saya cadangkan elok jangan buat pinjaman dengan hanya kerja sambilan. Bank nak bagi pinjaman dia kena lihat resiko dan prospek. Rakan saya (melayu) buka kedai dapat banyak pinjaman dengan Bank. Tapi dia buat fulltime job. Elok seperti saya kata dulu, register dulu perniagaan, tunjuk bukti ada bank yang boleh bantu. Kalau sdra di sekitar KL/lembah Klang, saya boleh bawa jumpa pegawai bank yang juga rakan saya.

Macam kata kawan saya kalau tak ada lesen perniagaan masak macam mana sedap kita susah nak bersaing. Yang berniaga roti canai tepi jalan sedap rotinya tapi mana boleh kaya. Sebab bila nak masuk tender, jabatan kerajaan atau syarikat nakkan syarikat berdaftar!!

@RaaiMan D'sentosa 14.9.03

 

Depth of Field dan foreground

Ching Thoo a/l Kim <Ching2@ktkm.gov.my> wrote: >

Soalan:

Saya baru membeli Nikon F55 dengan len Nikkor AF 28-80 mm. Masalah saya ialah bila saya mengambil gambar 'close'up'. saya sudah untuk mendapatkan Depth of Field dan foreground yang kabur. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Saya juga telah membeli peralatan tambahan iaitu lens zom NIkkor AF 70-300 mm. Adakah len ini sesuai untuk Nikon F55 saya?

Sekian, terima kasih.

Abang Mat, Ampang


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

1. Flash- anda boleh cuba menggunakan flash SB16,SB14

2. Teknik close-up- Nikkor AF 70-300 boleh digunakan untuk dapatkan latarbelakang dan latardepan yang kabur. Gunakan fungsi 100mm ke 300 untuk dapat teknik yang anda inginkan dengan f/stop agak besar contohnya f5.6 atau f3.5

 

 

Filter & Masalah Lens

Soalan:

Date: Fri, 2 Jun 2000 02:08:44 +0100 (BST) From: =?iso-8859-1?q?nur=20miko?= nur_miko@yahoo.co.uk Subject: terima kasih To: "Abd. Raai Osman" <raai@my-malaysia.com>

Assalamualaikum wrm wbt

Untuk pengetahuan encik saya menggunakan kamera SLR fully auto berjenama PANTEX. Selama ini saya mengambil gambar aktiviti pelajar, walau bagaimana pun saya amat suka mengambil gambar pemandangan. Saya ingin bertanya,

1. Aparture berapakah yang harus saya gunakan untuk membirukan warna langit dalam gambar pemandangan yang saya ambil. Saya ada juga cuba beberapa kali dengan menggunakan apature 8 dan 11 tetapi bukan semua yang menjadi. (saya menggunakan filem Fuji)

2. Apakah faktor2 lain yang boleh menjadikan langit membiru selain daripada penggunaan lensa?

3. Bagaimanakah caranya untuk menjaga kamera SLR fully auto jika saya membawanya ke tempat yang bersuhu rendah? Misalnya di tempat yang beriklim sejuk.

4.Saya telah cuba untuk menggunakan flash dari JEPUN berjenama NATIONAL (PE-160C)dan telah mendapati gambar banyak tidak menjadi( bergoyang) . Apakah yang patut saya lakukan untuk membetulkan keadaan ini?

Itu sahaja buat kali ini, terima kasih sekali lagi kerana dapat membalas emel saya dengan cepat. Terima ksih..wassalam


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan:

Date: Fri, 2 Jun 2000 03:38:01 +0100 (BST) From: =?iso-8859-1?q?nur=20miko?= <nur_miko@yahoo.co.uk> Subject: pertanyaanTo: "Abd. Raai Osman" <raai@my-malaysia.com>

Assalamualaikum encik Raai,

Baru-baru ini saya telah mendapati bahawa kamera saya telah berhabuk pada filter dan ada kesan seakan2 minyak pada lensa dibahagian hadapan Dan jika dilihat pada viewfinder, saya mendapati ada habuk yangkelihatan seperti rerambut. Rasa saya mungkin ia terjadi apabila saya mengasingkan lensa daripadakamera. Pertanyaan saya

1. Bagaimanakah caranya untuk saya menghilangkan habuk dan kesan `minyak' itu pada lensa hadapan itu?

2. Bagaimanakah caranya untuk saya menjaga kamera saya agar perkara ini tidak berulang?

Itu sahaja, terima kasih.



Jawapan:

Saya ingin menjawab dua email anda dalam satu ruang jawapan ini.

Untuk merakamkan gambar agar biru langit kelihatan anda hendaklah menggunakan filter biru supaya kesan biru lebih ketara. ( rujuk bab filter dalam Senifoto 1)

Kamera fully outo sering menjadi masalah jika berada ditempat sejuk. Tambahan jika berada di tempat tinggi. (Ada rakan-rakan saya yang memberitahu kamera mereka tidak berfungsi ketika mendaki Gunung Kinabalu). Beberapa cara yang boleh di praktikkan agar kejadian ini tidak menjadi masalah kepada anda.

Adalah lebih baik jika anda pastikan sebelum membeli kamera ianya sebuah kamera yang tahan lasak. Dalam ruangan ini adalah tidak manis saya menamakan jenama kamera kerana ini adalah menjadi kesalahan dalam membuat perbandingan. Pastikan anda mendapat khidmat pekedai yang pakar dalam jenis kamera yang dijual.

Adalah lebih baik kita kawal suhu badan kamera seperti mana kita mengawal suhu badan kita sendiri. Contohnya letakkan kamera dalam bag yang dibuat khas untuk kamera. Kerana bag ini boleh memanaskan suhu kamera.

Begitu juga adalah lebih baik jika anda cuba menyimpannya dalam almari agar suhu sejuk diluar akan berkurangan. Saya pasti ini adalah cara yang mudah boleh dilakukan oleh para amature. Namun jika anda yang lebih berpengalaman berada di suhu paling rendah boleh menceritakan pengalaman anda menerusi email penyelia agar dapat dikongsi bersama! Yang saya pasti ada kamera yang tidak menjadi masalah besar jika berada di suhu rendah kerana sudah ada pendaki Gunung Everest yang berjaya merakamkan gambar di suhu paling rendah.

Gambar menjadi goyang ketika merakamkan foto bersama flash boleh dielakkan jika anda perhatikan masalah ini. Pastikan menggunakan Shutter Speed yang syurkan. Contoh 1/60 atau 1/125. Cara memegang kamera. Tangan kiri di lens tangan kanan di Shutter Reales.

4. Lens adalah elemen penting pada kamera. Membasmi habuk adalah tugas utama jurufoto. Anda perlu ada Lens Tisu, Blower Brus dan Lens Cleaner (cecair). Jadikan amalan mencuci lens satu amalan yang dibiasakan umpama seorang tentera membersih senapang/pistol. Gunakan angin dari blower brush untuk menghilangkan habuk yang kasar, dan gunakan Lens Cleaner untuk membersihkan kesan minyak atau peluh yang terkena lens anda.

Filter dan Filem

Soalan:

From: Murali
To: raaios
Sent: Friday, February 22, 2002 8:18 AM
Subject: Filter yang sesuai digunakan


Terima kasih atas nasihat saudara selama ini. Memandangkan saya masih baru lagi dalam dunia fotografi, ada banyak lagi soalan yang ingin saya kemukakan.

1. Filter jenis apakah yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar upacara perkahwinan yang mana sessi fotografi biasanya akan dibuat bersama dengan videografi?

2. Filem jenis apakah(asa) yang sesuai untuk digunakan untk mengambil di dalam dewan pada siang hari dan juga malam hari?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:


Maaf lambat jawab emel anda.


1.Gunakan filter biru
2.Saya mencadangkan menggunakan filem ISO 200

Filter Diffuser

Soalan:

- Zakaria Junun <nazlyn305@yahoo.com> wrote: >
Bagaimana filter diffuser boleh mengubah mood pada gambar sesuatu objek atau potrait . Terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:


Filter Diffuser merupakan filter yang boleh mencerahkan kulit model. Ia berbeza dengan soft filter kerana ia tidak memberikan kesan soft tapi memberikan kesan putih/ cerah pada kulit model. Hasilnya akan menampakkan kulit model seakan lembut.

 

Filter Polaraizing 1


Soalan:
---

matt bond <counter_strike3@hotmail.com


Asalammualaikum.....
sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kerana membalas e-mail saya....nak dijadikan cerite.....saya telahpun memiliki FILTER CICULAR POLARIZING.....dan saya sudah membuat fotografi...tapi saya kurang puas hati ilah....tentang effek nya....ia tidak menunjukkan hasil yg sebenar....(sama spt UV filter..) adakah pengawalan speed dan apretur memainkan peranan yang penting dalam penggunaan filter PL...? Apakah jenis Filem yang sesuai untuk penggunaan filterPL..?

Ada beberapa keping gambar yg saya ambil....didapati..ada kesan ..grain...(berbintik) ketika itu saya guna FILETR CPL...disini saya ada lampirkan beberapa keping gambaryang saya hasil kan....saya guna circular polarizing walau bagaimana pun ketiga2 hasil ini kurang memuaskan....boleh tak bagi komen.....

sekian terima kasih.....
dari AMER


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:


Ketika merakam foto dengan menggunakan PL filter adalah lebih baik menggunakan PL filter yang boleh dilaraskan. Ia itu boleh digerakkan dan anda akan nampak kesan nyah silau akan berlaku.

Namun, kedudukan pembalikan cahaya amat penting. Ada ketikanya kesan silau masih belum nyah jika kedudukan matahari atau cahaya agak tepat menyuluh objek.

Filem tidak ada yang khusus. Cuma apa yang penting ialah kalau menggunakan di cahaya terik elok menggunakan ISO rendah- 100 contohnya.

Kesan bintik (grain) bergantung beberapa faktor

1- Mungkin filem yg digunakan ISO tinggi
2- Filem yang telah dirakam lambat dihantar untuk proses
3- Filem berada pada suhu panas agak lama. Umpamanya dalam kereta...,
4- Foto yang dibesarkan.Contoh foto saiz 8R, 10R dan seterusnya....

