Nota Ringkas


Fotografi sains.

Berdasarkan pengalaman menghasilkan kerja-kerja fotografi sains sejak tahun 1979 hingga 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya ingin membawa panduan merakam gambar subjek yang ada kaitan dengan spesimen makmal. 

Tidak semua spesimen makmal boleh dirakam dengan lampu studio. Misalnya jika dirakam ketika di lapangan samada hutan, laut dan sungai. Walaupun saya memiliki lampu studio yang lengkap ketika itu tetapi dengan peralatan 'terbuang' masih boleh berkarya. Lampu studio mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi, namun masalah untuk dibawa ke lokasi menyebabkan saya menggunakan inovasi sendiri.

Penggunaan bahan kertas putih, kain baldu hitam, cermin, polestrain adalah antara bahan terbuang atau dibeli bagi menghasilkan gambar dan mutunya tidak kurang jika dibandingkan dengan penggunaan lampu studio yang mahal.

Misalnya gambar di atas (gambar 1), saya menggunakan kamera kompak (Nikon Coolpix P610) dengan meletakkan subjek pada cermin dan kain hitam maka gambar telah dapat saya rakam dengan kualiti begini. Saya menggunakan lampu paling murah untuk memberikan kesan pembalikkan pada gambar ini.

Gambar 2 juga menggunakan teknik yang sama tetapi saya meletakkan latar belakang yang berbeza maka hasil gambar akan kelihatan begini.

Gambar 2 juga menggunakan teknik yang sama tetapi saya meletakkan latar belakang yang berbeza maka hasil gambar akan kelihatan begini.

Gambar 3 adalah teknik paling ringkas iaitu menggunakan cahaya lampu ruang tamu saja.

Kini di pasaran kita boleh membeli light box yang ringkas dengan harga yang murah. Anda juga boleh menggunakan teknik pembalikan oleh kertas putih atau polestren. Teknik ini lebih baik kerana light box ini terdapat lampu yang mampu memberi ketajaman gambar.

Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman saya, sila hubungi raaios@yahoo.com  untuk mengatur program bersama-sama anda.

Update: 13.01.2016 | PKK UKM, Bangi

Merakam gambar dengan cahaya sedia ada.

Gambar ruang/bilik boleh dirakam dengan cahaya asal di dalam ruang tersebut jika anda tidak mampu membawa atau memiliki cahaya studio. Kaedah ini saya kerap gunakan jika merakam dari ruang ke ruang dalam jangkamasa yang sama harus bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat.

Guna tripod dan sebuah kamera DSLR. Setkan ISO rendah. Gunakan mood Manual. Letakkan Aperture paling kecil (f22) kemudaian Shutter Speed pastinya rendah, Gunakan Selftimer dan rakam.

Update: 20161021 | Mahkamah Mod UKM.

Fotografi sukan:

Merakam aktiviti sukan adalah antara yang menarik dalam fotografi. Anda boleh pilih apa saja sukan terutamanya sukan yang anda minati. Peralatan? Sudah tentu kena memiliki sebuah kamera DSLR yang mempunyai lens paling ringkas 200 mm. Tapi jika mahu serius gunalah lens 500 mm agar rakaman yang maksimum mampu anda lakukan.

 

Merakam gambar sukan tidak boleh menggunakan flash kerana akan mengganggu tumpuan athlit. Oleh itu sila guna ISO yang tinggi dalam banyak lokasi. Malahan dalam gambar contoh di atas saya menggunakan ISO 1000 agar penggunaan Shutter Speed lebih tinggi. Saya kerap menggunakan 1/1000 supaya aksi pemain ragbi itu terhenti. Jom kita ubah minat merakam gambar aksi sukan pula......

Panduan ringkas: Berhati-hati ketika merakam gambar yang menggambarkan seseorang sedang berucap. Elakkan gambar seperti yang pertama sebelah kiri yang menampakkan wajahnya tertutup dengan tangan.