Komen: foto yang anda kirimkan baik cara penghasilanya. Cuma kesan kilat boleh di hilangkan dengan membetulkan kedudukan cahaya. Ada ketikanya silau belum boleh di hilangkan jika pandangan kamera tepat ke cahaya.

Filter Polaraizing 2


Soalan
-- matt bond <counter_strike3@hotmail.com
Asalammualaikum.....
Terima kasih kerana sudi membaca serta membalas e-mail saya tempoh hari....encik ada

Mengatakan jenis polarizing boleh laras dan tidak boleh laras adakah kedua2 polarizing ini berbeza

Dari segi effek.?....adakah PL filter ini sesuai untuk pengambilan gambar POTRAIT.....? apakah yang membezakan filter boleh laras dan tidak boleh laras

sekian terima kasih.......
dari amer, photographer amator.......


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Boleh laras maksudnya bila menggunakan filter PL ini, anda boleh mengerakkan gegelang filter dan boleh lihat kesan silau akan hilang.

Satu lagi tidak boleh bilamana rakaman dibuat hanya halakan saja lens berfilter kesan silau akan hilang dengan sendirinya

Kesan kilat pada muka model boleh dihilangkan umpamanya jika menggunakan studio lighting

 

Filter Polaraizing

Soalan:
--- matt bond <counter_strike3@hotmail.com> wrote:
Asalammualaikum.....dan selamat berpuasa...Saya masih lagi tidak berpuas hati dengan filter PL, setiap kali saya menggunakan filter PL saya dapati tiada perbezaan walau pun saya telah melaraskannya....


1-Adakah encik mempunyai tips dalam penggunaan filter PL?..
2-Bagai manakah untuk mendapatkan warna langit yang betul2 biru.....
3-Adakah penggunaan APRETURE dan SPEED mempengaruhi FILTER PL
;
sekian terima kasih....

AMER


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:
Assalamualaikum

1. Pastikan sudut ketika membuat rakaman gambar. Sudut juga boleh memberikan kesan pada PL. Contoh jika merakam gambar pada air, jangan rakam pada sudut tepat. Elok digunakan sudut 45 darjah. Aperture dan shutter speed tidak mempengaruhi PL filter. Sebab peranan PL cuma untuk menghilangkan silauan.

2. Menimbulkan warna biru pada langit adalah kerja yang agak payah jika di KL atau bandar-bandar besar lain jika pada waktu langit tidak betul-betul biru.


Justeru, kerja yang paling mudah ialah dengan sabar mencari hari, masa yang agak sesuai bila langit telah biru. Gunakan filter biru. Ketika mencetak, minta
pihak makmal mencetak lebih kontras. Namun kita tidak boleh terpengaruh dengan foto-foto iklan jika mereka memberikan kesan biru yang berlebihan kerana teknik PhotoShop, PhotoEditor dalam program komputer boleh melakukannya. cuma yang pasti, anda perlu mencari waktu sesuai bila langit boleh biru? Terima kasih menghubungi saya

Filter, Grain & Power Drive

Soalan:

--- zaihan zai <z_zaihan@hotmail.com


Assalamualaikum, saudara saya ada beberapa soalan
untuk diajukan :-

1. Apakah kegunaan/ kesesuaian polarizing filter.
2. Apakah makna grain.
3. Kegunaan Power Drive.
4. Group dan Channel yg terdapat pada flash canon 420EX, apakah kegunaannya.
5. Dimana boleh saya dapat katalog kamera Canon EOS
3 dalam bahasa malaysia.

Setakat ini dahulu buat kali sehingga bertemu lagi.
Jawapan dari saudara
sangat2 saya harapkan. sekian terima kasih.


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan

1. Polarizing untuk menghilangkan kesan silau cermin, air atau benda-benda berkilat.
2. Grain ialah kesan pecahan pada foto. Lebih besar saiz foto lebih jelas kesan grain. Penggunaan ISO tinggi lebih memberikan kesan.
3. Power Drive atau ada dipanggil Motor Drive untuk menggerakkan filem secara auto.
4. Group dan Channel ialah untuk kegunaan Wireless Flash atau Sleve Unit.
5. Canon tidak menerbitkan katalog dalam Bahasa Malaysia.

Flash Dan Teknik Bounce

Soalan:

From- nizam <nizam@gware.infomal.com.my> wrote: >
A'kum..

Saya menggunakan teknik bounce untuk mengambil gambar potrek dan close up...tetapi adakalanye ia over..dan nampak terlalu terang pada muka model..

Bagaimana hendak mengawal keadaan gambar daripada over...

terima kasih...

--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Date: Thu, 28 Mar 2002 07:06:58 +0000 (GMT)

From: "Abd Raai Osman" <raaios@yahoo.com>

Subject: Re: flash

To: "nizam" <nizam@gware.infomal.com.my>


Seperti pernah saya terangkan dalam laman web, mengambil gambar teknik bounce agak kritikal jika kita jarang melakukannya. Cuma saya ada beberapa petua/teknik berlandaskan pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

1. Pastikan silling tidak terlalu tinggi
2. Gunakan lens anatar 70,80,135mm. Ini memberikan
peluang cahaya flash tidak terkebelakang model.
3. Gunakan Reflextor jika silling agak tinggi.
4. Jika gambar overexpose, minta operator lab untuk
membetulkan exposer semasa printing gambar itu.

Flash:

Soalan:

shahrile@celcom.com.my

Assalamualaikum....En. Raaiman.

Saya nak tahu pasal Flash Gun / speedlight untuk SLR. Mungkin selama ni saya guna flash biasa yang tak berapa kuat pancarannya. Sebab tu beberapa style saya macam bounce atau diffuser selalu gagal! Saya ingat semua flash sama :). Sekarang saya bercadang nak beli flash baru yang hampir sempurna (kalau mampu). Untuk pengetahuan En. Raai, SLR saya Canon EOS. Jadi saya nak tahu beberapa panduan membeli Flash Gun.

1. Betul ke perkara utama untuk memilih flash ialah mengetahui Guide Number (GN) flash tersebut? atau ada ciri-ciri lain yang perlu diketahui dahulu?

2. Adakah semakin besar GN, maka semakin mahallah flash?

3. Sejauh mana jenama flash mempengaruhi kualiti cahaya flash?

Saya amat gembira jika En. Raai menjawab beberapa

soalan saya kali ini. Minat saya semakin mendalam dalam bidang fotografi. Cuma mahukan panduan yang berpengalaman supaya tidak hampa dan berputus asa ditengah jalan.

Terima kasih bebanyak!

Wassalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan

Assalamualaikum.

1. GN untuk flash penting jika anda mahu membeli flash. GN yang besar menetukan pancaran cahaya yang baik. Lagi besar BN nya lebih besar simbahan cahayanyadan lebih jauh. Contoh Canon speedlight 420EX (GN138)lebih kecil GN dengan 540EZ (GN54/177)

2. Ya, harganya lebih mahal.

3. Jenama flash penting kerana jenama mengawal kualitifoto. contoh bila anda menggunakan Canon maka adalah lebih baik menggunakan flash Canon.

Waallahwaklam

Gambar besar tidak bermutu:

Soalan:

 

From: MohdTJ <mtjmy@yahoo.com> To: Abd Raai Osman <raaios@pd.jaring.my> Date: Monday, June 19, 2000 12:48 PMSubject: Apa yang terbaik?

En Raai,

Saya sentiasa mengunakan filem ASA 100 saiz 135 untuk mengambil gambar potret. Bagaimana pun sekiranya gambar tersebut saya besarkan ke saiz 8R, hasilnya menjadi tidak bermutu iaitu dot yang terhasil terlalu besar dan gambar kelihatan pecah.

Filem yang sebagaimanakah yang baik untuk mengambil gambar potret? Atau adakah filem khas untuk mengambil gambar potret? Apakah lensa juga memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti? Sebagai makluman saya menggunakan lensa AF28-80mm.

Terima kasih dengan penjelasan saudara.

 

Jawapan:

Merakam foto potrek dengan menggunakan filem 135 ISO 100 sering kali menjadi masalah. Kesan yang saudara maksudkan ialah grain iaitu kesan berbiji-biji sekiranya foto itu dibesarkan ke ukuran 8R (8x10) atau lebih besar. ISO 100 merupakan ISO yang paling rendah terdapat dipasaran runcit. Malah sudah ada percubaan syarikat filem untuk memperkenalkan ISO 200 kepada para amatur. Sedangkan sebelum ini ISO 200 tidak dikenali oleh orang biasa. Tujuan asal ISO 200 hanya ditujukan untuk pengguna kamera astamatik.

Saya bersetuju jika anda menggunakan ISO 100 untuk foto potrek, namun kesan grainnya tetap wujud dan beberapa langkah boleh dicuba.

·         Elakkan penggunaan fstop besar (contoh f4)

·         Jangan terlalu over expose

·         Lebih baik menggunakan lens mikro. Kesan tajam foto akan menghalang  pandangan melihat kesan grain.

·         Elakkan penggunaan lens zoom untuk rakaman ini kerana dikuatiri anda tidak sedar tangan memutar fungsi wide angle hasilnya mungkin mengubah bentuk muka model.

·         Menggunakan Studio Lighting boleh membantu untuk mengatasi masalah ini.

·         Gunakan soft filter

·         Jangan lengah untuk proses filem, sebab sedikit sebanyak filem yang telah terdedah pada cahaya akan memberi kesan grain.

·         Amalkan meletakkan filem anda ditempat yang sejuk, lebih baik letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer)

·         Semasa print, cuba dapatkan kertas foto map, elakan glossy

Sebenarnya ada cara lain untuk menghasilkan foto potrek yang paling bermutu. Jika anda boleh memperolehi filem ISO 25 dari jenama Kodak adalah yang terbaik. Tapi untuk memperolehi filem jenis ini anda perlu menghubungi pembekalnya dan membuat Special Order

Penggunaan filem 120 adalah yang terbaik. Oleh kerana filem 120 berfomat luas, hasil cetakkannya kemas dan kesan tone warnanya menarik. Malahan ada studio yang mampu menggunakan teknik touch-up untuk membaiki hasil foto mereka.

Namun jika ada kemampuan apa salahnya mencuba. Tapi kamera yang digunakan adalah berformat besar. Antaranya Sinar, Hasselblad, Mamiya (sekadar contoh). Hasil dari kerja kamera ini menarik.

Anda juga boleh mencuba menggunakan filem slaid dan hasilnya anda print terus tanpa menyalin. Foto dari slaid itu terus dicetak. Tapi anda harus menanggung kos yang tinggi untuk kerja-kerja begini.

Perlu juga diberi petua, kesan grain ada kala boleh mencantikkan foto anda jika kena caranya. Umpamanya jika mengambil foto anak gadis sekurang kurangnya kesan grain akan melindungi parut!

Gambar pegun

 

 --- srikandi ayu puteriayu1101@yahoo.com >

Soalan:

 Assalamualaikum,

 

 Saya ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan senifoto. Harapan saya persoalan ini dapat dijelaskan.

 

 -Bolehkah jelaskan apa yang dimaksudkan dengan gambar pegun dan bagaimana dan bagaimana ia tercipta.Seterusnya apakah perbezaan gambar pegun dengan gambar bergerak

 -Apakah kamera still dan adakah kamera SLR tergolong dalam kamera still

Jawapan:

Assalamualaikum

1). Pegun yang sdri maksudkan mungkin gambar still. Atau dalam istilah cenimatografi/vedio movie. Tapi saya ingin menjawab dalam kontek senifoto still bukan movie film.

Gambar still (pegun yg disebut oleh sdri) adalh gambar yang dicipta oleh kamera still samada kamera SLR, astamatik, digital. Namun jika mahu dilihat kesan bergerak pada gambar itu anda boleh menggunakan teknik panning. Caranya ialah dengan menggunakan teknik

Shutter Speed (SS)laju. Arahkan kamera ke objek ikut objek itu dalam rakam pada sudut yang anda fikir sesuai. hasilnya gambar akan kelihatan kabur latar belakangnya sedangkan objek yang bergerak akan tajam. Jika teknik ini dilihat pada cenatografi, sekeping gambar bergerak akan dirakam oleh kamera dengan jumlah yang banyak pada pergerakan tertentu. Hasil ketika ditayangkan pada projektor objek akan kelihatan bergerak.

2). SLR adalah kamera still yang merakamkan gambar untuk senifoto still. Sdri boleh meneruskan rujukan dalam nota saya dalam tajuk kamera, dan kamera astamatik agar lebih mudah difahami.



 

 

Gambar pengantin:


 

    

 

Assalamualaikum...Tuan,

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan kerana telah
mewujudkan sebuah lawan web mengenai fotografi di dalam bahasa melayu, saya begitu gembira kerana telah menemui laman web tuan walaupun secara tidak sengaja...

Untuk makluman tuan, saya baru sahaja menceburi bidang fotografi ini dan jadikan ia sebagai hobi saya dimasa lapang, jadi saya memang tidak tahu apa-apa pun mengenai bidang ini.

Walau bagaimanapun saya ingin meminta nasihat daripada tuan tentang cara penggunaan serta teknik yang betul untuk kamera dan aksesori tambahan yang telah saya miliki untuk pengetahuan saya dimasa akan datang..:


Kamera CANON EOS ELAN II E
Lensa CANON EF 28 - 80 1:3.5 - 5.6 V USM
Lensa CANON EF 75 - 300 1:4 - 5.6 III USM
Speedlite CANON 380 EX
VIVITAR 2X Teleconverter
VITACON 2 IN 1  0.42X Semifisheye Lens/ Macro Lens.

Soalan 1.

Saya bercadang untuk mengambil gambar perkahwinan rakan karib saya pada bulan Mei ini, jadi apakah persiapan yang perlu bagi saya merangkumi semua aspek...jenis filem, setting, cara pengambilan gambar dari segi sudut, cara penggunaan speedlite dan jenis filter.

Soalan 2.

Saya ada terlihat gambar-gambar didalam majalah dan ianya ada tertera
setting yang digunakan, contoh..:

f/5.6 . 1/60 sec

Boleh tak tuan terangkan kepada saya secara terperinci bagaimana caranya untuk saya meniru setting ini menggunakan kamera dan aksesori yang saya ada.

Sekian saja untuk kali ini, untuk pengetahuan tuan saya masih ada banyak soalan yang ingin diajukan kepada tuan dan diharap tuan dapat menolong saya....dan jawapan dari tuan itu boleh dijadikan panduan untuk orang lain yang tidak tahu apa-apa mengenai bidang fotografi ini seperti saya..


Sekian terima kasih
Wassalam.........
Johari Sidek...

joharisidek@hotmail.com


Jawapan:

Waalaikummussalam. Terima kasih kerana telah menjadi pelawat laman Alam Senifoto. Memang tujuan utama saya mewujudkan Alam Senifoto untuk peminat, pengkarya seumpama saudara. Saudara boleh mendaftarkan nama  dalam Buku Pelawat yang telah saya sediakan untuk memudahkan komunikasi dengan rakan-rakan lain menerusi email. Ramai rakan-rakan  telah berjaya mewujudkan rangkaian hubungan dengan pengkarya lain (selain saya) dalam usaha mencanaikan lagi ilmu pengetahuan secara hubungan sahabat.

Menyentuh soalan saudara, saya boleh memberikan tip-tip tertentu dalam menghasilkan foto bermutu. Cuma yang pasti, utamakan praktikal objek lain sebelum memulakan rakaman lebih serius. Contohnya jika ada kawan, keluarga, anak saudara, anak-anak sendiri (jika sudah ada?). Jadikan mereka model percuma. Habiskan sedikit wang untuk membuat praktikal.

Mereka akan seronok jika foto yang kita rakam diperolehi secara percuma. Hasilnya mereka memuji kita. Jika sudah ada pujian maka kita akan terus merakam foto-foto agar lebih bermutu.

Gambar pengantin:
  •  Hilangkan perasaan gemuruh anda terlebih dahulu jika berdepan dengan  orang ramai
  •  Mesrakan diri anda dengan pengantin. Jadikan mereka umpama keluarga  anda. Hasilnya ada tidak malu untuk berdampingan dengan mereka dan sebaliknya. Tanya nama samaran pengantin, jika lelaki nama Hasnan; keluarga panggil Angah. Anda gunakan  panggilan itu. Jika perempuan nama Sabrina orang panggil Ina gunakan nama itu. Jangan tersalah panggil.!!!!
  •  Jika rumah pengantin anda tidak pernah pergi. Sila datang awal. Sedut udara sekitarannya supaya anda tidak merasa terasing.

Ok, kalau semua diatas tidak menjadi masalah pada anda, kita pergi pada teknik.

Anda menggunakan Kamera CANON EOS ELAN II E dengan Lensa CANON EF 28 - 80 1:3.5 - 5.6 V USM dan Lensa CANON EF 75 - 300 1:4 - 5.6 III USM. Dalam mengambil foto pengantin gunakan lensa EF 28-80 sahaja tapi cuba elok dari menggunakan 28 kerana ianya terlalu wide angle. gunakan antara 50 hingga 80 sahaja. Masalahnya jika menggunakan  28mm gambar akan kelihatan melengkung. 28mm cuma boleh digunakan ketika rakaman majlis angkat nikah dan suasana di luar rumah saja.

Speedlite CANON 380 EX- Gunakan teknik Bounce untuk menghilangkan bayang. Jika tidak anda boleh terus menggunakan teknik terus.

VIVITAR 2X Teleconverter- Tidak elok digunakan untuk projek ini.

Jenis filem yang baik ialah ISO 100 atau 200.

Setting, cara pengambilan gambar dari segi sudut, anda bolehlah menggunakan kreativiti untuk mencari yang terbaik. Elakkan kepala budak-budak. Minta kerjasama tukang andam  dengan memberikan masa 30 minit contohnya untuk sesi pengambaran. Pastikan pengantin tidak keletihan dan diletihkan oleh anda.  Beri mereka relex. Biarkan mereka keluarkan suasana ceria. Jika saudara boleh memberikan suasana humour adalah lebih baik. Gunakan latarbelakang yang boleh dibeli sendiri seperti kain baldu hitam, merah dan sebagainya. Selain itu anda boleh terus jadikan pelamin sebagai latarbelakang. Jika sudah mampu bolehlah menggunakan kain batik atau sebagainya demi melahirkan identiti anda.
 
Penggunaan speedlight boleh anda cuba dengan teknik pembalikan. (lihat bab Flash, soaljawab dalam bab teknik bounce)

Pastikan anda membawa Filter biru kerana cahaya video boleh memberikan kesan kuning pada foto anda. Soft filter boleh juga digunakan untuk memberikan kesan lembut pada muka pengantin perempuan.

Aperture f/5.6 . dan Shutter Speed 1/60 sec adalah yang disyorkan untuk penggunaan flash. Jika rakaman dilakukan antara 3 hingga 8 kaki elok guna f 8 SS 1/60. Itu pun untuk filem ISO 100. Jika 200 Aperture yang baik ialah: 11 dan  8

Sebagai lanjutan sila lawat ruangan soal jawab, bab: Masalah Bayang Gambar, Teknik Bounce untuk memahami teknik ini.  Anda juga dicadangkan melawat laman Studio Kampung, Jazlan Studio, Halim Studio. Mereka saya lihat banyak menonjolkan gambar-gambar potrek pengantin. Masuk ke ruangan Buku Pelawat dan cari laman web tersebut.

Semuga berjaya.

@RaaiMan TAHPermai 21042001

 

Gambar pengantin:

Soalan:

 --- rosli hassan <rosli_f100@hotmail.com> wrote: >
assalammualaikum,
 
 saya rosli bin hassan mempunyai 2 soalan untuk di ajukan kepada en. Raai.
 
 1. saya seperti encik kamal ahmad membuat part time dengan mengambil gambar  
pengantin dan masih muda dalam bidang ini. sekitar 3 tahun. masalah saya  ialah 
bila berhadapan dengan pengantin, saya menjadi kaku untuk possingkan  pengantin. 
Selalunya mak andam akan possingkan pengantin dan saya hanya  mengambil gambar 
dengan pelbagai sudu. saya sering melihat kawan kawan saya 
 mengambil gambar pengantin dan dia (kawan-kawan) mempossingkan pengantin. 
Kekadang saya malu dengan diri sendiri kerana sudah lebih 3 tahun masih tak  
ampu untuk mempossingkan pengantin. boleh tak en. Raai memberika tip  terbaik 
bagaimana utk mengatasi masalah saya.
 
 2. saya juga masih lagi menghadapi masalah bayang di belakang pengantin.  
saya selalunya menghadapi masalah bila mengambil gambar di rumah Felda  
(rumah papan yg tidak bersyiling). gambar yang selalunya saya ambil gelap  
dan berbayang sungguh tebal. saya tidak dapat menyertakan gambar tersebut 
kerana ketiadaan Scanner.gambar lebih kurang  gambar
 en.kamal ahmad. saya  menggunakan kamera jenis nikon F100, lens nikkor 
28-105mm dan flash SB80dx.  saya selalunya menggunakan mood TTL pada Flash 
dan program pada kamera. sudi kiranya en.Raai memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.

Jawapan:
Assalamualaikum


Soalan pertama:

Malu boleh dielak dengan menjadikan pengantin sebagai
rakan kita, saudara mara kita. Jadi seorang jurufoto
yang peramah. Sebab itu anda boleh lihat semua
jurufoto orangnya peramah. Biar orang VIP semua kita
kena ramah! Buang masalah rendah diri, pendiam, malu.
Atau satu cara peringkat awal bawa kawan dan yang
pasti dia mesti dapat imbuhan!!! Jangan kosong saja
nanti dia tak mau ikut lagi. Paling tidak RM 50..00?.
Kalau ada adik, anak, anak saudara maka jadikan dia
kawan jadi semasa di rumah org kawin kita ada teman
berbual. Itu sekadar cadangan yang penting anda mesti
latihkan diri menjadi peramah. Kalau tidak, payah.
Anggapkan anda kerumah orang kawin tu di kampung/taman
sendiri. Jadikan pengantin sebagi sahabat yang mungkin
sudah lama dikenali?

Soalan kedua:

Ini mungkin salah satu soalan yang kerap ditanya.
Jawapan sudah ada dalam kolom soaljawab. Cuma saya
ingin menambah jika semua masalah itu tidak boleh
diatasi, sila keluarkan sedikit modal dengan
membelikan lampun studio. Kerana lampu studio kaedah
terbaik untuk masalah bayang ketika merakam gambar.
Harganya boleh diperolehi dalam lingkungan 1,000
hingga 2,000? Terima kasih kita jumpa lagi.

 

Gambar Sunset:

Soalan:


 From: shahril esa shahrilesa@hotmail.com 
 To: raaios@pd.jaring.my 
 Subject: sunset shoot & sunny 16 rule
 Date: Monday, April 01, 2002 5:36 PM
 
Saya merupakan seorang yang baru berjinak-jinak dengan kamera SLR. Saya mula meminati bidang seni fotografi setelah membeli sebuah kamera jenama Canon beberapa bulan lalu. Tak sangka... cempedak jadi nangka. Fungsi SLR ini 'complicated' menyebabkan saya berminat. Peluang saya mendalami ilmu ini setelah wujudnya sebuah laman web yang berguna ini.
 
 Saya ada beberapa soalan kepada saudara.


 1. Bagaimana mengambil gambar matahari terbenam
(sunset) dengan elok. Saya ada beberapa kali merakam gambar tetapi selalu overexposed ada juga
 underexposed.
 (a) Saya ada terdengar penggunaan grey card. Apa
dia? Bagaimana ia dapat
 membantu exposure?
 (b) ISO apa yang paling sesuai.
 (c) Bagaimana mendapatkan warna keemasan cahaya
matahari tersebut?
 
 2. Saya masih kurang arif dengan 'Sunny 16 rule'. Bolehkah saudara menerangkannya? Setahu saya penggunaan ia pada siang hari. Bagaimana pula 'Luney 11'(mengambil gambar bulan)?
 
Jawapan saudara Raai saya dahului dengan ribuan terima kasih. Semoga laman web ini akan bertambah kegunaannya bagi pencinta-pencinta seni fotografi. Tunggu soalan-soalan saya yang akan datang:)
 
 Sekian, wassalam.


Jawapan:


> Assalamualaikum
Soalan 1: a,b,c, saya akan jawap dalam bentuk satu jawapan.

Merakam Sunset adalah aktiviti yang amat menarik. Gunakan kaedah ini agar boleh memberikan kesan yang baik

a. Filem. Gunakan ISO yang rendah atau sederhana. Misalnya: ISO 100 atau 200. Jenama saya cadangkan Kodak. Letakkan Aperture (fstop) paling kecil contoh, f22. Dengan ini kemungkinan Shutter Speed akan perlahan. Oleh itu elok menggunakan tripod.
b. Grey Card yang dimaksudkan itu ialah Filter. Rujuk bab filter dalam panduan senifoto. Namun saya mencadangkan anda menggunakan filter merah/kuning untuk memberikan kesan warna pada cahaya matahari.

2. Sunny 16 & Luney 11, merupakan kaedah penggiraan exposer tanpa exposer meter. Ini penting jika anda kehabisan betteri pada kamera atau exposer meter. Justeru anda harus faham mengira ragam cahaya tanpa exposer meter.

Terima kasih kerana lawatan anda. Anda dinasihatkan mengirimkan emel ke raaios@yahoo.com  atau membuat salinan kesana agar masalah teknikal tidak berlaku.

Mutu Gambar Warna


 

 

Soalan:

From: "Wahid" fstop8@hotmail.com To: raai@my-malaysia.com Subject: Tahniah Date: Wed, 15 Mar 2000 01:18:55 PST

Tahniah kerana membina Laman Web begini. Saya harab saudara dapat menyelesaikan sedikit masalah yang saya sering hadapi. Saya selalu mendapat foto dari kedai yang berbeza mutu warnanya. Sering terjadi foto print kali pertama cantik, bila di ulang cetak kali kedua berubah warna. Terima kasih.


Jawapan:

 

Saudara Wahid. Masalah ini sering terjadi kepada semua peminat senifoto. Jika kita lalai dengan kawalan mutu maka kita akan dapat foto seperti saudara maksudkan. Umpamanya jika kali pertama foto begitu cantik. Bila di ulang cetak tidak cantik.

Perkara yang perlu diambil perhatian ialah dengan meneliti langkah berikut.

1). Kenal pasti kedai (Photolab) yang mementingkan mutu. Berkenalan dengan tuanpunya kedai. Jika pembantunya anda kenal lagi baik. Justeru, tiap kali ke kedainya mereka sudah kenal anda.

2). Pastikan anda menjadi pelanggan tetap untuk dua kedai. Cara ini akan memudahkan anda jika kedai yang satu lagi ditutup jika berlaku kecemasan.

3). Pastikan juga petugas Photoshop tahu anda seorang yang mementingkan mutu foto.

4). Jika langkah tadi anda penuhi (dan mungkin lebih dari tiga jika anda seorang pandai berkomunikasi); anda pastikan supaya mereka menjaga mutu foto.

Biasanya foto akan berubah mutunya kerana jurucetak foto tidak akan menggunakan teknik awal yang anda cetak. Umpamanya foto gelap, terlebih kuning, biru dan merah. Oleh itu apa yang penting anda akan memberitahu mereka supaya mencetak ikut warna yang anda mahu. Kemudian bila membuat ulang cetak, bawa foto pertama untuk panduan jurucetak. Ada Photolab yang mencetak foto dengan mencetak sekali teknikal data yang ada di belakang foto. Apabila anda mencetak kali kedua mereka akan ikut data yang ada dibelakang foto.

Umpamanya jika lebih kuning mereka akan mengurangkan kuning. Dan sebagainya.

Satu lagi anda jangan mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa. Contoh jika anda print satu roll filem pekedai akan menawarkan satu foto bersaiz 8R. Kebiasaanya mutu foto jarang dipentingkan.

 

Gambar Untuk Majalah

Soalan:


Date: Thu, 30 Aug 2001 18:48:10 +0000 
From: "ayub roslee" <rossa_gtra@hotmail.com> 
Subject: Re: Terima kasih 
To: alamsenifoto@lycos.com 


Saya sebenarnya baru sebulan terperasan laman web saudara. Saya cari sendiri laman ini dan tak sangka pula boleh jumpa.

Saya sebenarnya semasa di sekolah menengah dulu ada belajar sikit-sikit bab senifoto ini, tapi terhenti setelah tamat sekolah pada tahun 1975. Dan sekarang bila pegang kamera semula, kenalah belajar balik. Terima kasih banyak-banyak kerana usaha anda telah banyak membantu karier saya.

Pun begitu masih terlalu banyak lagi yang perlu saya ketahui tentang ilmu senifoto ini kerana saya banyak mengambil gambar-gambar artis untuk dimuatkan dalam majalah saya..

1) Buletin Misteri 2) Realiti & Fantasi.

Gambar cover untuk kedua majalah itu saya ambil sendiri. Semuanya outdoor. Hingga kini saya tetap tidak berpuas hati dengan hasil kerja saya, (gambar tidak tajam dan grain) sebab saya tengok gambar cover majalah lain lebih cantik. Adakah kerana mereka menggunakan slide ataupun filem 120? Atau kerana lain, seperti kerja-kerja grafik.

Untuk pengetahuan anda saya pakai kamera Minolta Dynax 505si (fully auto), 
dan lazimnya filem saya guna ialah konica 100 (siang hari).

Terima kasih.


Jawapan:

Assalamualaikum.Emm bagus juga pengalaman saudara. 1975 lama juga. Sama dengan zaman saya bersekolah dulu. Setakat hari ini saya belum dapat melihat gambar-gambar yang saudara ambil di majalah yang disebutkan. Cuma saya boleh memberikan sedikit tip untuk memperolehi gambar yang baik.

1. Menggunakan filem 120 adalah satu cara untuk memberi  imej tajam. Kerana format filem yang besar memberikan kesan yang baik.

2. Menggunakan slaid adalah pilihan terbaik kerana slaid akan memudahkan pihak pencetak memperolehi imej yang bermutu.

3. Penggunaan ISO yang rendah adalah pilihan terbaik untuk rakaman potrek.

4. Menggunakan gambar asal yang besar juga boleh memberikan kesan yang baik >ketika membuat cetakan majalah.

5. Yang paling mustahak, kertas cetak sesuatu majalah memberikan kesan sampingan untuk melihat mutu yang baik



ISO, Teknik Multi Exposer, dan masalah Filter

Soalan:

At 08:08 PM 5/24/01 +0800, you wrote:

Assalamualaikum.
Sekali lagi saya ingin bertanya dengan saudara tentang beberapa soalan.

1) Saya menggunakan filem ISO 200 tetapi di kamera saya setkan 400. Bolehkah begitu dan apakah kesan pada gambar setelah siap..

2) Saya ada melihat satu gambar kawan saya sewaktu melangsungkan perkahwinan beliau, ada satu gambar yang dia berada di dalam kamera. Adakah itu dinamakan teknik dan bagaimana melakukannya.

3) Saya ada mencari filter Polairazing dengan harganya RM 136 adakah itu harga yang sepatutnya atau dia mengambil kesempatan
      .
4) Bolehkah saya menggunakan  filter UV sepanjang masa sewaktu merakamkan gambar di waktu siang dan malam. Adakah ia memberi kesan pada gambar.

Segala pertolongan saudara sangatlah saya hargai, semoga Allah merahmati saudara. Berbanyak terima kasih dari saya



ISO/ASA Yang Sesuai

Soalan: 
Daripada: Abu bakar Bin Mohd. Bohri
Email: burnwhitestone@hotmail.com 



(Soalan ini dihantar menerusi "Forum Senifoto")

 

Salam sejahtera.

Saya adalah salah seorang peminat seni fotografi tetapi masih baru lagi, dan saya ingin bertanya tak adakah pertandingan fotografi yang dianjurkan.Saya mempunyai banyak koleksi yang lebih kepada alam sumulajadi tumbuh-tumbuhan, serangga dan aktiviti lasak.


Dan saya ingin bertanya satu lagi, boleh tak berikan saya teknik untuk mengambil gambar dalam keadaan yang gelap dan terang seperti filem yang sesuai, ASA, Aperture, dan lain-lain. Jika ada tolong guna alamat e-mail saya. Jika ada apa-apa berita tolong maklumkan pada saya guna e-mail juga.

sekian terima kasih.

 

Jawapan:

Untuk menjawab soalan ini agak umum. Dalam keadaan gelap apa foto yang mahu anda rakamkan? Suasana waktu malam yang hanya diterangi dengan cahaya kota, cahaya lampu kampung, atau bangunan sahaja yang hendak dirakamkan.

Atau anda mahu merakam objek yang hanya menggunakan cahaya lampu, lilin atau sebagainya. Adakah anda mahu merakamkan foto tanpa flash, menggunakan flash dalam dalam keadaan gelap. Secara umum saya mahu menerangkan cara merakamkan foto dalam keadaan gelap tapi masih ada cahaya seperti di kawasan bandar. Semua jenis ASA boleh digunakan, cuma ASA tinggi (400) akan memberikan keupayaan f/stop yang kecil (f11) dengan penggunaan shutter speed yang agak tinggi (1/125). Tapi kesan warna akan memberi mutu yang tidak baik, seperti kontras yang agak tinggi, warna kadang kala akan berubah dari apa yang boleh diberikan oleh ASA rendah.

Namun anda boleh mencuba menggunakan ASA rendah (100) dengan membiarkan penggunaan f/stop kecil (sehingga 32) tapi anda berisiko menggunakan shutter speed rendah (mungkin hingga 1 minit!), dan anda akan memperolehi hasil foto yang begitu menarik.

Pastikan anda menggunakan tripod untuk membantu agar kamera anda tidak bergoyang. Umum, pada teorinya untuk merakamkan foto dalam suasana agak suram, seperti dalam dewan, dan sebagainya; anda harus memikirkan untuk menggunakan ASA lebih tinggi seperti 200.. Saya cadangkan penggunaan ASA itu memandangkan cahaya dalam dewan tidak melantun kembali. Dengan ini akan memungkinkan gambar kurang jelas dan dengan penggunaan ASA tinggi, ada berhak menggunakan f/stop agak kecil

Contohnya jika menggunakan ASA 100 f/stopnya 4 tapi jika menggunakan ASA 200 akan menjadi 5.6 dan jika 400 anda berhak mengecilkan lagi sehingga f/Stop 8! Dalam keadaan cerah, anda boleh menggunakan ASA 100 sahaja sebab Sila rujuk bab filem, flash, potrek, dan soal jawab dalam Alam Senifoto bagi maksud rujukan anda. Disana banyak saya terangkan panduan yang begitu asas untuk mengenali apa itu senifoto.

Jumpa lagi.



Istilah Senifoto

 

Soalan

 

From: "Mohd Liza Chik @PBDKULAI" <MohdLiza@csd.tnb.com.my> To: "'raai@my-malaysia.com'" <raai@my-malaysia.com> Subject: Ingin Bertanya Date: Sat, 17 Jun 2000 15:16:14 +0800

Assalamualaikum,

 

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas terhasilnya laman web berkenaan photographer dalam bahasa melayu.

Disini saya ingin mengajukan beberapa soalan :-

1. Flash Metz 32 series - Disini saya ingin tahu tentang setting pada flash tersebut. Dimana pada mode Auto. Aperture f 4, f 8 dan f 22 (depend pada ASA) saya ingin tahu yang mana paling kecil sembaran cahaya serta yang sebaliknya.

2. Apa yang dimaksudkan focal lens .

3. Dimana pada flash terdapat setting serta Reflector dan apakah kegunaannya.

4. Saya bercadang untuk membeli beberapa lens, disini saya nyatakan lens yang sediada ( Kamera EOS 50 )

i) Tamron AF 28-105mm f 4-5.6

ii) Canon AF 50mm f 1.8 III

iii) Canon AF 35-80mm f 4-5.6

Apakah cadangan Encik, dimana saya menggunakan untuk mengambil gambar orang kahwin potrait serta Close-up.

Sekian, Jutaan terima kasih

 

Jawapan:

Terima kasih diatas kunjungan anda.

1.Flash Metz 32 series. Maksud soalan anda mungkin simbahan paling banyak untuk flash jenis ini. Pada setting f22 ia akan memberi simbahan paling Minimum. Setting f4 akan mengeluarkan cahaya maksimum . Manakala setting f8 akan memberi cahaya sederhana. Contoh yang anda beri mungkin untuk ASA 200. Perlu saya cadangkan, ada flash siri ini mengeluarkan cahaya pada keadaan terbalik. Setting maksimum menjadi manimum dan sebaliknya. Perlu perhatikan dan lakukan percubaan agar anda tidak tersalah setting.

2. Focal lens ialah tumpuan kepada focusing lens anda.

3. Setting Reflektor diperlukan untuk kegunaan cahaya pembalikan (Bown Flash)

Saya ingin mencadangkan anda menggunakan Canon AF 50mm f 1.8 III jika bertujuan untuk kegunaan kerja fotografi potrek. Lens Standard Tetap ini amat sesuai. Jika menggunakan Zoom Lens (Canon AF 35-80mm f 4-5.6), saya kuatir anda sukar mengawalnya dan memungkin dalam keadaan tergesa-gesa tersalah guna fungsi wide angle. Hasilnya muka model akan membesar, ini masalah pada anda. Jika anda ingin membuat close-up yang terbaik adalah dicadangkan menggunakan Close-up Lens (Mikro Lens).



Jurugambar Professional

Soalan:

Assalamualaikum.

Saya ingin menanyakan bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang jugambar bebas? Apakah prosedur yang perlu untuk mencapai ketahap  jurugambar professional.?


Siapakah (badan-badan kerajaan/swasta) yang mengesahkan bahawa seseorang itu
betul-betul telah menjadi professional?
 
sekian terimakasih.
 
 jasman
 jasman_mn@celcom.com.my 

 

Jawapan:


Assalamualaikum


Topik yang saudara bawa amat menarik untuk dibincangkan. Malahan sudah lama saya bincangkan dengan beberapa rakan-rakan yang sealiran.

Jurufoto atau photographer adalah satu gelaran untuk orang yang boleh, suka, rajin merakam foto. Ia adalah sebutan sahaja. Katakan kalau saudara memegang kamera
lantas rakan-rakan akan mengelar Jurufoto/Photographer/Cameramen. Ramai yang suka dengan gelaran itu!! Saya sekitar tahun 1972 sudah terpengaruh dengan gelaran itu sebab sering melihat jurufoto berada pada barisan hadapan ketika berada di
mana-mana majlis/peristiwa.

Hasilnya tahun 1979 saya menjawat jawatan Jurufoto di UKM hingga kini. Hidup saya seperti anggota keselamatan tidak bersenjata, akan  merasa kekok bila ke mana pergi tidak membawa kamera. Jika bawa kamera tidak cukup filem saya jadi rimas seperti penembak tidak cukup peluru!!!!

Tapi siapa saya? Saya cuma kakitangan UKM/kerajaan seperti lain-lain orang yang berjawatan Kerani, Juruteknik, dan lain-lain staff. Tak lebih dari itu, jika saya bertindak lebih dari itu saya akan dikenakan tindakan tatatertib. Tambahan dengan ada AKU JANJI saya dan lain-lain staff (mungkin sdra) akan terperangkap.

Senario di Malaysia belum wujud badan yang mengiktiraf Jurufoto seperti mana ada badan-badan yang mengiktiraf profession Doktor, Peguam, Akauntan, Jururawat,
Phisioteraphy, Juru Xray, Guru dan seumpamanya.

Jurufoto seperti pelukis, penulis yang boleh berkarya tanpa pengiktirafan. Jurufoto adalah staff kerajaan, swasta (akhbar/majallah misalnya), peniaga (membuka
studio). 

Ramai yang bekerja sebagai Arkitek, Pegawai Tadbir, Kerani, Juruteknik dan sebagainya berjaya sebagai jurufoto. Sebulan lebih beribu ringgit dia perolehi hasil kerjanya dengan membuat kerja-kerja partime.

Setakat ini yang saya lihat pengiktirafan yang berlaku adalah hasil usaha seseorang itu sendiri. Contoh dengan mengadakan pameran, bengkel, menyiarkan hasil karya dalam majallah dalam atau luar negara. Kalau ada persatuan atau pertubuhan tapi belum boleh mengiktiraf. Kerana persatuan yang ada hanyalah bersifat seperti persatuan lain. Persatuan itu hanya membuat kegiatan bengkel, pertemuan dan bukan
mengiktiraf. Kita belum ada persatuan seperti pelukis yang boleh mengiktiraf seseorang pelukis. Pelukis juga perlu berusaha sendiri dengan belajar, membuat pameran  untuk mendapat pengiktirafan.

Ramai jurufoto yang bekerja dengan orang-orang kenamaan seperti Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja,  tapi masyarakat tidak kenal mereka. Kalau ada seperti Eris Peris, Hamzah Hurmin, Salleh Osman, Ahmad Nayan (sekadar menyebut beberapa nama) mereka terkenal dengan pameran, bengkel, kursus, dan penerbitan buku. Ada juga menjadi pensyarah di universiti.

Eris Perris, menulis untuk NST, Hamzah Hurmin menulis untuk Berita Harian, membuat buku dan bertugas di sana dan sudah bersara. Salleh Osman, pernah bekerja di NST dan Tan Chong, Ahmad Nayan, bekas pensyarah, pegawai koporat dan pernah menerbitkan buku.

Dalam menceburi bidang fotografi, yang mustahak hasil kerja. Kalau membuat kerja untuk Wedding Photography, anda akan menjadi terkenal di tempat anda. Maka itu adalah pengiktirafan. Jika staff di mana-mana organisasi, cara kerja kita akan membezakan kita dengan staff lain. Kalau mahu pengiktirafan boleh, tapi lakukan kerja yang amat bermutu. 

Jurufoto Professional adalah orang yang berja agak berbeza dengan orang lain. Umpamanya anda boleh mencetak foto Hitam Putih, proses filem hitam putih,Cetak dan proses filem warna, Proses Slaid. Mahir dalam membuat penyalinan foto. Mahir dalam studio dengan pandai menggunakan cahaya studio. Jika dalam bidang digital; mahir menggunakan PhotoShop dan lain-lain perisian. Mahir dalam Super Impose. (Tapi jangan buat kerja pelik-pelik yang ditegah oleh agama & undang-undang!!!!!?)
Pandai dalam bidang penulisan satu keutamaan. Pandai memberi ceramah dalam kursus juga boleh menghasilkan wang. 

Ada rakan saya seorang jurfoto, dia rajin belajar dan kini sudah ada Phd. Hasilnya beliau kini pensyarah di dalam bidang multimedia.

Saya belum kenal sdra, tapi jika sdra memegang apa-apa jawatan, dengan jawatan itu anda boleh menjadikan fotografi sebagai media untuk berkarya. Sebagai contoh; seorang Doktor dalam bidang sakit puan. Beliau boleh merakam foto untuk mengasilkan sebuah buku mengenai ibu-ibu mengandung. Rakan saya, seorang pakar kerawar dia boleh mengasilkan foto-foto yang kena mengena dengan haiwan tersebut.

Allahyarham Dr. H.A. Halim bekas Kurator Muziam Negara, Karyawan Tamu UKM, Pemegang Doktor Kehormat UKM adalah Jurufoto yang baik. Hasilnya beliau pernah menulis, menerbitkan buku-buku mengenai budaya, sejarah. Saya lihat hasil karya fotografinya cukup bermutu. 

Ayuh jangan berlengah lagi teruskan usaha. Mulakan sekarang. Peluang untuk kita banyak. Untuk mencapai ke tahap saya  sebenarnya telah bermula pada tahun 1972. Hasilnya saya berpuashati walaupun saya belum boleh digelar apa-apa gelaran tapi saya boleh membangunkan minat ramai anak-anak muda, terutama melayu. Hasilnya saya sudah ada ramai rakan-rakan, pelajar yang belajar ilmu fotografi. Sebenar saya belum diiktiraf oleh mana-mana badan; namun sudah cukup untuk saya mencari rezeki di UKM sejak 1979.

Semuga kita berjumpa lagi.



Kamera Autofokus

Soalan

--- Hazmi Naz <inova@celcom.net.my> wrote:

Saya ada terdengar bahawa terdapat 2 jenis kamera SLR di pasaran sekarang iaitu SLR Autofocus dan SLR Manualfocus, dan dikatakan jenis SLR Manual  focus lebih baik dari SLR Autofocus. Adakah itu benar dan bagaimana saya ingin membezakannya. Bolehkah encik berikan contoh jenamanya?

 Hazmi Naz, Kelantan



Jawapan:

SLR Autofocus dan Manual Focus memang ada bezanya

Kebanyakan AutoFocus dibena dengan ciri-ciri "Program Digital". Kerana kamera ni memerlukan batteri untuk berfungsi. Aperture, Shutter Speed diprogram dalam binaan elektronik. Dengan cara ini segala bacaannya akan keluar dalam bentuk angka digit. 

Kamera jenis ini memiliki bacaan Aperture, Shutter Speed yang lain sedikit dari kamera manual. Contoh Aperture tidak seperti bacaan dalam senifoto standard umpamanya f32,f22,f16,f11,f8,f5.6,f4,f3.5,f2.

Kamera autofocus memberi bacaan tambahan contohnya antara f22 dan f16 akan wujud f19. Kalau kamera manualfocus hanya wujud bukaan one stop saja, tapi pada kamera autofocus akan diberi bacaan terus

Begitu juga Shutter Speed. Bacaanya diberi dalam tambahan . contohnya jika kamera manual,
1/1,1/2,1/4,1/8. Tapi pada kamera autofocus bacaan tambahan akan wujud diantara 1/2 dan 1/4 ialah 1/3.

Kebanyakan fungsi aperture dan shutter speed terbina pada badan kamera. Kamera autofocus agak rumit jika digunakan pada objek sedang bergerak. Namun bagi anda yang memiliki masalah penghitang, boleh menggunakan kamera autofokus kerana ketika bekerja dikawasan suram ia akan memberi kelebihan.

Kelemahan pada kamera jenis ini ialah penggunaan batteri yang agak kuat. Ini kerana segala fungsinya diaktifkan dengan kuasa batteri.

Kebanyakan jenama Nikon, Canon memliki kamera jenis ini. Umpamanya Nikon F55, Nikon F80


Jawapan:


To: "anuar ibrahim" <tomatinto@hotmail.com>
Subject: Re: NAK TAHU

Waalaikummussalam.
1. Menggunakan ISO 200 tapi ketika merakamkan gambar butang ISO diletakkan pada 400 pada kebiasaannya gambar akan memberikan kesan underexpose. Maksudnya jika anda pergi memproses cara biasa.

Namun begitu ada satu proses yang dinamakan Push-Up Develop dimana apabila filem dihantar ke makmal (bukan kedai biasa) anda cuma beritahu bahawa filem anda dirakam cara push-up ke ISO 400. Hasilnya negatif akan normal. Jurufoto Professional kerap melakukan teknik ini  terutamanya Jurufoto Akhbar. Tujuannya untuk mendapatkan shutter speed tinggi (laju). Ada yang menggunakan ISO 400 di push menjadi 800 atau 1000.

2. Teknik ini dinamakan Double Expose.  Jika dilakukan ketika mencetak gambar ianya diistilahkan Double Print (tak kiralah samada gambar warna/atau hitam putih). Untuk melakukan teknik ini anda perlu menggunakan butang Multille exposer lever yang terdapat pada kamera terlekat pada Filem Revind. Butang ini jika ditekan akan menyebabkan filem tidak bergerak. Bermakna jika anda mengguna exposer ke sepuluh maka filem itu masih berada pada frame yang sama. Ini menyebabkan filem itu tidak bergerak. Jika yang pertama anda klik gambar orang maka yang kedua anda akan klik gambar kamera. Teknik ini perlukan latihan.

3. Harga barangan susah saya nak komen. Mungkin kedai yang saudara pergi tu bukan kedai yang mendapat terus dari pembekal. Pengalaman saya membeli filter tersebut tidak semahal itu!

4. Filter UV (Ultra Voilet) boleh digunakan sepanjang masa. Kesannya tidak ketara. Malahan filter UV membantu menghilangkan kesan UV jika ada. Terutamannya jika rakaman dilakukan waktu siang. Waalahuwaklam.

@RaaiMan 26052001 TahPermai.



Kamera :

 

--- "KhairulNizam(yon_kn)" <yon_kn@yahoo.com 

Soalan:

 Assalamualaikum 

1.En. RaaiMan berapakah anggaran harga untuk membeli light flash/umbrella flash/ vesetec flash. Adakah ianya di jual dalam bentuk satu pakage/ sepasang atau kena beli satu satu. Bolehkah En RaaiMan beri cadangan kepada saya di mana tempat untuk membeli umbrella flash/vesetec flash yang agak murah harganyai di Malaysia. Jika En. RaaiMan mengetahui tempatnya boleh tak disertakan alamat dan no taliponnya sekali.

 2.Antara kamera Nikon dan Canon mana yang terbaik bagi pendapat peribadi En. RaaiMan. Bagaimana pula dengan zoom lensenya yang mana terbaik di antara Nikon/Canon berbanding jika menggunkan Tamron.dan juga perbezaan harga.

 3. Apa perbezaan bagi lenser Tamron di antara AF28-105mm F/4-5.6 (IF) berbanding SP AF 28-105mm F/2.8 LD Aspherical (IF). Adakah makna SP (Super Performance) itu menunjukkan ianya lebih baik dari yang biasa. Apakah Aspherical ?

 4. Di antara Kodak, Fuji, Konika yang mana satu yang terbaik dari segi filem dan kertas fotonya. Apakah kelebihan² jika menggunakan filem tersebut.

 Sekian terima kasih di atas maklumat berguna dari

 En. RaaiMan. Semoga dapat kita memajukan lagi diri ini berkaitan dalam bidang fotografi.

 Wassalam C U N Take Care


Jawapan:

 

1. Anggarannya dalam seribu ringgit seunit. Elok beli dua. Tersedia dalam alatan tambahannya. Tapi boleh dibeli dengan memilih mana yang penting. Wakiltunggalnya EngTong di Petaling Jaya. Boleh call kawan saya Hun di sana dengan no. 0162566262

2. Nikon dan Canon sama-sama baik. Pengalaman saya lens Nikoor (Nikon) baik mutunya. Tapi kalau nak tahu pasal Canon contact seorang rakan emelnya anda boleh dapat di ruangan forum

3. Super format ini mennujukkan keluasan lensanya. Seperti 28mm dengan f2.8

Aspherical adalah tenikal yang terdapat pada lensa yang mana menggunakan fungsi optical. Ia banyak terdapat lens super wide seperti 28mm atau fish eye.

4. Kodak adalah filem yang diproductkan dari US dan banyak yang sesuai untuk iklim di tempat sejuk. namun untuk pasaran mereka tidak ambil kira yang penting ianya boleh masuk ke mana-mana benua. Memberi imej agak kemerahan, kekuningan. agak sesuai untuk kerja-kerja Geografi atau Geologi. sesuai untuk membuat potret. Kodak agak terkehadapan jika dibandingkan dengan lain-lain filem kerana ia adalah printis.

Fuji adalah pesaing terdekat. Malahan musuh ketat dalam contac perniagaan. Telah terbukti boleh mencetus keluaran terbaru. Kalau mahu dikatakan pertarungan teknologi Fuji berada pada rengking terbaik. Umpama kereta, anda mahu pilih kereta Eropah atau Jepun. Dalam pengeluaran filem Fuji juga telah menampilkan beberapa jenis filem yang dapat menandingi Kodak.

Secara peribadi saya suka Kodak dan Fuji. Tapi jika mahu buat pilihan ketiga ialah Konica. Tapi Konica tidak boleh bersaing untuk filem-filem bertaraf professional. Katakan jika anda mahu belu filem X ray, dan lain-lain filem keping Konica belum terlalu bersedia. Namun dari segi busnis Konica akan menjadi pesaing ketiga.



Latar Belakang

Soalan:
--- matt bond <counter_strike3@hotmail.com> wrote: 

aslammualaikum.......

Selalunya setiap gambar yang saya ambil
menggunakan kamera SLR saya dapati hanya objek
yang difokus sahaja kelihatan jelas dan yang lain nya kabur......

1-Bagaimana caranya untuk menajamkan objek
dihapan dan belakang ?...
2-Adakah pengawalan ZOOM dan APRETURE memainkan
peranan yang penting dalam menentukan ketajaman

sekian terima kasih...
Segala Jawapan dari pihak Encik amat berguna kepada saya.....
dari 
Amer Khadri
Photographer amatuer

Jawapan:
Assalamualaikum

Penggunaan lens zooms akan memberikan kesan yang kabur
apabila merakam gambar. Umpamanya jika merakam model,
close-up foto. Elakkan penggunaan lens zooms yang
memiliki sudut 35 - 70mm jika untuk tujuan tajamkan
latarbelakang.


Masalah Bayang Gambar

 

  

 

Soalan:

From: "kamal ahmad" > To: raai@my-malaysia.com Subject: flash,shadow,batteri Date: Mon, 14 Feb 2000 17:04:02 PST

Assalamualaikum,

Terima kasih diatas penjelasan En Raai berkenaan Proses E6 .

Saya baru lagi menjurus ke bidang senifoto ini.Untuk pengetahuan En Raai kini saya mula membuat kerja part time dengan mengambil gambar di majlis perkahwinan malangnya saya tidak berpuas hati hasil gambarnya tidak berapa terang mungkin kerana flash. Saya tidak berapa faham cara menggunakan flash dengan berkesan sedangkan flash yang saya guna agak baik iaitu SB 26 (NIKON).

Perkara kedua bagaimana cara untuk mengatasi masalah shadow atau bayang-bayang hitam.

Perkara ketiga yang saya kurang pasti ialah betteri flash mampu setakat berapa roll filem Saya harap En Raai tidak keberatan menjelaskanya dan memberi sedikit bimbingan kepada saya berkaitan soalan tadi.

Segala penjelasaan En Raai amat saya hargai.

Terima kasih.


Jawapan:

 

Tahniah saudara, kerana berminat menjadikan kerja senifoto sebagai part time.

Bidang senifoto perkahwinan adalah satu bidang yang menyeronokkan kerana disamping memperolehi pendapatan sampingan hujung minggu, ianya juga memberikan anda ramai kenalan. Paling mustahak saudara kenalah terlebih dulu mengenali pengantin. Kemesraan dengan kedua mempelai akan memudahkan anda memulakan kerja. Jadikan mereka seperti rakan lama atau saudara mara sendiri. Hasilnya mereka tidak kekok untuk bergaya dihadapan kita. Dengan cara itu gambar yang dirakamkan akan hidup. Sebab kesan psikologinya mereka akan mati gaya jika anda tidak mesra dengan pengantin.

Yang kedua, Mak Andam perlu saudara dampingi kerana beliau akan memberi kerjasama untuk membetulkan gaya pengantin perempuan.

Masalah flash:

Sering dihadapi oleh semua Jurufoto baru. Jika anda menggunakan flash yang baik tapi kurang praktikal, gambar tidak akan memberi mutu yang baik. SB26 antara flash Nikon yang bermutu. Kesan cahayanya cukup baik. Pastikan anda mahir mengawal butang kawalan autonya yang bertanda mood jauh atau dekat. Jika anda menggunakan mood dekat adalah untuk simbahan cahaya dari jarak terdekat hingga 10 kaki. Aperture yang sesuai ialah f8 jika ISO filem 100 lihat pada lampu panduannya. Manakala mood jauh untuk Aperture f4 jarak 10 kaki ke 60 kaki. Ambil pengalaman saya, jika menggunakan flash untuk jarak 5 hingga 60 kaki gunakan f4 pada butang sentuh mood jauh. Ini kerana flash akan mengawal menerusi butang sensornya bagi menentukan simbahan cahaya sebanyak mana yang perlu untuk jarak kita rakamkan foto. Jika menggunakan Mood Manual pastikan anda mengawal cahaya flash mengikut jarak. Tapi kawalan menerusi manual lebih baik jika anda mahir. Jika anda merakamkan foto pada jarak lebih dari 40 kaki adalah lebih baik menggunakan Shutter Speed 1/30. Cuma anda perlu pastikan kamera tidak bergoyang!

Masalah bayangan hitam

Jika saudara menggunakan simbahan flash cara terus memang akan memberi kesan shadow pada tepi muka model. Tambahan jika muka model rapat dengan latarbelakang. Caranya ada berbagai. Paling mudah gunakan cara Bounce Flash iaitu dengan menghalakan flash ke silling rumah. Tapi pastikan silling itu tidak terlalu tinggi. Tapi kalau kebanyakan rumah teres masih boleh. Cuma jika rumah banglo payah nak praktikkan cara ini. Gunakan Mood Auto dan letakkan pada butang mood jauh dan gunakan Aperture yang paling besar.

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan Reflektor. Reflektor ini boleh dibeli dikedai atau pun saudara reka sendiri. Jika beli ia berbentuk keping dibuat dari plastik pespek putih. Atau kalau anda boleh tempah dikedai membuat cermin lebih mudah.

Reflektor ini boleh diletakkan pada flash dan cahaya flash yang keluar tidak terus. Oleh itu shadow tidak ada.

Perlu diingatkan cahaya pembalikan boleh dibuat dari silling, dinding tepi kiri atau kanan. Asal warnanya putih ia boleh membantu membalikkan cahaya. Atau saudara boleh juga menggunakan kertas Teressing (Treasing Paper) yang boleh diperolehi dari kedai grafik. Letakkan kertas tressing itu dipermukaan flash.

Biar apapun teknik yang digunakan, saudara perlu membuat praktikal untuk mendapatkan hasil yang bermutu. Kesan cahaya pembalikan lebih menarik dan ada ketikanya orang akan perasaan seolah foto itu menggunakan lampu studio

Saudara boleh juga menggunakan dua flash dimana satu flash ke atas, dan satu flash ke muka model

Batteri Flash

Berapa jumlah roll untuk satu set filem bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda menggunakan flash untuk teknik bounce, lebih kuat penggunaan beteri. Mengikut pengalaman setiap flash hanya mampu bertahan dengan 3 roll filem sahaja untuk pengunaan berterusan. Namun ada flash boleh lebih dari itu. Tapi bergantung kepada keadaan foto yang hendak dirakamkan. Yang paling mustahak jika antara satu shoot kesatu shoot flash akan full power (lampu pilot) antara 1 hingga 4 saat itu sudah memadai, dan menunjukan bateri anda masih kuat!

Terima kasih atas kunjungan saudara.



Masalah Filem ISO 400

Soalan:

From: "anuar ibrahim" <tomatinto@hotmail.com>
To: raaios@pkrisc.cc.ukm.my
Subject: kenapa
Date: Sat, 07 Jul 2001 18:56:22 +0800
:
Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dengan wajah dan laman baru. Saya ada beberapa soalan yang encik dapat membantu.

1). Saya ada mengambil gambar pada waktu tengahari sekitar jam 2 petang dan hasilnya menjadi terlalu merah. Saya menggunakan ISO 400 dan aperture 11 mengapa begitu?

2). Saya mengambil gambar bangunan Balai Seni Budaya Kuala Lumpur pada waktu malam dan cahaya yang disimbah pada gambar tidak sekata. Bagaimana hendak menghasilkan gambar bangunan terbaik yang bercahaya pada waktu malam.

Segala kerjasama saya ucapkan berbanyak terima kasih


Jawapan:

1). Mungkin ada masalah lain. ISO 400 terlalu sensitif. Kaji kembali, adakah saudara mendedahkan filem tersebut pada kepanasan matahari dengan membiarkan filem itu di dalam kereta, bakul motorsikal? Mungkin juga
kamera anda berada pada suhu kepanasan matahari begitu lama. Jika ini
berlaku kemungkinan filem.akan rosak. Elakkan menggunakan filem ISO 400 dicahaya terlalu terik

2). Cahaya tidak sekata pada rakaman bangunan waktu malam ialah kerana
kamera hanya mengira cahaya yang paling tinggi. Umpamanya pada cahaya dimana kawasan terletaknya lampu. Hasilnya kawasan yang tidak terdapat lampu maka cahaya pada gambar tidak sekata

Untuk membaiki,  gunakan teknik aperture kecil dan shutter speed  perlahan. Jika cahaya lemah mungkin shutter speed akan menjadi amat perlahan sehingga 15 saat. Semasa filem didedahkan, simbahkan cahaya flash menggunakan cara manual. Tekan butang test flash berulang kali. Insyaalah hasilnya memuaskan. Walaahwaklam.

@RaaiMan Tahpermai 9072001



Masalah Flash

Soalan:


From: Murali 
To: raaios 
Sent: Friday, January 04, 2002 4:05 PM
Subject: Pemilihan flash


Saudara,
Terima kasih atas nasihat saudara tentang pemilihan negatif. Saya ingin tanya satu lagi soalan, bagaimana pula dengan flash? Buat masa sekarang saya sedang gunakan built-in flash dan saya ingin beli flash tambahan, jadi flash apakah yang sesuai untuk dibeli. Biasa kamera ini saya akan gunakan untuk mengambil gambar keluarga atau majlis  perkahwinan.

Sekian, terima kasih.


 

Jawapan:

Elok kalau saudara menggunakan flash yang agak kuat kuasa simbahannya. Flash begini boleh memberikan ketahan dari segi jangkahayat. Umpamanya untuk 15 hingga 20 ribu simbahan semasa hayatnya. Flash yang baik boleh menjangkau simbahan shingga 20 atau 30 meter. Flash yang juga boleh digunakan teknik bounce.


Masalah Kertas Foto

 

Soalan:

From: Murali <sslie@tm.net.my
To: raaios <raaios@pd.jaring.my>
Subject: Cara nak mendapatkan gambar yang jelas

Date: Thursday, March 07, 2002 4:38 PM
 
saudara,
Terima kasih atas nasihat saudara selama ini.
Baru-baru ini saya telah mengambil gambar perkahwinan saudara saya dan selepas mencucinya di kedai Agfa saya dapati tidak begitu memuaskan, walaupun saya menggunakan flash yang sesuai.

Ada kawan saya mengatakan bahawa kalau mencuci gambar di kedai Kodak yang menggunakan Kodak Gold paper, hasil yang didapati adalah amat memuaskan. Adakah ini benar? Apakah nasihat saudara terhadap perkara ini?


Sekian, terima kasih.


Date: Fri, 22 Mar 2002 01:44:05 +0000 (GMT) 

From: "Abd Raai Osman" <raaios@yahoo.com> | Block Address | Add to Address Book 

Subject: Jawapan soalan anda-mohon maaf lambat jawab 

To: sslie@tm.net.my 


Jawapan:


Maaf, saya agak lambat menjawab emel anda. Saya cadangkan jika anda mahu mengirimkan emel elok di CC juga ke raaios@yahoo.com agar masalah teknikal dapat diatasi oleh saya. Dengan itu emel anda tidak akan terbantut. :)

Ya, menggunakan filem Kodak lebih elok di print menggunakan kertas Kodak. Namun jika kedai yang prihatin dengan mutu, mereka akan memberikan hasil yang baik. Kerana pada program mesin, tedapat monitor untuk memberikan selected jenis filem yakni, kod untuk sesuatu filem. Namun saya masih bersetuju jika filem Kodak dicetak dengan kertas Kodak.


Masalah Lens

Soalan:
--- nizam <nizam@gware.infomal.com.my> wrote:

Saya menggunakan lense 28-80mm untuk mengambil gambar penuh model hingga kaki dan gambar grouping diatas pelamin tetapi adakalanya ia nampak seakan melengkung.  Adakah saya perlu menukar lense dan jika perlu apakah lense yang sesuai untuk projek ini...
 
 terima kasih


Jawapan:

Date: Fri, 29 Mar 2002 01:17:52 +0000 (GMT) 

From: "Abd Raai Osman" <raaios@yahoo.com> 

Subject: Re: lense 

To: "nizam" <nizam@gware.infomal.com.my>  

Lens zooms 28-80mm ini sememangnya memberi kesan lengkong jika anda menggunakan fungsi 28 hingga 25mm. Tapi jika anda menggunakan fungsi 35mm agak kurang kesan lengkongnya. Jika menggunakan fungsi standard dan tele antara 50 hingga 80mm.

Ketika menggunakan lens zooms anda perlu berhati-hati agar tidak menggunakan susudt luas 28 hingga 25mm kerana ianya akan membentuk kesan lengkong. Jangan hanya kerana untuk mendapatkan kesemua objek maka anda lupa kesan yang akan terjadi. Adalah dicadangkan jika anda ingin merakamkan gambar group penggunaan lens sudut tetap digunakan. Misalnya menggunakan sudut 35mm sahaja atau 50mm sahaja.


Mutu Gambar & Lens

 

Soalan:

Date: Fri, 24 Mar 2000 19:41:40 +0800From: Nazri bin Mat Noor <nasrimn@tm.net.my>To: raai@my-malaysia.comSubject: pertanyaan

Saya menggunakan kamera SLR Nikon F60, dan masih baru dalam bidang fotografi.

Soalannya:

Apakah filem yang paling sesuai digunakan, yang saudara cadangkan? (Buat masa ini saya sering menggunakan Filem Kodak & Fuji, samada 200 atau 400)

2. Saya telah meneliti gambar dalam album saudara dan mendapati, gambar secara berkumpulan yg saudara ambil mempunyai foreground & background yang jelas, bagaimana saudara melakukannya, berapa kelajuan shutter & aperturenya?

3. Untuk gambar air terjun dalam album anda berapa kelajuan & dan adakah anda menggunakan tripod??

4. Saya amat tertarik dengan lens Tamron 38 - 200mm & Tamron 38 - 300mm. Apa pendapat saudara tentang lens itu. Jika saya ingin memilikinya yang mana satu saudara syorkan.

5. Saya sering mengambil gambar sunset & keputusannya boleh tahan. Tetapi bagi gambar sunrise, seringkali mengecewakan, ianya kurang menonjol kekuningan mentari yang sedang memancar itu??

6. Apa komen saudara tentang gambar yang saya ambil ini?(sila double click attachment)

Terima kasih, atas segala komen yang saudara berikan.

Nazri Mat Noor

nasrimn@tm.net.my

Kangar, Perlis


Jawapan:

Waalaikummussalam saudara Nazri. Baru atau lama dalam bidang senifoto tidak menjadi ukuran untuk menilai kemahiran anda. Yang utama, praktikal yang istiqamah perlu dilakukan. Ramai dikalangan jurufoto melahirkan karya bermutu menerusi penghasilan praktikal berterusan.

Saya tidak suka mencadangkan sebarang filem dalam usaha anda memahirkan diri. Filem Kodak, Fuji, Konica usaha anda memahirkan diri. Filem Kodak, Fuji, Konica dan selainnya memiliki keistimewaan tersendiri. Kalau harga yang berbeza. Ini mungkin strategi pemasaran?!

Dari pengalaman, mutu diantaranya agak berbeza. Apa yang lebih penting jika menggunakan filem Kodak pastikan anda mencetak pada kertas Kodak maka mutunya baru boleh dinilai.

Pemilihan ISO filem, jangan selalu menggunakan filem yang berkuasa tinggi. Pastikan anda selalu menggunakan ISO yang rendah dan sederhana. Ada ketikanya anda hanya perlu menggunakan filem 100, contoh untuk potrek, close-up. ISO rendah akan memberi warna yang normal. Dan jika shutter speednya perlahan praktiknya menggunakan tripod. Kini pasaran ISO 200 telah meluas pasarannya, dan saya cadangkan menggunakan ISO 200 untuk pengambaran dalam bangunan, atau majlis-majlis waktu malam kerana aperture yang diberikan oleh ISO ini agak kecil. Hasilnya gambar yang dirakamkan lebih tajam.

Jika anda terlibat dalam kerja-kerja penggambaran yang tidak membenarkan menggunakan flash, anda boleh menggunakan ISO 400. Umpamanya merakam suasana pada persembahan teater, rakaman menggunakan flash adalah dilarang. Lagi pun jika menggunakan flash gambar yang terhasil tidak menerangkan cahaya asli pementasan.

Menghasilkan foreground dan background adalah sesuatu cara mencantikkan sesuatu gambar. Gunakan teknik Depth Of Field (lihat asas senifoto bab ini), pastikan f/stop yang digunakan adalah kecil. Pastikan juga latarbelakang yang hendak diambil gambar itu dekat dengan objek. Gunakan lens Wide angle atau Standard lens (lihat bab lens). Aperture kecil akan menghasilkan  keseluruhan gambar akan tajam; termasuk background. Begitu juga latar depan (foreground) pastikan jaraknya dengan objek tidak terlalu jauh. Contoh gambar air terjun. Shutter Speed yang saya gunakan ilah 250 kerana tidak mahu pergerakan orang akan kabur dalam gambar. Gambar air terjun dalam album peribadi saya   menggunakan Shutter Speed 1/15 dengan bukaan besar f/stop 2 Lens Micro. Gambar itu dirakamkan waktu tengahari air terjun itu berada dalam keadaan bayang. Justeru, saya perlu buka habis f/stopnya. Saya tidak menggunakan tripod.

Ulasan dan panduan:

Rakaman gambar begini saya cadangkan menggunakan tripod, jika anda belum mahir menggunakan Shutter Speed perlahan. Pada kebiasaannya jika anda menggunakan juga tanpa tripod, kesan goyang akan kelihatan juga jika gambar dibesarkan menjadi 8R keatas. Untuk mendapatkan kesan air terjun gunakan shutter speed perlahan bermula 1/30 hingga kebawah - 1/1. Paling cantik gunakan aperture kecil.

Saya cadangkan 38mm - 300mm. Sebab ini lebih memuaskan hati, lagi pun tidak banyak bezanya antara 200mm dan 300mm saja? Tapi hati-hati menggunakannya kerana zoom lebih besar akan lebih besar kesan Dept Of Field. Latar belakang akan kabur jika mengambil foto potrek. Untuk menimbulkan kesan kuning, sila gunakan filter kuning.


Objek tidak kabur

--- matt bond counter_strike3@hotmail.com

Soalan

asalammualaikum..........
Dalam penggunaan SLR kamera...bagaimanakah untuk mendapatkan latar belakang objek tidak kabur.....

sekian terima kasih....

dari amerr


Jawapan:

Assalamualaikum
1. Guna lens standard atau normal lens dengan aperture
yang kecil (f8-contoh). Elakkan menggunakan lens zooms
atau tele.
2. Jika model, gunakan latar belakang dekat dengan
model.
3. Aperture yang kecil membantu menimbulkan
latarbelakang anda.



Sekiranya ada komen tambahan berdasarkan pengalaman anda sila gunakan ruangan komen Facebook di bawah | Sila hubungi raaiosman@yahoo.com